Pertubuhan Penggerak Kebajikan & Amal

Pertubuhan Penggerak Kebajikan & Amal Merintis Perubahan Pertubuhan ini telah berjaya didaftarkan secara rasminya pada 29/10/2021 dengan nombor pendaftaran PPM-002-07-29102021.

Pertubuhan Penggerak Kebajikan Dan Amal Pulau Pinang (PENGGERAK) merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Kami menawarkan 2 jenis bantuan iaitu bantuan makanan asas kepada golongan fakir miskin dan bantuan perubatan kepada pesakit kronik. Mereka yang layak adalah dipelawa untuk membuat permohonan. Permohonan bantuan boleh dibuat secara atas talian dengan cara private message (PM) ke page facebook kami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447HRamadan telah pergi,namun semoga segala kebaikan yang kita lakukan terus kekal di sisi...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

Ramadan telah pergi,
namun semoga segala kebaikan yang kita lakukan terus kekal di sisi-Nya.

Di sebalik kemeriahan Syawal,
masih ada yang menyambutnya dalam kesederhanaan,
dan masih ada yang diuji dalam diam.

Tahun ini, kami diberi peluang untuk menyantuni mereka dan setiap senyuman yang terukir, menjadi pengingat bahawa kebaikan itu masih hidup.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga Allah menerima segala amalan kita.

Terima kasih kepada semua yang pernah memberi,
yang pernah mendoakan,
dan yang sentiasa bersama dalam setiap langkah kebajikan ini.

Semoga hati kita terus lembut untuk memberi,
bukan hanya di Ramadan, tetapi sepanjang masa.



Ramadan kali ini, kami tidak hanya merancang tapi kami melaksanakan.Sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, PENGGERAK...
20/03/2026

Ramadan kali ini, kami tidak hanya merancang tapi kami melaksanakan.

Sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, PENGGERAK telah diberi amanah untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan Ramadan telah disalurkan dalam bentuk pek makanan asas kepada keluarga yang terkesan.

Bantuan Hari Raya Aidilfitri p**a telah disediakan bagi memastikan mereka juga dapat menyambut Syawal dengan lebih bermakna.

Setiap angka yang tertera bukan sekadar jumlah, tetapi kisah-kisah kehidupan yang di bantu, dan beban yang sedikit diringankan.

Semuanya terlaksana hasil kepercayaan dan sumbangan daripada anda semua.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kebaikan ini.



Alhamdulillah, melalui Bantuan Ramadan PENGGERAK, pek makanan asas telah berjaya disalurkan kepada keluarga yang memerlu...
19/03/2026

Alhamdulillah, melalui Bantuan Ramadan PENGGERAK, pek makanan asas telah berjaya disalurkan kepada keluarga yang memerlukan.

Setiap sumbangan yang diberikan bukan sekadar bantuan,
tetapi membawa kelegaan kepada mereka yang sedang diuji.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua.

Semoga setiap kebaikan ini menjadi asbab keberkatan dan ganjaran yang berpanjangan.



Melalui Bantuan Ramadan Penggerak iaitu pek bantuan makanan asas telah disampaikan kepada keluarga yang memerlukan bagi ...
11/03/2026

Melalui Bantuan Ramadan Penggerak iaitu pek bantuan makanan asas telah disampaikan kepada keluarga yang memerlukan bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan yang mulia ini.

Walaupun sederhana, kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan dan manfaat kepada penerima.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa bersama kami dalam menjayakan usaha kebajikan ini.

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab keberkatan buat kita semua.



Ada rumah yang masih berkira-kira,cukup ke beras sampai hujung minggu.cukup ke barang dapur untuk sahur dan berbuka.Seba...
05/03/2026

Ada rumah yang masih berkira-kira,
cukup ke beras sampai hujung minggu.
cukup ke barang dapur untuk sahur dan berbuka.

Sebab itu kami turun menyampaikan Bantuan Ramadan Penggerak. Walaupun ianya sekadar pek makanan asas, tetapi kami berharap ia membawa sedikit kelegaan kepada mereka yang memerlukan.

Kadang kita rasa bantuan kita kecil.
Tetapi bagi mereka yang sedang diuji, ia sangat besar ertinya.

Semoga setiap kebaikan yang kita kongsi dalam bulan yang mulia ini menjadi asbab keberkatan buat kita semua.


