25/08/2026
(Admin)
Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.
Sempena hari kelahiran insan agung Baginda Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada kepimpinan, keperibadian, dan nilai-nilai murni yang dibawakan oleh Baginda.
Seorang pemimpin yang mendahulukan akhlak, integriti dan kasih sayang dalam setiap hela nafasnya.
Semoga ajaran dan teladan Baginda terus menjadi kompas buat kita dalam melayari kehidupan seharian serta mengendalikan urusan kerja dengan penuh ketakwaan dan dedikasi.
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Ali Sayyidina Muhammad. 🤲🏽