24/11/2025
Lets do our part and get our views heard. Comments can also be submitted online. Refer to pot below:
https://www.facebook.com/share/1K2QFMXmWo/
PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT LAPORAN TINJAUAN
24 NOVEMBER 2025 (ISNIN) – 23 DISEMBER 2025 (SELASA)
9.00 PAGI – 4.00 PETANG
Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula) sedang dijalankan dan berada di peringkat Laporan Tinjauan. Kajian disediakan berdasarkan Seksyen 7, 8, 9, 10, 11 Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) di mana Seksyen 9 memperuntukkan keperluan mengadakan program publisiti di peringkat Laporan Tinjauan.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan selama 30 hari bermula pada 24 November 2025 hingga 23 Disember 2025. Semua pihak diberi peluang untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan.
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap Laporan Tinjauan yang telah disediakan di lokasi-lokasi berikut:
Lokasi Tetap:
1️⃣Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang)
Ruang Legar Aras 57, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR),
10000 George Town, Pulau Pinang
2️⃣Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
Ruang Legar Aras 3,
10000 George Town, Pulau Pinang
3️⃣Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Ruang Lobi, Menara Bandaraya, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Semakan dalam talian:
1️⃣Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
(https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/pages/view/358)
2️⃣Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pulau Pinang
(https://jpbd.penang.gov.my)
TPr Alias Rameli
Rozita Hamit
Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP
Majlis Bandaraya Seberang Perai