Pertubuhan Sentuhan Kasih

Pertubuhan Sentuhan Kasih Program Sentuhan Kasih merupakan program khas bagi menyalurkan Set Pengurusan Jenazah dan Al-Quran kepada masjid, asnaf dan orang yang memerlukan.

Doa malam nisfu syaaban 🀲🏻✨
02/02/2026

Doa malam nisfu syaaban 🀲🏻✨

Doa Malam Israk Mikraj ❀️✨(Dibaca bermula Maghrib, 27 Rajab)Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung,pada m...
16/01/2026

Doa Malam Israk Mikraj ❀️✨

(Dibaca bermula Maghrib, 27 Rajab)

Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…

Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung,
pada malam yang mulia ini, malam Isra’ dan Miβ€˜raj kekasih-Mu Nabi Muhammad ο·Ί, kami hadir dengan penuh kehinaan dan harapan, mengakui segala kekurangan, dosa dan kelalaian kami.

Ya Allah, sebagaimana Engkau memuliakan Nabi-Mu dengan perjalanan yang penuh rahsia dan hikmah, maka muliakanlah hidup kami dengan iman yang teguh, hati yang khusyuk, dan solat yang terjaga.

Ya Allah, jadikanlah solat kami cahaya dalam kegelapan, penenang dalam kesempitan dan penyelamat di hari perhitungan.

Ampunkan dosa kami yang lalu dan yang tersembunyi, dosa ibu bapa kami, keluarga kami, guru-guru kami, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, yang masih hidup mahupun yang telah kembali kepada-Mu.

Ya Allah, angkatlah kami dari kealpaan kepada kesedaran, dari kelemahan kepada kekuatan dan dari dunia yang menipu kepada akhirat yang kekal.

Kurniakanlah kepada kami husnul khatimah, rezeki yang halal lagi diberkati, kesihatan yang baik, ketenangan jiwa dan kematian dalam keadaan Engkau redhai.

Ya Allah, jangan Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk, dan pertemukanlah kami kelak bersama Nabi Muhammad ο·Ί di syurga-Mu yang tertinggi.

Amin ya Rabbal β€˜alamin.

Niatkan setiap doa ini sebagai persediaan hati menuju Ramadan,
membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT 🀲🏻

Bismillah, Alhamdulillah.Pada 5 Januari 2026, satu sesi perbincangan dan pertemuan telah diadakan antara Pertubuhan Keba...
13/01/2026

Bismillah, Alhamdulillah.

Pada 5 Januari 2026, satu sesi perbincangan dan pertemuan telah diadakan antara Pertubuhan Kebajikan Sentuhan Kasih Johor Bahru (PKSK JB) bersama ANGKASA Selangor bertempat di Pejabat ANGKASA Selangor, bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan program-program kebajikan dan inisiatif berimpak tinggi kepada masyarakat.

Pertemuan ini menjadi platform penting untuk berkongsi idea, hala tuju serta perancangan bersama demi memperkukuhkan usaha membantu golongan yang memerlukan, khususnya dalam aspek kebajikan, kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial.

Semoga perbincangan ini menjadi langkah awal kepada kerjasama yang lebih besar dan berterusan, seterusnya memberi manfaat kepada lebih ramai golongan asnaf dan komuniti di seluruh Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada pihak ANGKASA Selangor atas kesudian menerima kunjungan serta komitmen yang diberikan.

Syukur alhamdulillah ikatan terbina dengan sebuah perkongsian 🀲🏻
27/12/2025

Syukur alhamdulillah ikatan terbina dengan sebuah perkongsian 🀲🏻

23/12/2025

Amalkan doa ini di bulan Rejab 1447H.

Doa-doa yang dilangitkan insya-Allah tidak akan tertolak.

Maka, berdoalah…

Antara isi doa untuk bulan Rejab:

1. Ya Allah, izinkan aku meninggal dunia dalam keadaan yang baik, tanpa bermaksiat kepada-Mu.

2. Ya Allah, cabutlah nyawaku dalam keadaan husnul khatimah, dengan kalimah syahadah di bibirku.

3. Ya Allah, lapangkanlah kuburku dan terangi ia dengan cahaya-Mu.

4. Ya Allah, aku memohon naungan-Mu di Padang Mahsyar.

5. Ya Allah, ringankanlah pertanyaan ke atas diriku di alam Barzakh (kubur).

6. Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan beribadah, dan hidupkanlah aku dalam keadaan yang sama.

7. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada rasa takut, cemas dan kengerian pada Hari Pengadilan.

8. Ya Allah, letakkanlah buku catatan amalku di tangan kananku.

9. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang menerima kitab amalan mereka dengan penuh kegembiraan.

10. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang beruntung di Mizan.

11. Ya Allah, bantulah aku melintasi titian Sirat sepantas kilat.

12. Ya Allah, janganlah Engkau berikan amalan solehku kepada orang lain.

13. Ya Allah, pertemukanlah aku dengan keluargaku di dalam Jannah.

14. Ya Allah, janganlah Engkau pertontonkan kesalahan dan dosaku di hadapan orang lain pada Hari Pengadilan.

15. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang aku lupa dan dosa yang tidak aku sedari sebagai dosa.

16. Ya Allah, kurniakanlah aku hati yang bersih.

17. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dengki, cemburu, kebencian, ujub, riya’ dan hasad.

18. Ya Allah, kurniakanlah aku kemampuan untuk memaafkan orang lain dan jadikanlah orang lain memaafkan kesalahanku.

19. Ya Allah, kurniakanlah aku tutur kata yang lembut dan peliharalah lidahku daripada dusta, ghibah dan menyakiti hati orang lain.

20. Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran yang indah.

