Skuad AntiDadah Timur Laut

Call Directions Website Contact the organization

Skuad AntiDadah Timur Laut ✓ MATLAMAT

•Mewujudkan entiti kesukarelaan yang berperanan untuk menggerakkan aktiviti pendidik ✓ FUNGSI

1.

Pencegahan Dadah
Program dan aktiviti anti-dadah dalam komuniti. Penyampaian mesej bahaya dadah melalui ceramah, pameran, edaran risalah dan sebagainya. Melaksana intervensi awal kepada kumpulan berisiko

2. Agen Antidadah Dalam Komuniti
Penyaluran maklumat dan aduan kepada pihak berkuasa terutama AADK. Agen penyebaran maklumat antidadah dan contoh kepada komuniti.

3. Sokongan Emosi
Memberi sokongan emosi dan moral kepada anggota masyarakat yang menghadapi musibah dan bencana alam

📅 26 September 2026 (Sabtu)📍 Straits Green Park by The Sea📢 SKUAD ANTIDADAH DAERAH TIMUR LAUT MERIAHKAN ANDAMAN VIBES FU...
26/09/2026

📅 26 September 2026 (Sabtu)
📍 Straits Green Park by The Sea

📢 SKUAD ANTIDADAH DAERAH TIMUR LAUT MERIAHKAN ANDAMAN VIBES FUN RUN 2026

SKUAD Antidadah Daerah Timur Laut telah membuka booth promosi dan pendaftaran keahlian SKUAD Antidadah bersama Pegawai AADK sempena Andaman Vibes Fun Run 2026.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah promosi keahlian SKUAD Antidadah, penerangan berkaitan peranan SKUAD kepada komuniti serta edaran 500 keping kipas SKUAD Antidadah Daerah Timur Laut kepada peserta dan komuniti yang hadir.

Program ini menjadi salah satu platform untuk mendekati masyarakat serta memperluaskan kesedaran mengenai peranan komuniti dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah.

Terima kasih kepada semua yang hadir, menyokong dan membantu menjayakan aktiviti ini. 💙

Bersama Komuniti, Cegah Dadah 🚫💪🏻

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026!Berbeza budaya, bahasa dan latar belakang, kita tetap satu keluarga bernama Malaysia. ❤️Ay...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026!

Berbeza budaya, bahasa dan latar belakang, kita tetap satu keluarga bernama Malaysia. ❤️

Ayuh terus semai perpaduan, kukuhkan keharmonian dan bersama-sama bina masyarakat bebas dadah.

Salam Hari Malaysia daripada SKUAD Antidadah Daerah Timur Laut 🇲🇾

🎂✨ BENGKEL KEK & PASTRY – DAPUR KREATIF KOMUNITI POSITIF 🧁🌸Nak belajar buat kek & pastry dari asas hingga mahir? Jom ser...
15/09/2026

🎂✨ BENGKEL KEK & PASTRY – DAPUR KREATIF KOMUNITI POSITIF 🧁🌸

Nak belajar buat kek & pastry dari asas hingga mahir? Jom sertai bengkel santai dan praktikal bersama SKUAD Antidadah Timur Laut! 💜

Dalam bengkel ini, peserta akan belajar:
🍰 Asas membuat kek yang lembut & gebu
🎀 Teknik hiasan kek (frosting & piping)
🥧 Resipi pastry popular & berpotensi dijual
💡 Tips penyimpanan & pengiraan kos
👩‍🍳 Praktikal 100% – bawa pulang hasil sendiri!

📅 25 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Dewan Liga Muslim Pulau Pinang
💰 RM10 sahaja!
👥 Terhad kepada 20 orang sahaja
✨ Semua bahan & peralatan disediakan!

Sesuai untuk pemula & suri rumah yang ingin menambah kemahiran serta menjana pendapatan sampingan.

📲 Jom daftar sekarang!
014-900 7048
Tempat terhad, siapa cepat dia dapat! 🥰





🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Setulus ucapan daripada Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa SKUAD Antidad...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Setulus ucapan daripada Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa SKUAD Antidadah Daerah Timur Laut kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan perpaduan dan menghargai keamanan serta keharmonian yang kita kecapi.

Semoga Malaysia terus maju, aman, makmur dan diberkati, dengan rakyat yang saling menghormati tanpa mengira bangsa dan agama.

“Malaysia Madani, Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.”

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan Ke-69! 🇲🇾
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada,
Pengerusi & Semua Ahli Jawatankuasa
SKUAD Antidadah Daerah Timur Laut.

SKUAD Antidadah Daerah Timur Laut Menyertai Perarakan Maulidur Rasul 🌙✨Alhamdulillah, SKUAD Antidadah Daerah Timur Laut ...
25/08/2026

SKUAD Antidadah Daerah Timur Laut Menyertai Perarakan Maulidur Rasul 🌙✨

Alhamdulillah, SKUAD Antidadah Daerah Timur Laut berkesempatan menyertai Perarakan Maulidur Rasul anjuran Liga Muslim Pulau Pinang.

