Surau Pantai Jerjak Official

Directions

Surau Pantai Jerjak Official Berperanan sebagai pusat ibadah dan komuniti yang menyatukan masyarakat islam di Pantai Jerjak

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Dato' Hj Kamarudin Abdullah (Presiden IPSI) atas perkongsian ilmu bertajuk ...
28/09/2026

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Dato' Hj Kamarudin Abdullah (Presiden IPSI) atas perkongsian ilmu bertajuk "Iman Tonggak Kejayaan Dunia Akhirat" pada Sabtu lalu (26 Sept 2026) di Surau Pantai Jerjak.

Semoga ilmu yang disampaikan menjadi peringatan buat kita semua untuk terus memperkukuh iman sebagai asas kejayaan di dunia dan akhirat.

Terima kasih juga kepada seluruh jemaah yang hadir memakmurkan majlis serta para penyumbang jamuan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan anda.
Jumpa lagi di majlis ilmu akan datang!

πŸŒ™ BENGKEL SOLAT CEMERLANG SURAU PANTAI JERJAK πŸŒ™Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Solat Cemerlang a...
16/08/2026

πŸŒ™ BENGKEL SOLAT CEMERLANG SURAU PANTAI JERJAK πŸŒ™

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Solat Cemerlang anjuran Surau Pantai Jerjak pada 16 Ogos 2026 (Ahad), bertempat di Surau Pantai Jerjak.

Program yang bermula dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 70 orang peserta berumur 7 hingga 15 tahun.

Bengkel yang disampaikan oleh Ustaz Faiz memberi penekanan kepada penguasaan 5 Rukun Qauli, di samping membimbing para peserta agar lebih memahami, menghayati dan melaksanakan solat dengan betul serta istiqamah.

πŸ“– Belajar β€’ Faham β€’ Laksana β€’ Istiqamah

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini menjadi bekalan kepada anak-anak untuk terus menjaga solat dan membentuk peribadi Muslim yang cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Faiz, para urus setia, ibu bapa serta semua peserta yang telah menjayakan program ini.

🀲 Semoga usaha kecil ini menjadi amal jariah dan memberi manfaat yang berpanjangan.

β€œDirikanlah solat dan tunaikanlah zakat serta rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.”
(Surah Al-Baqarah: 43)

Sekitar Majlis Ibadah Korban SURAU PANTAI JERJAK 2026
29/05/2026

Sekitar Majlis Ibadah Korban SURAU PANTAI JERJAK 2026

Majlis Ibadah Korban telah berlangsung di Surau Pantai Jerjak pada...

Salam Aidiladha 1447H daripada Surau Pantai JerjakAlhamdulillah, Solat Sunat Hari Raya Aidiladha telah berlangsung denga...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H daripada Surau Pantai Jerjak

Alhamdulillah, Solat Sunat Hari Raya Aidiladha telah berlangsung dengan meriah bersama para jemaah dan penduduk setempat.

Selesai solat, aktiviti gotong-royong menyediakan juadah turut dijalankan dengan semangat kerjasama dan ukhuwah yang erat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala amal dan pengorbanan diterima Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha


Alhamdulillah, pemasangan mihrab baharu di Surau Pantai Jerjak telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Semoga penamba...
17/05/2026

Alhamdulillah, pemasangan mihrab baharu di Surau Pantai Jerjak telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Semoga penambahbaikan ini memberi keselesaan kepada para jemaah serta menambahkan lagi suasana tenang dan khusyuk dalam beribadah.

Pihak surau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan usaha ini. Ramai yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Penghargaan khas diberikan kepada:
β€’ Ahli Parlimen Bayan Baru
β€’ Ahli-ahli Majlis
β€’ Tuan Penghulu
β€’ Pejabat Daerah

serta semua individu, penyumbang dan penduduk setempat yang sentiasa menyokong pembangunan Surau Pantai Jerjak.

Semoga segala usaha, sumbangan dan kerjasama yang diberikan dibalas dengan ganjaran kebaikan oleh Allah SWT.

πŸ”₯πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐁𝐐 π€ππ€πŠ πŒπ”πƒπ€ 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 ππ€ππ“π€πˆ π‰π„π‘π‰π€πŠπŸ”₯Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Majlis BBQ Anak Muda S...
10/05/2026

πŸ”₯πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐁𝐐 π€ππ€πŠ πŒπ”πƒπ€ 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 ππ€ππ“π€πˆ π‰π„π‘π‰π€πŠπŸ”₯

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Majlis BBQ Anak Muda Surau Pantai Jerjak pada 9 Mei 2026 dalam suasana penuh santai, mesra dan ukhwah. Program ini berjaya menghimpunkan anak-anak muda serta penduduk setempat dalam mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini, khususnya kepada penyumbang utama YB Fahmi Zainol Adun Pantai Jerjak, pihak Surau Pantai Jerjak, sukarelawan, dan para dermawan.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai platform mendekati golongan belia serta mengimarahkan institusi surau dengan aktiviti yang bermanfaat dan positif.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan suasana ❀️






28/03/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Sesi Ramah Mesra serta Serahan Sumbangan oleh YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri MITI merang...
28/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Sesi Ramah Mesra serta Serahan Sumbangan oleh YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri MITI merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru pada hari ini.

Sekitar jam 10.00 pagi, telah berlangsung sesi ramah mesra bersama AJK Surau Pantai Jerejak yang diikuti dengan penyerahan sumbangan bagi tujuan membaik pulih mihrab surau. Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan keselesaan kepada para jemaah.

Program diteruskan pada jam 10.30 pagi dengan lawatan ziarah kasih kepada penduduk yang kurang sihat di sekitar Jalan Pantai Jerejak. Kehadiran ini sedikit sebanyak diharap dapat memberi semangat dan sokongan moral kepada mereka yang sedang diuji dengan kesihatan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan keberkatan untuk semua.

Alhamdulillah | Kuliah Israk Mikraj 1447H Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Kuliah Israk Mikraj yang disampaikan o...
29/01/2026

Alhamdulillah | Kuliah Israk Mikraj 1447H

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Kuliah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Nazri Bollywood pada 28 Januari 2026, selepas solat Maghrib.

Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian rohani. Turut diadakan gotong royong serta jamuan makan, yang bukan sahaja mengeratkan silaturahim malah menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan semua yang hadir.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, semua jawatankuasa, para penyumbang dan hadirin yang bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga segala ilmu dan amal yang dikongsi memberi manfaat serta keberkatan kepada kita semua.


Alhamdulillah, ceramah β€œAkhir Zaman” oleh Ustaz Manis@Ustaz Mohd Fadhly telah berlangsung selepas Maghrib malam semalam ...
14/12/2025

Alhamdulillah, ceramah β€œAkhir Zaman” oleh Ustaz Manis@Ustaz Mohd Fadhly telah berlangsung selepas Maghrib malam semalam di Surau Pantai Jerjak. Pengisian yang bermanfaat dan penuh peringatan buat para jemaah.

Majlis diteruskan dengan jamuan hasil gotong-royong AJK surau dan ahli qariah, mengeratkan ukhuwah sesama jemaah. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. Semoga diberkati Allah SWT. 🀲



Address

Jalan Pantai Jerjak 3
George Town
11700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Pantai Jerjak Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share