24/01/2025
Ayuh pakat menyumbang
Dalam perjalanan kita menuju ke bulan Ramadan dan sempena Jumaat yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini, ayuh kita menanam saham akhirat dengan berwakaf dalam projek pembinaan Sekolah Menengah Agama Johol yang masih memerlukan sumbangan daripada muslimin muslimat orang ramai semua.
Sesungguhnya, amalan berwakaf ini adalah termasuk dalam amal jariah sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh.”
[HR Muslim #1631]
Di dalam kitab syarah kepada Sahih Muslim, Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa sedekah jariah itu adalah wakaf. Begitu juga dengan Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah yang meletakkan hadis di atas di dalam kitabnya Bulughul Maram di dalam perbahasan wakaf.
Justeru, muslimin muslimat yang ingin memulakan, menggandakan atau mewakilkan saham akhirat bagi insan-insan yang dicintai, dijemput untuk berwakaf dalam projek ini. Wakaf boleh disalurkan melalui nombor akaun tertera atau imbas kod QR seperti dalam poster.
Sebarang pertanyaan berkenaan projek wakaf ini ataupun apa-apa kemusykilan mengenai wakaf, wasiat, hibah, faraid harta luqatah atau harta tidak patuh syariah, boleh hubungi Hotline Wakaf & Mal MAINS, 013-774 3662 (www.wasap.my/60137743662).
'SEMAI DI DUNIA, TUAI DI AKHIRAT'