Alhamdulillah, Bantuan Ramadan yang merupakan pek makanan asas telah disampaikan kepada keluarga yang memerlukan sempena...
02/03/2026

Alhamdulillah, Bantuan Ramadan yang merupakan pek makanan asas telah disampaikan kepada keluarga yang memerlukan sempena bulan yang mulia ini.

Tak perlu tunggu banyak untuk memberi.
Yang penting ada rasa peduli.

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong usaha kebajikan PENGGERAK.

Semoga setiap sumbangan jadi asbab keberkatan buat kita semua.



Awal tahun, kami laksanakan Bantuan Persekolahan bagi memastikan anak-anak dapat memulakan sesi sekolah dengan lebih yak...
01/03/2026

Awal tahun, kami laksanakan Bantuan Persekolahan bagi memastikan anak-anak dapat memulakan sesi sekolah dengan lebih yakin.

Setiap bulan, kami teruskan Bantuan Bulanan termasuk keperluan seperti pampers untuk pesakit kronik yang memerlukan sokongan berterusan.

Dan Ramadan ini, kami sampaikan pek bantuan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan.

Berbeza waktu.
Berbeza keperluan.
Namun komitmen kami tetap sama iaitu menyampaikan amanah dan meringankan beban.

Terima kasih kepada semua yang terus bersama kami dalam perjuangan kebajikan ini.

Merintis Perubahan.


Alhamdulillah, inilah antara penyampaian Bantuan Persekolahan PENGGERAK 2026 yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini...
27/02/2026

Alhamdulillah, inilah antara penyampaian Bantuan Persekolahan PENGGERAK 2026 yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini kepada keluarga yang memerlukan.

Kami percaya, usaha kebajikan bukan sekadar program, ia adalah tanggungjawab untuk hadir sendiri dan memastikan bantuan benar-benar sampai kepada penerima.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus memberi kepercayaan kepada kami untuk memikul amanah ini.


Beginilah antara momen penyampaian Bantuan Persekolahan PENGGERAK 2026 yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini.Setia...
26/02/2026

Beginilah antara momen penyampaian Bantuan Persekolahan PENGGERAK 2026 yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini.

Setiap lawatan bukan sekadar menyerahkan bantuan, tetapi mendengar sendiri keadaan dan keperluan penerima.

Alhamdulillah, amanah para penyumbang telah sampai kepada yang berhak.

Terima kasih kerana terus mempercayai usaha kebajikan kami.


Alhamdulillah, Bantuan Persekolahan PENGGERAK 2026 telah disampaikan kepada penerima yang layak bagi membantu persiapan ...
25/02/2026

Alhamdulillah, Bantuan Persekolahan PENGGERAK 2026 telah disampaikan kepada penerima yang layak bagi membantu persiapan sesi persekolahan mereka.

Setiap sumbangan yang diamanahkan telah kami salurkan sebaiknya kepada yang memerlukan.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan dalam menjayakan misi kebajikan ini.


Alhamdulillah, Bantuan Persekolahan PENGGERAK 2026 telah pun disampaikan kepada penerima yang layak pada awal tahun ini ...
24/02/2026

Alhamdulillah, Bantuan Persekolahan PENGGERAK 2026 telah pun disampaikan kepada penerima yang layak pada awal tahun ini bagi membantu persiapan sesi persekolahan mereka.

Mungkin ia kelihatan sederhana,
namun bagi keluarga yang memerlukan, ia membawa kelegaan dan semangat baharu untuk anak-anak meneruskan pembelajaran.

Semoga setiap kebaikan yang disemai menjadi asbab keberkatan dan ganjaran yang berpanjangan.


Alhamdulillah, Bantuan Persekolahan PENGGERAK 2026 telah pun disampaikan kepada para penerima pada awal tahun ini bagi m...
23/02/2026

Alhamdulillah, Bantuan Persekolahan PENGGERAK 2026 telah pun disampaikan kepada para penerima pada awal tahun ini bagi membantu persiapan sesi persekolahan mereka.

Setiap sumbangan yang diamanahkan telah sampai kepada yang memerlukan demi memastikan anak-anak ini dapat memulakan langkah ke sekolah dengan lebih yakin dan bersemangat.

Ramadan mengingatkan kita bahawa kebaikan yang disemai, akan terus memberi makna walaupun masa akan berlalu.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan berterusan.


Address

George Town
10150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Penggerak Kebajikan & Amal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Penggerak Kebajikan & Amal:

Share