Penyertaan ini bukan sekadar memeriahkan sambutan, malah menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh semangat kebersamaan serta membawa mesej pencegahan dadah sebagai tanggungjawab bersama dalam komuniti.

Semoga semangat memperingati kelahiran dan perjuangan Rasulullah SAW terus menyemarakkan usaha kita untuk membina masyarakat yang lebih sihat, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah. 🤲🏻💙

“Tak Payah Tak Nak”
Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama.

25/08/2026
‼️‼️‼️PENDAFTARAN DILANJUTKAN‼️‼️‼️🔥 FESTIVAL SUNGAI MUDA 2026 🔥Acara dinanti-nantikan kembali lagi! Jom sertai festival...
23/06/2026

‼️‼️‼️PENDAFTARAN DILANJUTKAN‼️‼️‼️
🔥 FESTIVAL SUNGAI MUDA 2026 🔥

Acara dinanti-nantikan kembali lagi! Jom sertai festival penuh warna, tenaga & keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan!

📅 27 JUN 2026 (SABTU)
🏃‍♂️ FUN RUN – Larian santai sesuai untuk semua peringkat umur

📅 28 JUN 2026 (AHAD)
🚴‍♂️ FUN RIDE – Kayuhan santai sambil menikmati suasana Sungai Muda
📍 Lokasi: Dataran T**i Merdeka, Sungai Muda
⏰ Masa Flag Off: 7.30 Pagi

🎁 KELEBIHAN PENYERTAAN:
✔️ T-shirt rasmi event yang eksklusif
✔️ Medal “FINISHER” untuk semua peserta
✔️ Bib number / nombor peserta
✔️ Goodies bag menarik
✔️ Air minuman & refreshment disediakan
✔️ Peluang sertai cabutan bertuah 🎉

🌟 KENAPA WAJIB JOIN?
✅ Aktiviti sihat bersama komuniti
✅ Sesuai untuk individu, keluarga & geng kawan
✅ Lokasi menarik & santai
✅ Event santai tapi penuh vibe festival!

🚨 PENYERTAAN ADALAH TERHAD!
Sambutan sangat menggalakkan – slot semakin penuh!

Jangan tunggu saat akhir ❗
📲 DAFTAR SEKARANG

Guna Promo Code:-
BEBASPG
untuk mendapatkan diskaun RM5

Link Ticket 2u :-
https://t2u.asia/e/49386_56c1f1be4c51401eb3d719f9ab5f7742

📅 Tarikh Tutup Penyertaan dilanjutkan sehingga 24 Jun 2026

📞 SEBARANG PERTANYAAN:

📱 Hidayu: +60 11-1110 8550
📱 Syazwan: +60 17-446 3983

🔥 Jangan lupa tag geng korang & ajak ramai-ramai!
👨‍👩‍👧‍👦 Lagi ramai, lagi meriah!






📢 HEBAHAN PENGAMBILAN KIT 📢Dimaklumkan kepada semua peserta, pengambilan kit bagi program Sungai Muda Fun Run akan diada...
19/06/2026

📢 HEBAHAN PENGAMBILAN KIT 📢

Dimaklumkan kepada semua peserta, pengambilan kit bagi program Sungai Muda Fun Run akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📍 Dewan Komuniti Kg. T**i Merdeka, Bumbung Lima,
Kepala Batas, Seberang Perai Utara
📅 26 Jun 2026 (Jumaat)
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
3.00 petang – 9.00 malam

⚠️ Peringatan: Kaunter pengambilan kit tidak dibuka pada hari larian.

Terima kasih atas kerjasama semua. Jumpa anda nanti! 🏃‍♂️🏃‍♀️✨

11/06/2026

Apa tu Dopamin? Ha kalau nak tau dopamine tu adalah bahan kimia semula jadi yang dikeluarkan oleh otak untuk bagi kita rasa gembira, bahagia dan lega.

Bila ambil dadah, otak kita dipaksa untuk mengeluarkan dopamin yang terlalu banyak. Dia dah rosakkan sistem otak yang menyebabkan kita tak seronok dah buat benda lain. Rasa macam tak cukup.

Macam mana nak keluarkan dopamin secara sihat? Bersenam ataupun lakukan hobi anda. Ini adalah cara sebenar untuk anda merasai keseronokan. Barulah sihat fizikal dan mental.

Nak tau tips penjagaan diri yang lain lagi? Ikuti media sosial AADK Malaysia.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙✨Ikhlas daripada seluruh warga SKUAD Antidadah Daerah Timur LautSemoga Aidiladha kali...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙✨
Ikhlas daripada seluruh warga SKUAD Antidadah Daerah Timur Laut

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Salam Aidiladha & maaf zahir batin 🤍🐄

Address

George Town

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuad AntiDadah Timur Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Skuad AntiDadah Timur Laut:

Shortcuts

Share