27/08/2026
MESYUARAT PENYELARASAN KIDS DAY OUT 2026.
Semalam berlangsung mesyuarat penyelarasan Kids Day Out 2026 yang dipengerusikan oleh YB Exco Belia Dan Sukan , Kesihatan YB Daniel Gooi Zi Sen bertempat di tingkat 52,Bilik Mutiara.Kids Day Out pada tahun ini akan diadakan pada tarikh 16 September 2026,bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang Jalan Utama,Pulau Pinang.Antara agensi yang mengambil bahagian adalah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, MAPPAC, Jabatan Bomba,ATM,Lions Club,UITM,The Hompton,Kelab Utara Bikers,Kelab Vellfire Utara dan lain lain.
Kids Day Out merupakan acara rasmi tahunan Friend Of Childhood Cancer Northern-M sempena bulan kesedaran kanser Kanak Kanak dengan tujuan untuk meraikan pesakit pesakit kanser Kanak Kanak serta membawa kesedaran tentang kanser Kanak Kanak kepada masyarakat.Bagi yang ingin berkongsi keceriaan dan meraikan bersama kanak Kanak bolehlah menghubungi pihak admin.