Ψ§Ω…ΩŠΩ† Ψ§Ω…ΩŠΩ† Ψ§Ω…ΩŠΩ† يارب Ψ§Ω„ΨΉΨ§Ω„Ω…ΩŠΩ† 🀲

Assalamualaikum. Zikir ini penenang, saat hati gelisah. Sama-sama kita beramal dengan zikir ini.
26/11/2025

Assalamualaikum. Zikir ini penenang, saat hati gelisah. Sama-sama kita beramal dengan zikir ini.

19/09/2025

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM SALIMAH , BACHOK , KELANTAN
30 SET PAKAIAN TERAKHIR
30 ALQURAN TERJEMAHAN............................……………………………..

Alhamdullilah selesai amanah daripada pihak yang menyertai program sentuhan kasih dengan menginfaq kan 30 SET PAKAIAN TERAKHIR dan 30 Naskah AlQuran kepada anak-anak yatim dan juga warga emas di pertubuhan anak yatim Salimah .

Terima kasih kepada semua yang menyertai Program ini, semoga anda semua dipermudahkan urusan dunia akhirat .

Semoga infaq ini menjadi manfaat kepada anak-anak yatim ini untuk memperlajari ilmu AlQuran dan infaq set kelengkapan ini menjadi manfaat kepada warga emas ini kelak .

Insyaallah Amin 🀲🏼




πˆππ…π€π π‰π”πŒπ€π€π“: πŒπ„ππ†π‡πˆπ“π”ππ† π‡π€π‘πˆ πŒπ„ππ”π‰π” 𝟏𝟐 π‘π€ππˆπ”π‹π€π–π€π‹ 🌹"Orang yang paling dicintai Allah SWT adalah orang yang memberi manf...
28/08/2025

πˆππ…π€π π‰π”πŒπ€π€π“: πŒπ„ππ†π‡πˆπ“π”ππ† π‡π€π‘πˆ πŒπ„ππ”π‰π” 𝟏𝟐 π‘π€ππˆπ”π‹π€π–π€π‹ 🌹

"Orang yang paling dicintai Allah SWT adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain."

Hari demi hari kita semakin hampir ke 12 Rabiulawal. Ruginya kita jika hari Jumaat ini berlalu tanpa kita tinggalkan jejak kebaikan sebagai tanda cinta kepada Rasulullah SAW.

Rugi sekiranya kita tinggalkan hari Jumaat pertama di 10 awal Rabiulawal ini tanpa kebaikan yang kita kongsi bersama anak-anak kesayangan Rasulullah SAW.

Insyaallah, sama-sama mencari keberkatan Jumaat dan 10 awal Rabiulawal kita dengan berkongsi rezeki dalam wakaf Set Pengurusan Jenazah untuk Masjid.

Semoga sedekah kita pada hari Jumaat ini menjadi asbab mudahnya kita meniti jalan-jalan menuju ke Syurga yang tertinggi.

Tekan link dibawah untuk Infaq Set Jenazah ⬇️

13/08/2025

AKTIVITI PROGRAM SENTUHAN KASIH

- PERTUBUHAN KEBAJIKAN SENTUHAN KASIH JOHOR BAHRU (PKSK JB)

Bismillah perjalanan kami di bumi Kelantan yang penuh dengan keramahan dan kasih sayang.

Ada beberapa daerah yang terlibat dan beberapa masjid, rumah anak yatim dan maahad tahfiz yang terpilih, antaranya

1. Daerah Tumpat
- 150 Set Jenazah
- ⁠30 Al-Quran Terjemahan

2. ⁠Daerah Kota Bahru
- 120 Set Jenazah

3. ⁠Daerah Bachok
- 210 Set Jenazah
- ⁠30 Al-Quran Terjemahan

4. ⁠Daerah Pasir Puteh
- 220 Set Jenazah
- ⁠50 Al-Quran

5. ⁠Daerah Kuala Krai
- 20 Set Jenazah

Alhamdullilah total pihak kami telah mengagihkan sebanyak 720 Set Kelengkapan Jenazah dan 110 Al-Quran Terjemahan.

Terima kasih juga warga kelantan yang menyambut baik kedatangan kami dan meraikan kami.

Semoga ukhwah yang terbina ini akan kekal sampai bila-bila.
Terima kasih juga kepada penginfaq-penginfaq yang turut serta, semoga dengan infaq ini para penginfaq diberikan rezeki yang melimpah ruah dan menjadi saham akhirat kelak

13/08/2025
AssalamualaikumHari ini Sentuhan Kasih akan membuat penghantaran sebanyak 720 Set Pengurusan Jenazah & 110 naskah Al-Qur...
04/08/2025

Assalamualaikum

Hari ini Sentuhan Kasih akan membuat penghantaran sebanyak 720 Set Pengurusan Jenazah & 110 naskah Al-Quran ke Kelantan.

Terima kasih kepada semua penginfaq yang turut serta dalam program Sentuhan Kasih.

Semoga para penginfaq yang menyumbang ini mendapat pahala yang berpanjangan dan dilindungi Allah SWT di dunia dan di akhirat 🀲🏻

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada NGO Wi Kulai atas kesudian dan komitmen dalam menjayakan P...
29/07/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada NGO Wi Kulai atas kesudian dan komitmen dalam menjayakan Program Jelajah Sentuhan Kasih.

Saya mewakili pihak Syarikat Naz Legacy Global merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang amat bermakna ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan menjadi amal jariah yang diberkati serta diterima sebagai saham akhirat 🀲🏻✨

Address

NO 08-02, Jalan NUSARIA 11, TAMAN NUSANTARA, GELANG PATAH
Gelang Patah
79200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Sentuhan Kasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Sentuhan Kasih:

Share