MASA ISDEV

MASA ISDEV Projek pembangunan insaniah oleh ISDEV USM

Program Qiamullail & Pemerkasaan Wali (29 Nov 2025, Sabtu)Alhamdulillah, program Qiamullail di Surau Darus Salam berjala...
01/12/2025

Program Qiamullail & Pemerkasaan Wali (29 Nov 2025, Sabtu)

Alhamdulillah, program Qiamullail di Surau Darus Salam berjalan dengan penuh penghayatan, dipimpin oleh adik Muhammad Syakirin Belia MASA@Sungai Nibong seawal 5.30 pagi. Seterusnya selepas solat subuh berjemaah, pengisian Pemerkasaan Wali oleh Ustaz Tarmezi membuka mata para jemaah tentang peranan wali sebagai benteng keluarga, penjaga maruah dan pembina kekuatan komuniti.

Kehadiran yang memberangsangkan daripada ahli MASA@Sungai Nibong, penduduk Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah dan komuniti sekitar menunjukkan kesatuan hati dan keinginan bersama untuk memperkukuh institusi keluarga di qariah ini.

Semoga program ini menjadi pencetus perubahan yang menyuburkan iman, menguatkan kepimpinan keluarga dan menggerakkan komuniti menuju kehidupan yang lebih harmoni dan berkat.

Doa & Ucapan Khas Buat Calon SPM 2025Esok bermulanya peperiksaan SPM 2025 dan seluruh komuniti MASA@Sungai Nibong serta ...
24/11/2025

Doa & Ucapan Khas Buat Calon SPM 2025

Esok bermulanya peperiksaan SPM 2025 dan seluruh komuniti MASA@Sungai Nibong serta penduduk Pangsapuri Wakaf ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon SPM MASA@Sungai Nibong dan pelajar SPM 2025.

Semoga tenang, yakin dan dipermudahkan Allah SWT dalam setiap langkah dan setiap jawapan yang ditulis. Kami semua mendoakan kejayaan terbaik buat anda. 🌟

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat (20 November 2025)

Sebagai tanda sokongan dan doa buat para calon pada 20 November 2025 yang lepas telah berlangsung Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat di Surau Darus Salam Pangsapuri Wakaf Sungai Nibong.

Majlis yang dianjurkan oleh MASA@Sungai Nibong ini dihadiri oleh ahli MASA, penduduk pangsapuri serta ibu bapa dan komuniti setempat. Suasana penuh keharmonian dan rasa kebersamaan dengan semua yang hadir memohon agar peperiksaan SPM berjalan dengan lancar, diberi ketenangan hati dan keberkatan.

Terima kasih kepada semua yang menyertai majlis ini.

Semoga doa yang kita panjatkan bersama menjadi kekuatan buat anak-anak kita ketika melangkah ke dewan peperiksaan esok. 🤲✨

🌟 PROGRAM SANTUNI MADANI: TIPS AKHIR SPM 2025 🌟USM bersama Masjid Jamek Sungai Gelugor telah menganjurkan program Satu P...
20/11/2025

🌟 PROGRAM SANTUNI MADANI: TIPS AKHIR SPM 2025 🌟

USM bersama Masjid Jamek Sungai Gelugor telah menganjurkan program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) pada 8 November 2025 yang lepas melibatkan lebih 30 calon SPM dari Ayer Itam, Sungai Gelugor, Taman Sardon dan Sungai Nibong termasuk anak-anak SPM 2025 di bawah projek MASA@Sungai Nibong.

Peserta mengikuti sesi motivasi, teknik menjawab oleh guru pakar SPM, pengurusan masa & stres, perkongsian kaunselor serta student buddies USM. Doa khas turut dibacakan untuk menguatkan semangat calon menjelang peperiksaan.

Program ini digerakkan oleh Pejabat Naib Canselor USM dengan sokongan PPIP, BJIM dan Masjid Jamek Sungai Gelugor. Naib Canselor USM menegaskan komitmen universiti dalam menyokong pelajar secara holistik iaitu akademik, motivasi dan kerohanian.

Semoga semua calon SPM 2025, termasuk anak-anak MASA@Sungai Nibong, mencapai kecemerlangan! 💪📘✨

Menghidupkan Jiwa, Menyuburkan Ukhuwah: Aktiviti Mingguan di Bawah Projek MASA@Sungai NibongAlhamdulillah, minggu lepas ...
28/10/2025

Menghidupkan Jiwa, Menyuburkan Ukhuwah: Aktiviti Mingguan di Bawah Projek MASA@Sungai Nibong

Alhamdulillah, minggu lepas pelaksanaan aktiviti di bawah Projek MASA@Sungai Nibong berlangsung dengan penuh makna dan keberkatan. Setiap ruang dari Surau Darus Salam hingga ke Pusat Interaksi Belia AYG menjadi saksi kepada denyut kehidupan komuniti yang terus bernafas dengan ilmu, ibadah dan kasih sayang sesama insan.

