Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang - Islamic Charity Society Penang

Directions

Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang - Islamic Charity Society Penang Islamic Charity Society (ICS) merupakan NGO kebajikan yang berpusat di Pulau Pinang dan aktif dalam gerak kerja kebajikan.

Islamic Charity Society Penang (ICS) is a registered welfare organization based in Penang and active in charity work. Islamic Charity Society Penang (ICS) adalah sebuah Pertubuhan Kebajikan yang berdaftar secara rasminya pada 20 Februari 2012 dengan nombor pendaftaran PPM-029-07-20022012. Semenjak didaftarkan, pelbagai aktiviti kebajikan telah dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai Misi, Visi dan Objektif pertubuhan ini.
Islamic Charity Society Penang (ICS) is a registered welfare organization established in 20th Feb 2012 with registration number PPM-029-07-20022012. Various welfare activities were being planned and implemented to achieve the targeted mission, vision and objective of this organization.

Assalamualaikum.Alhamdulillah, berikut Laporan Gerak Kerja Kebajikan ICS bagi Bulan JULAI 2026.Terima kasih di atas soko...
29/08/2026

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berikut Laporan Gerak Kerja Kebajikan ICS bagi Bulan JULAI 2026.

Terima kasih di atas sokongan saudara dan saudari sekalian. Jazakumullahu khairan.

Ingat Kebajikan, Ingat ICS.

https://toyyibpay.com/derma-kebajikan

MAYBANK ISLAMIC
5574 3850 0665

CIMB ISLAMIC
8602 1301 61

BANK ISLAM
0702 5010 0337 67

23/08/2026

Alhamdulillah, hari ini Skuad ICS berpeluang menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

ICS telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Uncle Raja, seorang warga emas juga seorang peniaga makanan yg terpaksa menjaga ank sulungnya yg lumpuh dan masih berada di hospital.

Kemudian, perjalanan diteruskan ke Bukit Jenun, Kedah untuk menziarahi Nor Hanisah, seorang remaja 31 tahun yang telah menderita lumpuh separuh badan selama lebih 8 tahun. Keadaan kesihatannya menyebabkan beliau tidak dapat bekerja untuk mencari rezeki dan hanya mendapat bantuan zakat sebanyak RM400 sebulan.

Atas rasa prihatin, ICS telah menyumbangkan sebuah kerusi roda serta bantuan pampers bulanan sebanyak RM100 bagi meringankan beban beliau dan keluarga.

Tidak kira bangsa atau agama, jika ada yang memerlukan dan kita mampu membantu, insya-Allah ICS akan cuba membantu.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga seterusnya
memberi pahala amal soleh kepada para penyumbang serta sukarelawan yg menyumbang masa dan tenaga.

https://toyyibpay.com/derma-kebajikan

MAYBANK ISLAMIC
5574 3850 0665

CIMB ISLAMIC
8602 1301 61

BANK ISLAM
0702 5010 0337 67

20/08/2026

Alhamdulillah, kelmarin Skuad ICS telah menghantar katil pesakit dan kerusi roda kepada seorang penerima yg diuji penyakit kronik dan telah mengambil semula katil dari penerima yg telah tidak digunakan.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga seterusnya memberi pahala amal soleh kepada para penyumbang serta sukarelawan yg menyumbang masa dan tenaga.

https://toyyibpay.com/derma-kebajikan

MAYBANK ISLAMIC
5574 3850 0665

CIMB ISLAMIC
8602 1301 61

BANK ISLAM
0702 5010 0337 67

Alhamdulillah, baru-baru ini AJK ICS telah mengadakan pertemuan dan mendengar taklimat berkenaan kemudahan PERKESO darip...
16/08/2026

Alhamdulillah, baru-baru ini AJK ICS telah mengadakan pertemuan dan mendengar taklimat berkenaan kemudahan PERKESO daripada En. Zaki, Ketua Pejabat PERKESO George Town.

Banyak persoalan kami telah terjawab dan banyak ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk gerak kerja kebajikan ICS telah kami perolehi melalui perjumpaan ini.

Terima kasih kepada En. Zaki kerana sudi meluangkan masa berharga dan curahan ilmu bermanfaat. Terima kasih juga kepada AJK yang hadir dan sentiasa komited dalam menguruskan ICS

Barakallahu fiikum.

Alhamdulillah, bulan lepas telah dianjurkan usrah ICS yang dipimpin oleh Penasihat ICS, Ust. Sabri Hanif di rumah Penger...
14/08/2026

Alhamdulillah, bulan lepas telah dianjurkan usrah ICS yang dipimpin oleh Penasihat ICS, Ust. Sabri Hanif di rumah Pengerusi ICS.

