Electronic Industry Employees Union Northern Region

Electronic Industry Employees Union Northern Region Organizing Union

Happy Labour Day ❤️
01/05/2026

Happy Labour Day ❤️

18/04/2026

It's always important to check your payslip to make sure you're getting paid the correct wage and entitlements. Be proactive, and if something doesn't look right, it might be time to speak to your union.

05/01/2026
14/11/2025

Damn true😏

*JEMPUT HADIR KE HIMPUNAN MEMBANTAH UNION BUSTING DI PARLIMEN* Kami, 5 Kesatuan-kesatuan sekerja yang mewakili 25,000 or...
10/11/2025

*JEMPUT HADIR KE HIMPUNAN MEMBANTAH UNION BUSTING DI PARLIMEN*

Kami, 5 Kesatuan-kesatuan sekerja yang mewakili 25,000 orang pekerja sektor industri merentasi Semenanjung Malaysia, menjemput semua Kesatuan Sekerja, pekerja-pekerja, NGO dan rakyat Malaysia menghadiri himpunan membantah union busting (penghapusan kesatuan) seperti berikut :

Tarikh : 13hb November 2025, Khamis
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Pintu Utama Parlimen ( pautan : https://maps.app.goo.gl/qfSMuu6stfWp5SCF8 )

Dalam masa sepuluh tahun yang lalu, setiap kali kesatuan-kesatuan menuntut pengiktirafan (recognition) daripada majikan-majikan supaya memulakan proses perundingan Bersama (collective bargaining), meminta kenaikan gaji dan faedah yang lebih baik untuk pekerja, kami menghadapi union busting (penghapusan kesatuan) daripada majikan-majikan.

Oleh sebab Kesatuan Sekerja mesti membuktikan majoriti pekerja menyokong pihak Kesatuan dalam suatu undi sulit, majikan sering menggunakan pelbagai taktik untuk menghalang pekerja daripada menyertai undi sulit, ataupun membalas dendam kepada aktivis-aktivis kesatuan.

Contohnya, selepas PPPMEU (Kesatuan Pekerja-Pekerja Pembuatan Kertas dan Produk Kertas) memenangi undi sulit di XSD International Paper Sdn Bhd pada bulan Julai 2025, Syarikat tersebut memecat 20 orang aktivis Kesatuan pada bulan Ogos dan September, langsung tidak menghormati kebebasan berpersatuan pekerja-pekerja.

Semasa EIEUNR (Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara) mengorganisasi pekerja-pekerja di Flextronics Technology Sdn Bhd pada Julai 2025, supervisor kilang memberi amaran pekerja-pekerja tempatan dan migran jangan mengundi Kesatuan, kalau tidak mengikut arahan, faedah-faedah pekerja akan ditarik balik.

EIEUWR (Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat) juga kalah dalam undi sulit di Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd pada bulan Mac 2024, selepas pihak pengurusan berjumpa dengan pekerja-pekerja dalam kelompok kecil dan memberi amaran kepada pekerja-pekerja supaya tidak mengundi Kesatuan. Texas juga menganjurkan jamuan pada waktu mengundi untuk menganggu proses undi sulit.

Walaupun Kesatuan telah memenangi undi sulit dan memulakan perundingan bersama, unión busting tetap berlaku dalam bentuk pemecatan aktivis kesatuan yang terlibat dalam tindakan perusahaan dan penangguhan proses perundingan bersama.

Pada Februari 2016, HICOM Automotive Manufacturers (M) Sdn. Bhd. memecat 5 orang aktivis NUTEAIW (Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan dan Sekutu) selepas mereka menyertai satu taklimat tentang kebuntuan perundingan persama di luar kilang dan di luar waktu kerja. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah memutuskan tindakan pemecatan tersebut tidak selaras dengan prinsip kebebasan berpersatuan, tetapi HICOM masih degil tidak mengembalikan kerja 5 orang aktivis tersebut.

Selepas EIEUSR (Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan) memenangi undi sulit di Nexperia Malaysia Sdn. Bhd. pada Mei 2025, Syarikat tersebut memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan proses perundingan bersama dengan kesatuan. Selepas 6 bulan, Syarikat tetap enggan berdepan dengan pimpinan kesatuan untuk membincangkan perjanjian Bersama.

Selepas membangkitkan isu-isu unión busting dengan pihak berkuasa terutamanya Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa untuk melindungi hak-hak pekerja yang termaktub dalam Akta Perhubungan Perusahaan dan Konvensyen ILO 98. Undang-undang tempatan dan antarabangsa tersebut jelas menyatakan union busting adalah salah di sisi undang-undang, dan Kerajaan mesti memberi hukuman yang setimpal.

Apa makna Madani Malaysia jika aktivis-aktivis pekerja XSD yang dipecat secara tidak adil tetap hilang kerja? Kebebasan berpersatuan pekerja-pekerja Flextronics dicabuli? 5 orang aktivis HICOM masih tidak dapat keadilan selepas lebih kurang 10 tahun? Hak-hak perundingan bersama pekerja-pekerja Nexperia diabaikan selepas 6 bulan?

Jom! Kami daripada PPPMEU, EIEUNR, NUTEAIW dan EIEUSR yang bergabung dengan Pertubuhan IndustriALL Malaysia, menjemput semua orang menghadiri himpunan ini dan memberi solidariti kepada pekerja-pekerja yang tertindas!

Tuntutan kami :

(1) Membentuk satu taskforce peringkat tinggi untuk meneliti semua kes union busting;

(2) Menguatkuasa Akta Perhubungan Perusahaan dan mendakwa majikan-majikan yang melakukan union busting;

(3) Mereformasikan undang-undang dan peraturan-peraturan untuk menyekat majikan-majikan melakukan aktiviti-aktiviti union busting;

(4) Mereformasikan undang-undang untuk memastikan perundingan Bersama mesti bermula dalam masa 60 hari selepas kemenangan undi sulit oleh Kesatuan, tindakan Perusahaan dibenarkan jika Syarikat menangguhkan perundingan bersama.

Yang Benar,
Gopal Kishnam Nadesan
Setiausaha Pertubuhan IndustriALL Malaysia
Setiausaha Agung NUTEAIW

09/11/2025

Congratulations to We are family now ❤️❤️❤️

Address

36, Halaman Mahsuri, , Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang
George Town
11950

Telephone

+60194810384

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Electronic Industry Employees Union Northern Region posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Electronic Industry Employees Union Northern Region:

Share