JPKK Felda Bukit Rokan

JPKK Felda Bukit Rokan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKK Felda Bukit Rokan, Community Center, Pejabat JPKK Felda Bukit Rokan Gemencheh, Gemencheh.

17/06/2026
Daulat Tuanku. 🇲🇾Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke...
01/06/2026

Daulat Tuanku. 🇲🇾

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga KDYMM Tuanku dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan dan keberkatan.

Sembah takzim daripada JPKK Felda Bukit Rokan

‎ إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْنInnalillahi wa inna ilaihi raji'un‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ...
18/05/2026

‎ إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُعنه
Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"

Semoga Allahyarham Ismail Bin Abd Rahman ditempatkan di kalangan org yg beriman..Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

🚨 BERITA BAIK BUAT ANAK NEGERI SEMBILAN YANG BAKAL KE IPT! 🎓✨Adakah anda atau anak anda bakal menyambung pengajian ke In...
15/04/2026

🚨 BERITA BAIK BUAT ANAK NEGERI SEMBILAN YANG BAKAL KE IPT! 🎓✨

Adakah anda atau anak anda bakal menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun ini? Jangan lepaskan peluang untuk memohon Bantuan Kewangan Kemasukan Ke IPT 2026 di bawah Inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan!

Kadar bantuan kewangan (one-off) yang ditawarkan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:

• RM500: Peringkat Sijil / Matrikulasi / Asasi
• RM750: Peringkat Diploma
• RM1,000: Peringkat Diploma (STEM) / Ijazah / Sarjana / PHD
• RM1,500: Peringkat Ijazah (STEM)

📋 Syarat-syarat Utama Permohonan:

• Permohonan telah mula dibuka pada 1 Januari 2026.
• Pemohon mesti mengemukakan permohonan dalam tempoh tahun pertama pengajian.
• Pemohon merupakan pengundi yang berdaftar di Negeri Sembilan.
• Pemohon bermastautin di Negeri Sembilan.
• Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.

Jangan tunggu lagi! Ringankan beban perbelanjaan pendidikan anda atau anak-anak anda.

Tolong tag dan kongsikan hantaran ini kepada keluarga, jiran, dan rakan-rakan yang berkelayakan ya! 📢

👇 Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut dan permohonan:
🌐 https://www.n9.digital/





Info Kematian Felda Bukit Rokan.Nama: Muhamad Shah bin ShahabudinNo: No 84, Peringkat 1 Felda Bukit RokanTarikh: 21.03.2...
21/03/2026

Info Kematian Felda Bukit Rokan.

Nama: Muhamad Shah bin Shahabudin
No: No 84, Peringkat 1 Felda Bukit Rokan
Tarikh: 21.03.2026
Masa: 8.00 malam
Hari: Sabtu.

Setelah pengesahan KKM, meninggal dunia di rumah..Pengurusan Jenazah akan dilakukan di Masjid besok pagi. Samoga Allah mempermudahkan segala urusan pengkebumian.

‎ إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُعنه
Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"

Alfatihah..

20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Warga Felda Bukit Rokan yang dihormati,

Bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma, kami warga Ahlijawatankuasa JPKK Felda Bukit Rokan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga penduduk Felda Bukit Rokan.

Semoga sambutan Syawal ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Puas berpuasa di bulan Ramadan,
Kini tibalah Syawal mulia,
Salah dan silap mohon dimaafkan,
Moga hidup sentiasa bahagia.

Sungguh enak ketupat palas,
Dimakan bersama rendang daging,
Tangan dihulur maaf dibalas,
Ukhuwah terjalin erat berdamping.

Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran, kebahagiaan dan keberkatan bersama insan tersayang.

Kosong-kosong ✨🌙 *

Ikhlas;
JPKK Felda Bukit Rokan

Address

Pejabat JPKK Felda Bukit Rokan Gemencheh
Gemencheh
73200

Telephone

+60177826233

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Felda Bukit Rokan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK Felda Bukit Rokan:

Shortcuts

Share