05/09/2026
🇲🇾 PROGRAM SEMARAK MERDEKA PERPADUAN KRT PARLIMEN BUKIT BENDERA TAHUN 2026🇲🇾
Meriah dan penuh semangat patriotik! 🎉 Program Semarak Merdeka Perpaduan KRT Parlimen Bukit Bendera telah berlangsung pada 5 September 2026 bertempat di Padang Sekolah Francis Light, Pulau Pinang.
Program ini dianjurkan oleh KRT Jalan Residensi selaku penganjur utama dengan kerjasama KRT Gurney, KRT Padang Tembak A, KRT Padang Tembak B, KRT Tanjung Tokong dan KRT Taman Ching Seng.
Program mendapat sambutan amat menggalakkan dengan anggaran kehadiran sekitar 550 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat serta pelbagai lapisan masyarakat.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Rashidi bin Zinol, Exco Pembangunan Luar Bandar, Agro Teknologi & Keterjaminan Makanan serta Keusahawanan.
Turut hadir memeriahkan program:
🌟 YB Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera
🌟 YB Tuan Joshua Wong Sze Seng, ADUN Pulau Tikus
Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik telah diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan, antaranya:
⚽ Pertandingan Sepak Penalti
🎨 Pertandingan Mewarna
🏃♂️ Sukan Rakyat
🍚 Pertandingan Nasi Lemak Merdeka
🎨 Pertandingan Mencanting Batik
Program ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh semangat perpaduan serta memupuk rasa cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KRT Jalan Residensi selaku penganjur utama, semua KRT yang terlibat, barisan urus setia, sukarelawan serta seluruh peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
🤝 Bersama kita semarakkan perpaduan.
🇲🇾 Bersama kita jayakan Malaysia yang harmoni dan sejahtera.
KRT Bersatu, Komuniti Sejahtera!
Malaysia Merdeka, Jiwa Merdeka! 🇲🇾❤️🤍