Persatuan Melayu Pulau Pinang

Call Directions Website

Persatuan Melayu Pulau Pinang Facebook Rasmi untuk Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)

โœจ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐Š๐’๐ˆ ๐„๐Š๐’๐Š๐‹๐”๐’๐ˆ๐… ๐Œ๐„๐‘๐‚๐‡๐€๐๐ƒ๐ˆ๐’๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐„๐Œ๐„๐๐€๐๐† (๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ๐Ÿ•โ€“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•) ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐“๐„๐Œ๐๐€๐‡๐€๐!โœจSempena meraikan satu abad pe...
29/09/2026

โœจ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐Š๐’๐ˆ ๐„๐Š๐’๐Š๐‹๐”๐’๐ˆ๐… ๐Œ๐„๐‘๐‚๐‡๐€๐๐ƒ๐ˆ๐’๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐„๐Œ๐„๐๐€๐๐† (๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ๐Ÿ•โ€“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•) ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐“๐„๐Œ๐๐€๐‡๐€๐!โœจ

Sempena meraikan satu abad penubuhan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), abadikan detik bersejarah ini dengan memiliki barangan cenderahati edisi terhad! Rekaan eksklusif, berkualiti premium, dan amat bermakna sebagai koleksi peribadi mahupun hadiah kenang-kenangan.

---

๐ŸŽ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง & ๐‡๐š๐ซ๐ ๐š:

Keychain (Special Edition): RM15
Pin (Special Edition): RM20
Pen (Special Edition): RM35
T-Shirt (Special Edition): RM50

---

๐Ÿ”ฅ ๐๐š๐ค๐ž๐ฃ ๐‚๐จ๐ฆ๐›๐จ ๐๐š๐ฅ๐ข๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ฅ๐จ๐ข:

Set Combo KID (Pen + Pin + Keychain): RM50 (Jimat RM20!)
Set Combo SEMUA (T-Shirt + Pen + Pin + Keychain): RM90 (Jimat RM30!)

---

๐Ÿ“Œ ๐Š๐ž๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ฆ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง:

Edisi Khas Ulang Tahun Ke-100 PEMENANG
Rekaan kemas, anggun & eksklusif
Material berkualiti tinggi dan tahan lama
Sangat sesuai untuk simpanan koleksi atau buah tangan

---

Stok adalah terhad! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki cenderahati bersejarah ini hari ini juga.

๐Ÿ“ž ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ก๐š๐ง, ๐ฌ๐ข๐ฅ๐š ๐ก๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐ข:

๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐๐„๐Œ๐„๐๐€๐๐† (๐€๐ข๐ฌ๐ก๐š๐ก): ๐ŸŽ๐Ÿ’-๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ÿ‘๐ŸŽ๐Ÿ—๐Ÿ

---

Salam Takziah dan Al-Fatihah.Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir M...
28/09/2026

Salam Takziah dan Al-Fatihah.

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman. Semoga seluruh keluarga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.

Jasa dan bakti Allahyarhamah kepada negara akan sentiasa dikenang.

21/09/2026

๐ŸŽญ ๐—”๐—ญ๐—œ๐—ญ๐—”๐—› ๐—ง๐—›๐—˜ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—–๐—”๐—Ÿ: ๐—ก๐—ข๐—ฆ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—š๐—œ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ช๐—” ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ! โœจ

Ada seni yang tak pernah hilang pesonanya. Ada nama yang terus hidup dalam ingatan. โค๏ธ

November ini, jom raikan warisan seni kita menerusi Teater Azizah The Musical, sebuah pementasan penuh emosi, inspirasi dan nostalgia, karya dan arahan Al Jafree Md Yusop.

Saksikan Amalina Arham sebagai Azizah, P. Radhi sebagai P. Ramlee dan Sofi Jikan sebagai Karim, bersama barisan pelakon Mamak Puteh, Saiful Apek, Datuk Fauziah Nawi dan Namron.

Bawa ibu ayah, pasangan atau sahabat. Jadikan malam di teater satu kenangan bersama insan tersayang. ๐ŸŒน

๐Ÿ“ Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang
๐Ÿ“… 17 dan 18 November 2026
๐ŸŒŸ Malam Perdana: 17 November 2026

๐ŸŽŸ๏ธ Tiket bermula serendah RM35!
CAT 3: RM35 | CAT 2: RM50 | CAT 1: RM100

๐Ÿ“ž ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐˜ & ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป:
Abg Tony: 012 561 8434 ( WhatsApp: https://wa.me/60125618434 )

โ˜Ž๏ธ Tempahan tiket Malam Perdana:
PEMENANG: 04 227 3092

Dibawakan oleh Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang.

Jom tempah tiket dan kita jumpa di Dewan Sri Pinang! Tag rakan yang anda nak ajak dan kongsikan hantaran ini supaya lebih ramai dapat memeriahkan pementasan. ๐ŸŽถ

21/09/2026
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ฒ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  (๐๐„๐Œ๐„๐๐€๐๐†)20 SEPTEMBER 2026 | 8 RABIULAKHIR 144...
21/09/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ฒ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  (๐๐„๐Œ๐„๐๐€๐๐†)
20 SEPTEMBER 2026 | 8 RABIULAKHIR 1448H

Upacara pelepasan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datoโ€™ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Program ini bertujuan meraikan legasi 100 tahun perjuangan PEMENANG.

Pada hari yang sama, Tuan Yang Terutama Tun Datoโ€™ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang turut singgah di Sekolah Kebangsaan Sri Tanjong, Jalan Hutton, bagi menghadiri upacara Majlis Perasmian Tugu Peringatan Tapak Penubuhan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).

โ€œJom Kayuh Bersama Demi Kesihatan, Perpaduan dan Warisan 100 Tahun PEMENANG.โ€

20/09/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia 2026!Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh ...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia 2026!

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan mempererat silaturahim dalam kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera, serta semangat cinta akan tanah air terus subur dalam jiwa setiap generasi.

Salam ikhlas daripada Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ—Pada tanggal penuh bermakna ini, marilah kita menzahirkan rasa syukur atas nikmat...
30/08/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ—

Pada tanggal penuh bermakna ini, marilah kita menzahirkan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan yang telah memayungi tanah air tercinta. Merdeka bukan sekadar kibaran Jalur Gemilang, tetapi amanah untuk kita terus memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Pulau Pinang, marilah kita terus mengukuhkan semangat muhibah dalam masyarakat majmuk; saling menghormati, saling membantu dan bersama-sama membina masa depan yang lebih baik untuk generasi pewaris bangsa.

Dari pulau ke Seberang Perai, biarlah semangat kebangsaan terus subur dalam jiwa kita โ€” teguh pada nilai, luhur pada budi dan utuh dalam persaudaraan.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas Daripada

Presiden & seluruh Ahli Jawatankuasa
Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)

Address

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) Bangunan PEMENANG, No. 60, Jalan PEMENANG, Pulau Pinang
George Town
10250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+6042273092

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Melayu Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share