GRPB the Penang Model

GRPB the Penang Model Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GRPB the Penang Model, Tingkat 47, KOMTAR, Georgetown.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan Bajet Penyertaan Rakyat & Responsif Gender atau Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) di peringkat Kerajaan Tempatan pada tahun 2012 sebagai projek perdana PWDC. Persidangan Kebangsaan Neksus GRPB 2025 adalah platform penting yang diadakan untuk meningkatkan pemahaman, perkongsian ilmu, dan amalan terbaik berkaita

n dengan Bajet Responsif Gender atau Gender Responsive Budgeting (GRB) dan Bajet Penyertaan Rakyat atau Participatory Budgeting (PB). Mensasarkan kumpulan pelaksana dan pembuat dasar di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh Malaysia, persidangan ini memberi tumpuan kepada gabungan kedua-dua konsep bajet yang boleh direplikasi dan dilaksanakan oleh PBT-PBT seluruh Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip SDG dan Malaysia Madani. Persidangan akan turut memfokuskan pengalaman Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang menjadi pemula kepada GRB di Malaysia sebagai rujukan kepada PBT-PBT lain dalam usaha meningkatkan keterangkuman dan keberkesanan perancangan bajet di peringkat kerajaan tempatan.

Program Mini Audit Gender Bersama Pegawai Gender, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
26/08/2026

Program Mini Audit Gender Bersama Pegawai Gender, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Bengkel Gender 101: Pengenalan Kepada Keterangkuman Gender Siri 2 Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Tahun 2026Pada ...
14/08/2026

Bengkel Gender 101: Pengenalan Kepada Keterangkuman Gender Siri 2 Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Tahun 2026

Pada 6 Ogos 2026 , Bengkel Gender 101: Pengenalan Kepada Keterangkuman Gender Siri 1 telah berlangsung di Auditorium A, Menara MBSP melibatkan penyertaan kakitangan MBSP.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan mendalam dan kefahaman asas mengenai konsep gender serta Dasar Keterangkuman Gender (DKG) kepada semua warga kerja MBSP. Pendedahan ini penting bagi memastikan setiap kakitangan memahami prinsip keterangkuman dalam menjalankan tugasan harian serta merangka dasar yang lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan masyarakat.

Melalui bengkel ini, para peserta turut didedahkan kepada isu-isu gender semasa, cabaran ketaksamaan, dan kepentingan membudayakan keterangkuman di tempat kerja. Dengan adanya inisiatif seperti Bengkel Gender 101, diharapkan setiap kakitangan MBSP dapat menjadi agen perubahan yang aktif dalam mempromosikan nilai menerima, menghormati serta memahami, antara satu sama lain di tempat kerja serta dalam masyarakat.

Pasukan GRPB Penang Women's Development Corporation-PWDC berbesar hati menerima jemputan dari Wanita Perak dalam menjaya...
06/08/2026

Pasukan GRPB Penang Women's Development Corporation-PWDC berbesar hati menerima jemputan dari Wanita Perak dalam menjayakan Bajet Dialog Mesra Rakyat yang julung kali diadakan. Sama-sama kita jayakan Bajet Penyertaan yang inklusif dan responsif!

05/08/2026
[Climate Resilience Workshop for MBPP Gender Officers]Pada 29 Julai 2026, Pegawai Gender Majlis Bandaraya Pulau Pinang (...
05/08/2026

[Climate Resilience Workshop for MBPP Gender Officers]

Pada 29 Julai 2026, Pegawai Gender Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menghadiri Climate Resilience Workshop for MBPP Gender Officers anjuran Think City.

Program ini dilaksanakan di bawah Penang Nature-based Climate Adaptation Programme (PNBCAP) dengan sokongan Adaptation Fund dan UN-Habitat, serta dilaksanakan secara bersama oleh Think City, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai cabaran perubahan iklim di bandar serta kepentingan mengintegrasikan Bajet Penyertaan Rakyat dan Responsif Gender (GRPB) dalam usaha membina bandar yang lebih inklusif dan berdaya tahan.

Selain sesi perkongsian ilmu, para peserta turut menyertai lawatan tapak di sekitar Bangunan UAB bagi meninjau sendiri pelaksanaan infrastruktur dan penggunaan bahan-bahan mampan pada laluan pejalan kaki serta tempat meletak kereta yang boleh diakses oleh pelbagai gender. Pendedahan secara langsung ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana reka bentuk bandar mampan mampu meningkatkan keselamatan dan aksesibiliti untuk setiap gender.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pelaksanaan dasar serta perancangan bandar yang lebih responsif gender dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim.

Bengkel Gender 101: Pengenalan Kepada Keterangkuman Gender Siri 1 Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Tahun 2026Pada ...
02/08/2026

Bengkel Gender 101: Pengenalan Kepada Keterangkuman Gender Siri 1 Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Tahun 2026

Pada 30 Julai 2026 , Bengkel Gender 101: Pengenalan Kepada Keterangkuman Gender Siri 1 telah berlangsung di Auditorium A, Menara MBSP melibatkan penyertaan kakitangan MBSP.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan mendalam dan kefahaman asas mengenai konsep gender serta Dasar Keterangkuman Gender (DKG) kepada semua warga kerja MBSP. Pendedahan ini penting bagi memastikan setiap kakitangan memahami prinsip keterangkuman dalam menjalankan tugasan harian serta merangka dasar yang lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan masyarakat.

Melalui bengkel ini, para peserta turut didedahkan kepada isu-isu gender semasa, cabaran ketaksamaan, dan kepentingan membudayakan keterangkuman di tempat kerja. Dengan adanya inisiatif seperti Bengkel Gender 101, diharapkan setiap kakitangan MBSP dapat menjadi agen perubahan yang aktif dalam mempromosikan nilai menerima, menghormati serta memahami, antara satu sama lain di tempat kerja serta dalam masyarakat.

30/04/2026
29/04/2026
Bajet Rakyat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Tahun 2027: Suara Anda. Pilihan Anda.Soal Selidik Bajet Rakyat ini ber...
04/03/2026

Bajet Rakyat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Tahun 2027: Suara Anda. Pilihan Anda.

Soal Selidik Bajet Rakyat ini bertujuan mendapatkan pandangan penduduk bahagian pulau, Pulau Pinang bagi membantu MBPP merangka Bajet Tahun 2027 yang inklusif, mampan dan responsif gender selari dengan pendekatan Environmental, Social and Governance (ESG).

Bajet ini merupakan inisiatif Bajet Penyertaan Rakyat dan Responsif Gender atau Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) yang merupakan strategi pelaksanaan utama Dasar Keterangkuman Gender Negeri Pulau Pinang.

Imbas kod QR atau klik pautan di bawah untuk menjawab soal selidik:

📌 https://forms.gle/h55wtFkn5BvN2XUh7

Terima kasih semua🙌

Address

Tingkat 47, KOMTAR
Georgetown
10503

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

04-261 2835 / 5261

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GRPB the Penang Model posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GRPB the Penang Model:

Shortcuts

Share