Yayasan Hulu Berhad

Yayasan Hulu Berhad Kebajikan . Pendidikan . Kesihatan . Bencana

23/02/2026

Sumbangan kerusi roda daripada Yayasan kepada kaum Cina yang memerlukan di kawasan Parlimen Gerik.

24/09/2025

Yayasan Hulu (Perak) Berhad membuka rang bagi orang ramai bersama-sama menyumbang bagi menjayakan program kebajikan, pendidikan, kesihatan, dan bencana di Hulu Perak.

Sumbangan kotak makanan di Taman Baiduri, MK dan serahan tongkat kepada Pn Latiah di Kg. Perah yang disampaikan oleh wak...
28/08/2025

Sumbangan kotak makanan di Taman Baiduri, MK dan serahan tongkat kepada Pn Latiah di Kg. Perah yang disampaikan oleh wakil Yayasan. Semoga bantuan yang diberikan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada penerima.

23/06/2025

Team Yayasan menziarah Pn Samseah yang tinggal di Kg Jong, Kerunai yang menghidap kencing manis dan hanya tinggal di rumah sejak Covid dahulu. Doa kami sentiasa bersama dan diharapkan agar Pn Samseah diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

17/06/2025

Pihak yayasan menyerahkan kotak makanan dan wang tunai kepada En Naim di Kampung Bongor, atas pemergian anak tercinta. Salam Takziah diucapkan kepada En Naim dan isteri . Didoakan agar En Naim dan isteri diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Sesungguhnya, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya.

16/06/2025

Alhamdulillah pihak Yayasan Hulu (Perak) Berhad membeli tambahan kerusi roda bagi disalurkan kepada individu di Hulu Perak yang memerlukan. Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen yayasan dalam menambah baik aspek kebajikan dan sokongan kesihatan kepada komuniti setempat. Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat besar kepada penerima. Terima kasih kepada penyumbang dan penyokong yang terus bersama Yayasan Hulu (Perak) Berhad dalam menjayakan misi kebajikan. Setiap sumbangan yang disalurkan akan digunakan sebaik mungkin bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di Daerah Hulu Perak.

13/06/2025

Team Yayasan menziarahi Pn Hawariah yang baru sahaja kematian suami. Beliau tinggal di Kg Plang, Gerik bersama 4 orang anak-anak yang kebanyakannya masih kecil. Salam takziah kami ucapkan atas pemergian suami tercinta dan semoga tabah menghadapi ujian ini. Kami berharap bantuan yang tidak seberapa ini mampu meringankan sedikit beban Pn Hawariah.

12/06/2025

Salam takziah buat keluarga dan sahabat arwah pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di JRTB berdekatan Tasik Banding. Walau sedikit terlewat, doa dan ingatan kami sentiasa bersama. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

08/06/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
Semoga Allah menerima amal ibadah dan pengorbanan kita serta melimpahkan rahmat dan keberkahan dalam hidup kita.

08/06/2025

Pengerusi yayasan bersama team menziarahi En Saaudin yang ditimpa stroke sejak 5 tahun lalu. Kini beliau menetap di Taman Puncak Nilam,Gerik dan dijaga oleh abangnya. Yayasan menyumbangkan bantuan kotak makanan, pampers dan susu untuk kegunaan beliau dan keluarga. Didoakan semoga En Saaudin segera sembuh dan diberi kesihatan berpanjangan, InsyaAllah.

05/06/2025

Penyerahan bantuan kerusi roda oleh Pengerusi Yayasan Hulu (Perak), YB Fathul Huzir bin Ayob kepada keluarga En Muhamad Khirul Azman yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau tinggal di Kg Jong, Mukim Kerunai. Diharapkan dengan bantuan ini, dapat diringankan kesakitan beliau.

Address

No 2-1g Jalan Tekoma Utama, Pusat Komersial Batu Dua
Gerik
33300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Hulu Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share