Puspanita ICU Penang

Directions

Puspanita ICU Penang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puspanita ICU Penang, Nonprofit Organization, menara boustead, George Town.

๐Ÿค PROGRAM ZIARAH KASIH BUAT KELUARGA SAUDARA ZAKI & SAUDARA MUHAIMINPUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang telah ...
08/10/2026

๐Ÿค PROGRAM ZIARAH KASIH BUAT KELUARGA SAUDARA ZAKI & SAUDARA MUHAIMIN

PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang telah berkesempatan menziarahi keluarga Saudara Zaki dan Saudara Muhaimin, dua pegawai ICU yang terlibat dalam insiden bencana di Nepal.

Kunjungan ini turut disertai oleh Puan Harlina Zakaria, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang, sebagai tanda keprihatinan, sokongan dan solidariti buat kedua-dua keluarga yang sedang melalui saat yang penuh mencabar.

Semoga kehadiran dan sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberi kekuatan kepada keluarga.

Marilah kita bersama-sama menitipkan doa agar segala urusan dipermudahkan, diberikan kekuatan dan ketabahan kepada kedua-dua keluarga, serta semoga Saudara Zaki dan Saudara Muhaimin sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Doa kita, harapan mereka.
Semoga ada khabar yang baik buat kedua-dua keluarga. ๐Ÿค

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELESAI SUDAH! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, Sambutan Penutup Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 anjuran PUSPANITA Cawangan Keci...
30/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELESAI SUDAH! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, Sambutan Penutup Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya pada 30 September 2026 bertempat di Anjung Putra, Menara Boustead. โœจ

Sepanjang sambutan ini, sebanyak lima pertandingan telah dianjurkan.

Tiga pertandingan telah berlangsung lebih awal, bermula 26 Ogos hingga 11 September 2026:

๐Ÿ“ธ Selfie Bersama Keluarga Bertemakan Merdeka
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ MasterChef Masakan Tradisional Etnik Melayu
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Hiasan Ruang/Sudut Patriotik

Manakala dua lagi pertandingan telah berlangsung pada hari ini:

๐Ÿ‘— Pakaian Kebangsaan/Tradisional
๐Ÿ“ Kuiz Merdeka

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh warga ICU JPM Pulau Pinang yang telah mengambil bahagian serta memberikan komitmen, kreativiti dan sokongan dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Penyertaan dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program ini amat dihargai dan pastinya menjadikan sambutan kali ini lebih meriah dan bermakna.

Semoga semangat patriotik, perpaduan dan kecintaan terhadap negara terus subur dalam diri kita semua.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua. Jumpa lagi di program akan datang! ๐Ÿซถ๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemoga Hari Malaysia ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecinta...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga Hari Malaysia ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Ayuh kita bersama-sama menghargai nikmat keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi, serta terus melangkah sebagai sebuah Malaysia yang harmoni dan Madani.

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.
โœจ Bersatu hati, teguh berdiri, demi Malaysia tercinta.

Ikhlas daripada:
๐ŸŒบ PUSPANITA PCK ICU JPM Pulau Pinang

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 daripada PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang!Salam Kemerdekaan! Ber...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 daripada PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang!

Salam Kemerdekaan!
Berteraskan aspirasi "Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati", kami di PUSPANITA mendoakan agar keharmonian, perpaduan, dan nikmat kesejahteraan negara senantiasa dirasai oleh seluruh rakyat.

Semoga semangat kemerdekaan ini terus menyemarakkan jiwa kita untuk saling bersatu padu demi kemakmuran bersama.

๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul ๏ทบ12 Rabiulawal 1448Hโ€œDan tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ...
24/08/2026

๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul ๏ทบ

12 Rabiulawal 1448H

โ€œDan tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.โ€
โ€” Surah Al-Anbiya, Ayat 107

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati sirah, mencontohi akhlak mulia Rasulullah ๏ทบ serta memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda.

Salam Maulidur Rasul daripada Pengerusi dan seluruh Ahli Puspanita Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang. ๐Ÿค

Pengerusi serta seluruh Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kep...
11/08/2026

Pengerusi serta seluruh Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada Puan Nuridayu binti Halil atas pemergian suami tercinta.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya, mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Puan Nuridayu sekeluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini.

Al - Fatihah

PROGRAM CSR โ€œEKSPLORASI WARNA WARNIโ€Program Corporate Social Responsibility (CSR) โ€œEksplorasi Warna Warniโ€ telah diadaka...
08/08/2026

PROGRAM CSR โ€œEKSPLORASI WARNA WARNIโ€

Program Corporate Social Responsibility (CSR) โ€œEksplorasi Warna Warniโ€ telah diadakan pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di SMK Kepala Batas, anjuran PUSPANITA ICU JPM Pulau Pinang dan Kelab Kebajikan & Sukan ICU JPM Pulau Pinang, dengan kerjasama PUSPANITA Kementerian Kerja Raya (KKR).

Program yang bertemakan kreativiti dan keceriaan ini turut melibatkan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Kepala Batas. Pelbagai aktiviti berunsurkan seni dan kreativiti dilaksanakan bagi memberi peluang kepada para peserta menzahirkan bakat, meningkatkan keyakinan diri serta menikmati pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dalam suasana yang inklusif.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan warga sekolah, malah turut menyemai nilai kebersamaan, prihatin, kasih sayang dan kesukarelawanan.

โ€œBersama Berkarya, Menghias Warna, Menyemai Kasih.โ€

LAWATAN KE CRAFT BATIK, TELUK BAHANG31 Julai 2026 | JumaatPUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang telah menganjurk...
31/07/2026

LAWATAN KE CRAFT BATIK, TELUK BAHANG
31 Julai 2026 | Jumaat

PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang telah menganjurkan Lawatan ke Craft Batik, Teluk Bahang sebagai inisiatif untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli di samping memberi pendedahan kepada keunikan seni batik sebagai warisan budaya negara.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang, Puan Harlina Zakaria, serta mantan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang, Datin Faridah Ibrahim.

Semoga penganjuran program seumpama ini terus memperkukuh semangat kebersamaan, memupuk penghargaan terhadap warisan seni tempatan serta memberi manfaat kepada seluruh warga PUSPANITA.

PROGRAM ZUMBA PUSPANITA CAWANGAN KECIL ICU JPM PULAU PINANGPUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang telah menganjur...
11/07/2026

PROGRAM ZUMBA PUSPANITA CAWANGAN KECIL ICU JPM PULAU PINANG

PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang telah menganjurkan Program Zumba pada 10 Julai 2026 bertempat di Dewan SMK Bertam Indah sebagai usaha memupuk amalan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesejahteraan warga PUSPANITA.

Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM Pulau Pinang, Puan Harlina Binti Zakaria, yang turut bersama-sama menyertai aktiviti bersama ahli-ahli PUSPANITA.

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh budaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga PUSPANITA.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐ŸŒ™Awal Muharam hadir membawa lembaran baharu, mengingatkan kita tentang semangat hij...
16/06/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐ŸŒ™

Awal Muharam hadir membawa lembaran baharu, mengingatkan kita tentang semangat hijrah ke arah kehidupan yang lebih baik, berintegriti dan penuh keberkatan.

Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi pemangkin untuk kita memperkukuh azam, meningkatkan prestasi, serta terus berkhidmat dengan amanah, dedikasi dan kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.


Address

Menara Boustead
George Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita ICU Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share