Banyak yang dibincangkan termasuk berkenaan Islam, Iman dan taqwa serta isu semasa.

InsyaALLAH ICS akan berusaha menganjurkan usrah seperti ini setiap bulan. Nak buat kerja kebajikan pun perlu dengan ilmu.

Semoga lebih ramai ahli dan sukarelawan ICS dapat menyertai program usrah ini pada masa akan datang.

πŸ“’ MAKLUMAN PEMBATALANAssalamualaikum wbt.Dimaklumkan bahawa Program Taklimat Faedah & Perlindungan PERKESO yang dijadual...
06/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PEMBATALAN

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan bahawa Program Taklimat Faedah & Perlindungan PERKESO yang dijadualkan pada 9 Ogos 2026 (Ahad) adalah DIBATALKAN atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai perhatian serta sokongan semua. Terima kasih.

πŸ“’ JOM HADIR! TAKLIMAT FAEDAH & PERLINDUNGAN PERKESOTahukah anda? Ramai yang masih belum mengetahui hak dan manfaat perli...
04/08/2026

πŸ“’ JOM HADIR! TAKLIMAT FAEDAH & PERLINDUNGAN PERKESO

Tahukah anda? Ramai yang masih belum mengetahui hak dan manfaat perlindungan PERKESO yang boleh membantu pekerja serta keluarga ketika ditimpa musibah.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Taklimat Faedah & Perlindungan PERKESO Yang Anda Patut Tahu yang akan disampaikan oleh En. Mohd Zaki Zainudin, Pengurus PERKESO George Town.

πŸ—“ Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ•” Masa: 5.00 Petang – 7.15 Malam
πŸ“ Tempat: Dewan Seminar, Masjid Al Muhajirin, Seberang Jaya, Penang

βœ… Ketahui pelbagai faedah dan perlindungan PERKESO.
βœ… Peluang bertanya soalan secara terus kepada pihak PERKESO.
βœ… Sesuai untuk pekerja, majikan, pencarum dan orang awam.

Masuk adalah PERCUMA!
Ayuh ajak ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga hadir bersama. Semoga ilmu yang diperoleh memberi manfaat kepada kita semua.

Anjuran: Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang (ICS)
Dengan Kerjasama: PERKESO George Town

Alhamdulillah, ICS telah menyampaikan bantuan lampin pakai buang dewasa kepada Pakcik Sahul Hamid. Keesokan harinya, kam...
24/07/2026

Alhamdulillah, ICS telah menyampaikan bantuan lampin pakai buang dewasa kepada Pakcik Sahul Hamid. Keesokan harinya, kami juga menghantar borang zakat untuk permohonan bantuan bulanan beliau.

Pakcik Sahul kini diuji dengan masalah prostat bengkak dan tidak dapat berjalan kerana masalah saraf. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga.

https://toyyibpay.com/derma-kebajikan

MAYBANK ISLAMIC
5574 3850 0665

CIMB ISLAMIC
8602 1301 61

BANK ISLAM
0702 5010 0337 67

Alhamdulillah, ICS telah menyampaikan bantuan makanan sebagai bantuan susulan kepada Saudari Sarimah yang lumpuh dan dij...
23/07/2026

Alhamdulillah, ICS telah menyampaikan bantuan makanan sebagai bantuan susulan kepada Saudari Sarimah yang lumpuh dan dijaga oleh jirannya yang prihatin.

ICS juga telah menghubungi Zakat Pulau Pinang bagi memohon bantuan agar Saudari Sarimah dapat ditempatkan di sebuah pusat jagaan supaya kebajikan dan nasib beliau lebih terbela.

Alhamdulillah, pihak Zakat Pulau Pinang telah hadir menziarahi beliau dan, insya-Allah, akan membantu menempatkan beliau di pusat jagaan.

Terima kasih juga diucapkan kepada jiran beliau yang begitu prihatin. Insya-Allah, ICS akan terus membantu Saudari Sarimah sehingga segala urusan dan permasalahan beliau dapat diselesaikan.

https://toyyibpay.com/derma-kebajikan

MAYBANK ISLAMIC
5574 3850 0665

CIMB ISLAMIC
8602 1301 61

BANK ISLAM
0702 5010 0337 67

Address

D/A CO-05-GF, Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Scotland
George Town
10450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang - Islamic Charity Society Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share