Rabu, 22 Oktober 2025
Selepas solat Maghrib berjemaah di Surau Darus Salam, Pangsapuri Wakaf berlangsung Kuliah Mingguan bersama Ustaz Emilfaizal Asrul, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP. Tajuk kuliah, “Rezeki dan Ibadah” mengingatkan bahawa setiap titis peluh dalam mencari nafkah akan menjadi ibadah apabila diiringi dengan keikhlasan dan pengharapan kepada Allah. Kehadiran para jemaah memperlihatkan semangat ilmu yang kian subur dalam komuniti.

Khamis, 23 Oktober 2025
Pagi yang tenang di Pusat Interaksi Belia AYG disemarakkan dengan Majlis Taddarus Al-Quran Para Ibu di bawah bimbingan Dr. Wan Norhaniza Wan Hasan. Bacaan yang tertib dan indah bergema di ruang kecil yang sederhana menghidupkan nur Al-Quran dalam kalangan wanita qariah yang sentiasa istiqamah mendekatkan diri kepada kalam Allah.

Malam Khamis
Selepas Maghrib, Surau Darus Salam kembali meriah dengan Bacaan Yassin dan Tahlil. Malam itu menjadi lebih istimewa apabila turut dihadiri oleh rombongan Jemaah Tabligh dari India yang bersama-sama menzahirkan semangat ukhuwah Islamiah tanpa sempadan.

Program mingguan di bawah Projek MASA@Sungai Nibong ini terus menjadi wahana pembentukan insan berilmu dan berjiwa sejahtera. Ia bukan sekadar aktiviti tetapi satu perjalanan bersama menghidupkan semula roh komuniti dengan ilmu, ibadah dan kasih dalam kerangka pembangunan ummah yang lestari.

TAHNIAH IMAM GELANGGANG BAHARU! 🌟Pihak Projek MASA@Sungai Nibong mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Shahid...
17/10/2025

TAHNIAH IMAM GELANGGANG BAHARU! 🌟

Pihak Projek MASA@Sungai Nibong mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Shahidar Shabudin, salah seorang KIR MASA@Sungai Nibong atas pelantikan beliau sebagai Imam Gelanggang Pangsapuri Wakaf bagi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM).

Pelantikan rasmi ini telah disempurnakan oleh Presiden PSSPGM, Cikgu Kasturi bin Dato’ Raja Abdul Majid pada 12 Oktober 2025 (Ahad) bertempat di White Resort Camp Balik Pulau.

Sebagai Imam Gelanggang, Encik Shahidar akan bertanggungjawab dalam:

1️⃣ Mengurus dan menyelia perjalanan gelanggang.
2️⃣ Menasihati serta menjaga kebajikan gelanggang dan pesilat.

💫 Semoga pelantikan ini menjadi sumber inspirasi dan semangat kepada anak-anak MASA@Sungai Nibong yang turut mengikuti latihan silat agar terus berdisiplin, berani dan berakhlak mulia dalam menuntut ilmu warisan bangsa.

✨ Majlis Bacaan Yassin & Tahlil – 16 Oktober 2025 ✨Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yassin & Tahlil mingguan telah berlangsu...
17/10/2025

✨ Majlis Bacaan Yassin & Tahlil – 16 Oktober 2025 ✨

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yassin & Tahlil mingguan telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Surau Darus Salam, Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah semalam.

Bacaan Yassin telah diketuai oleh adik Muhammad Syakirin Abdul Mokhtar, salah seorang Ahli Isi Rumah (AIR) MASA@Sungai Nibong, yang kini melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Syria.

Selesai bacaan Yassin dan Tahlil, para jemaah bersama-sama menikmati jamuan makan yang disediakan secara gotong royong oleh ahli MASA dan penduduk pangsapuri wakaf.

Semoga majlis seumpama ini terus menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, semangat gotong-royong dan keberkatan hidup bermasyarakat.

KULIAH MINGGUAN RABUAlhamdulillah, kuliah mingguan Program ISDEV Bersama Komuniti telah diadakan pada Rabu, 15 Oktober 2...
16/10/2025

KULIAH MINGGUAN RABU

Alhamdulillah, kuliah mingguan Program ISDEV Bersama Komuniti telah diadakan pada Rabu, 15 Oktober 2025 jam 7.45 malam yang berlangsung dengan penuh penghayatan di Surau Darus Salam, Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah.

Pengisian kali ini disampaikan oleh Dr. Shereeza Mohamed Saniff, Pensyarah Kanan ISDEV USM merangkap Ketua Projek MASA@Sungai Nibong yang menekankan bahawa kejayaan hidup menuntut usaha yang gigih, tawakal yang benar dan berpandukan Al-Quran sebagai pedoman utama.

Terima kasih kepada semua jemaah dan penduduk yang terus setia menyokong usaha memperkukuh hubungan ilmu, iman dan amal dalam komuniti.

