LIGA MUSLIM PENANG

Call Directions Website Contact the organization

LIGA MUSLIM PENANG Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from LIGA MUSLIM PENANG, Community Center, 33 & 35 Lebuh Queen, Georgetown, Pulau Pinang, George Town.

PERARAKAN MAULIDUR RASUL | 1448H | 2026 |GABUNGAN LIGA MUSLIM PULAU PINANGAlhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Peraraka...
26/08/2026

PERARAKAN MAULIDUR RASUL | 1448H | 2026 |GABUNGAN LIGA MUSLIM PULAU PINANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Perarakan Maulidur Rasul 1448H/2026 anjuran Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat Islam di Pulau Pinang.

Penyertaan seramai 23 kontinjen dengan kira-kira 1,800 orang peserta membuktikan semangat kecintaan umat Islam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, serta memperlihatkan kesatuan, perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat Islam.

Perarakan ini bukan sekadar sebuah program, tetapi menjadi wadah untuk kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, memperkukuhkan ukhuwah Islamiah serta menyemarakkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah SAW.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua persatuan Muslim, agensi kerajaan, syarikat, NGO, masjid, surau, pdrm, mbpp, jkr, suk serta seluruh peserta yang telah bersama-sama menjayakan perarakan yang penuh bermakna ini.

Terima kasih juga kepada Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, selaku Tetamu Kehormat, serta Merasmikan Pelepasan Perarakan Maulidur Rasul.

TYT Tun Telah Menyerahkan
Bendara Panji Agama Islam Kepada Tuan Rais Ahmad Bin Hj Mohamed Hussain

Bendera Malaysia Kepada Tuan Syed Nizam Bin Abdullah

Bendera Negeri Pulau Pinang Kepada Tuan Khurom Bin Salam,

Semoga segala usaha dan pengorbanan semua pihak dalam menjayakan Perarakan Maulidur Rasul 1448H ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

“Bersatu Dalam Ukhuwah, Berselawat Dengan Cinta, Mencontohi Akhlak Rasulullah SAW.”

Anjuran Tahun Ke 27
Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang







AGENDA PEMBANGUNAN EKONOMI MUSLIM (APEM) 3.0 – PULAU PINANGAlhamdulillah, telah berlangsung Konvensyen Agenda Pembanguna...
26/08/2026

AGENDA PEMBANGUNAN EKONOMI MUSLIM (APEM) 3.0 – PULAU PINANG

Alhamdulillah, telah berlangsung Konvensyen Agenda Pembangunan Ekonomi Muslim (APEM) 3.0 pada 15 Ogos 2026 bertempat di The Light Hotel Penang.

Konvensyen ini menjadi platform penting dalam memperkukuh agenda pembangunan ekonomi usahawan Muslim, khususnya dalam membantu IKS Muslim meningkatkan daya saing, mengembangkan perniagaan serta meneroka peluang ekonomi bernilai tinggi, digital dan lestari.

Program turut menampilkan sesi perkongsian daripada tokoh-tokoh berpengalaman dalam bidang keusahawanan, pembangunan ekonomi dan agensi kerajaan, selain sesi soal jawab serta perbincangan berkaitan sokongan dan fasiliti kepada usahawan Muslim.

Antara pengisian penting ialah pemberian Matching Grant kepada IKS serta bantuan perniagaan daripada Liga Muslim Pulau Pinang, sebagai salah satu usaha berterusan dalam memperkasa dan membantu usahawan Muslim di Pulau Pinang.

Majlis turut menyaksikan sesi perasmian dan penutupan yang melibatkan pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Semoga APEM 3.0 menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem ekonomi Muslim yang lebih kukuh, berdaya saing dan berdaya tahan, seterusnya melahirkan lebih ramai usahawan Muslim yang berjaya.

“Memperkasa Usahawan Muslim, Memacu Ekonomi Ummah.”







BANTUAN KECEMASAN — MOHON SUMBANGAN SEGERAAssalamualaikum semua, Mohon doa dan bantuan untuk *Ustaz  Mohd Idris AlHafiz,...
23/08/2026

BANTUAN KECEMASAN — MOHON SUMBANGAN SEGERA

Assalamualaikum semua, Mohon doa dan bantuan untuk *Ustaz Mohd Idris AlHafiz, Imam Surau Anjuman Himayathul Islam*, yang kini dalam keadaan kritikal dan memerlukan pembedahan jantung segera di Hospital GH Pulau Pinang

Beliau memerlukan alat “Frozen Elephant Trunk (FET)” untuk beli aortic arch. Bernilai : RM75,000 (tanpa kos lain & pembedahan lain)

Mohon jasa baik semua untuk menyumbang mengikut kemampuan. Walaupun sedikit, amat besar maknanya.

🏦 RHB BANK
No. Akaun: 25809300056427
Nama: KAPITAN MART
Remark: Ustaz Idris Heart

Mohon bantu sebarkan kepada keluarga dan sahabat agar lebih ramai dapat bersama-sama membantu.

Utk makluman lanjut :-
Dato Hj Faruk 0194462246
Dato Hj Kader Anjuman 0164122858
Dato Hj Meera Mydin 0124251955
Rizwan 0165922010
Azmi 0166221280
Taufik 0174611250

Terima kasih atas doa dan sumbangan semua. 🤲

Ceramah Agama Dalam Bahasa Tamil Tajuk "Perpaduan Ummah Asas Kejayaan"Oleh Maulana Ustaz Al Haj Abdul Azeez Baqavi Pada ...
22/08/2026

Ceramah Agama Dalam Bahasa Tamil
Tajuk

"Perpaduan Ummah Asas Kejayaan"

Oleh
Maulana Ustaz Al Haj Abdul Azeez Baqavi

Pada 26.8.26 (Rabu)
Masa Selepas Solat Maghrib
Tempat Bangunan Liga Muslim Pulau Pinang

Muslimin & Muslimat Di Jemput Hadir...

Jangan Lupa, Kepada Semua Peserta Yang Telah Daftar... Jumpa Anda Esok Pagi Di The Light Hotel...
14/08/2026

Jangan Lupa, Kepada Semua Peserta Yang Telah Daftar... Jumpa Anda Esok Pagi Di The Light Hotel...

Assalamualaikum,Jemputan Ke Majlis Perarakan Sempena Maulidur Rasul 1448h 2026 Anjuran Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang...
05/08/2026

Assalamualaikum,

Jemputan Ke Majlis Perarakan Sempena Maulidur Rasul 1448h 2026 Anjuran Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang.

Pada 25.8.26 (Selasa)
Masa 4.00ptg
Tempat Perkarangan Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi
Tuan Noor Mohamed 0134499955
Tuan Syed Nizam 0164564561
Dato Abdul Kader 0164122858

Address

33 & 35 Lebuh Queen, Georgetown, Pulau Pinang
George Town
10200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LIGA MUSLIM PENANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to LIGA MUSLIM PENANG:

Shortcuts

Share