25/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 1448H
Sempena Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, kepimpinan dan akhlak mulia Nabi Muhammad ﷺ sebagai panduan dalam membentuk generasi belia yang berilmu, berakhlak dan prihatin terhadap masyarakat.
Jadikan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui amalan, akhlak dan sumbangan kita kepada agama dan masyarakat.
Semoga seluruh warga belia terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan menjadi generasi yang membawa manfaat kepada ummah.
🌹 Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ daripada Pertubuhan Belia Liga Muslim (PBLM).