Alhamdulillah, hari ini 9 Oktober 2025 diserikan dengan dua pengisian bermakna di bawah Program Pemerkasaan Insan MASA@S...
09/10/2025

Alhamdulillah, hari ini 9 Oktober 2025 diserikan dengan dua pengisian bermakna di bawah Program Pemerkasaan Insan MASA@Sungai Nibong setiap hari khamis bersama penduduk Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah.

Pada waktu pagi, majlis Tadarrus dan Tadabbur al-Quran diketuai oleh Ketua Projek MASA@Sungai Nibong iaitu Dr. Shereeza Mohamed Saniff yang membimbing ahli memahami keindahan dan mesej al-Quran.

Sementara pada waktu malam, program diteruskan dengan bacaan Yassin dan Tahlil mengisi suasana dengan zikir serta doa penuh ketenangan serta kebersamaan.

Moga majlis ilmu dan zikir ini terus menjadi wasilah memperkukuh iman, menyatukan hati dan menyuburkan roh komuniti beramal.

Alhamdulillah, Program Fiqh Wanita Siri Ke-9 anjuran MASA@Sungai Nibong telah diadakan pada 8 Oktober 2025 (Rabu, Setiap...
09/10/2025

Alhamdulillah, Program Fiqh Wanita Siri Ke-9 anjuran MASA@Sungai Nibong telah diadakan pada 8 Oktober 2025 (Rabu, Setiap Minggu Pertama) di Surau Darus Salam Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah Sungai Nibong.

Perkongsian oleh Ustazah Fatimah Ishak sangat menyentuh hati dan mengingatkan kita tentang pentingnya solat yang sempurna dan penuh khusyuk. Moga ilmu yang dikongsi terus menambah kefahaman dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, pada 1 Oktober 2025 (Rabu) ibu-ibu dan anak perempuan Ahli MASA@Sungai Nibong telah berpeluang menyertai ...
02/10/2025

Alhamdulillah, pada 1 Oktober 2025 (Rabu) ibu-ibu dan anak perempuan Ahli MASA@Sungai Nibong telah berpeluang menyertai Forum Anugerah Indah Buatku anjuran Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) bertempat di Auditorium Sheikh Ahmed Deedat, Bangunan IPSI, Georgetown.

Forum ini telah disampaikan oleh Pn. Ardini Angeline Tan, Pelakon & Tokoh Saudara Baru Cemerlang Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M. Kehadiran ibu-ibu MASA@Sungai Nibong bukan sahaja memberi ruang menimba ilmu dan penghayatan malah turut memperkukuh ukhuwah serta motivasi rohani dalam kalangan peserta.

Semoga penyertaan ini menjadi titik tolak kepada peningkatan ilmu, iman dan amal dalam kalangan komuniti kita.

💖 Malam penuh barakah di Sungai Nibong!Pada 20 September 2025 (Sabtu), qariah kita bersatu hati meraikan Sambutan Maulid...
28/09/2025

💖 Malam penuh barakah di Sungai Nibong!

Pada 20 September 2025 (Sabtu), qariah kita bersatu hati meraikan Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 anjuran Projek MASA@Sungai Nibong dengan kerjasama Surau Darus Salam bertempat di Pusat Interaksi Belia AYG, Sungai Nibong.

Kemuncak program, Malam Cinta Rasul dipenuhi dengan bacaan ratib, maulid dan tausiyah menyentuh jiwa daripada Ustaz Suhaizi Semail & Ustaz Abu Talha Jamalludin. Program ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fadzilla Azni Ahmad dengan sokongan Dr. Murni Yusoff, Dr. Azrin Ibrahim dan Prof. Madya Dr. Zakaria Bahari. 🌸✨

Syukur melihat anak-anak, belia, ibu bapa hingga warga emas hadir bersama – semua disatukan dengan satu rasa: cinta kepada Rasulullah SAW.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan, moga jadi amal jariah berkekalan. 🤲

🌸 Alhamdulillah, pada 20 September 2025 (Sabtu) jam 2.30 – 4.00 petang telah berlangsung Pertandingan Mewarna Sempena Ma...
28/09/2025

🌸 Alhamdulillah, pada 20 September 2025 (Sabtu) jam 2.30 – 4.00 petang telah berlangsung Pertandingan Mewarna Sempena Maulidur Rasul 1447H di Pusat Interaksi Belia AYG, Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah, Sungai Nibong.

Disertai oleh anak-anak Pangsapuri Wakaf dalam dua kategori (4–6 tahun & 7–9 tahun), pertandingan ini berlangsung penuh meriah dengan kreativiti dan warna-warni yang mencerminkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. 🎨✨

Keputusan pertandingan telah diadili oleh Profesor Madya Dr. Fadzilla Azni Ahmad dan Dr. Azrin Ibrahim. Tahniah diucapkan kepada semua peserta & pemenang – semoga semangat cinta Rasulullah SAW terus mekar dalam jiwa anak-anak kita. 💖

Address

ISDEV
George Town
11800

Telephone

+6046532800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MASA ISDEV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MASA ISDEV:

Share