Sustainability Development Centre UMPSA

Sustainability Development Centre UMPSA Pusat Pembangunan Kelestarian
Jabatan Canseleri
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

MELANGKAH KE ARAH TENAGA BERSIH DAN LESTARIPusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abd...
24/08/2026

MELANGKAH KE ARAH TENAGA BERSIH DAN LESTARI

Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ingin berkongsi poster kesedaran berkaitan SDG 7: Affordable & Clean Energy

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penggunaan tenaga bersih serta menggalakkan amalan kecekapan tenaga dalam kehidupan seharian.

Antara langkah yang boleh diamalkan bersama:
⚡ Mengurangkan pembaziran tenaga
☀️ Menggunakan tenaga boleh diperbaharui
💡 Mengamalkan kecekapan tenaga

Marilah bersama-sama menyokong usaha kelestarian melalui penggunaan tenaga secara lebih bijak demi mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari.

WORLD HUMANITARIAN DAY 2026 🌍🤝Sempena World Humanitarian Day 2026, marilah kita bersama-sama mengenang dan menghargai ja...
24/08/2026

WORLD HUMANITARIAN DAY 2026 🌍🤝

Sempena World Humanitarian Day 2026, marilah kita bersama-sama mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan para pekerja kemanusiaan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mereka yang terjejas akibat konflik, bencana dan krisis kemanusiaan.

Tahukan anda?

Pada tahun 2025, sekurang-kurangnya 326 pekerja kemanusiaan terbunuh di 21 negara, menjadikan jumlah yang terbunuh dalam tempoh tiga tahun melebihi 1,000 orang.

Setiap bantuan, tidak kira besar atau kecil, mampu memberikan impak yang bermakna kepada mereka yang memerlukan. 💙

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan nilai kemanusiaan, empati, solidariti dan keprihatinan demi membina dunia yang lebih inklusif dan sejahtera.

UCAPAN PENGHARGAAN SEMPERNA PROGRAM GO GREEN UMPSA SIRI 2/2026 ♻️🔁Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC) ingin merakamkan s...
20/08/2026

UCAPAN PENGHARGAAN SEMPERNA PROGRAM GO GREEN UMPSA SIRI 2/2026 ♻️🔁

Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga UMPSA yang memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Program Go Green UMPSA Siri 2/2026 yang telah berlangsung pada 18 Ogos 2026 di UMPSA Gambang.

Hasil komitmen dan kesedaran warga kampus terhadap amalan kelestarian, sebanyak 819.4 kg bahan kitar semula telah berjaya dikumpulkan pada hari tersebut.

Tahniah juga diucapkan kepada penyumbang tertinggi bagi kategori pakaian terpakai, sisa kertas, sisa plastik dan minyak masak terpakai. Semoga pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga UMPSA untuk terus menyokong dan membudayakan amalan kelestarian.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih hijau, bersih dan lestari. 🌱♻️

[SDC] WORLD HUMANITARIAN DAY 2026 🌍🤝Sempena World Humanitarian Day 2026, marilah kita bersama-sama mengenang dan menghar...
19/08/2026

[SDC] WORLD HUMANITARIAN DAY 2026 🌍🤝

Sempena World Humanitarian Day 2026, marilah kita bersama-sama mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan para pekerja kemanusiaan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mereka yang terjejas akibat konflik, bencana dan krisis kemanusiaan.

Tahukan anda?

Pada tahun 2025, sekurang-kurangnya 326 pekerja kemanusiaan terbunuh di 21 negara, menjadikan jumlah yang terbunuh dalam tempoh tiga tahun melebihi 1,000 orang.

Setiap bantuan, tidak kira besar atau kecil, mampu memberikan impak yang bermakna kepada mereka yang memerlukan. 💙

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan nilai kemanusiaan, empati, solidariti dan keprihatinan demi membina dunia yang lebih inklusif dan sejahtera.

Sekian, terima kasih.

🌱 PROGRAM GO GREEN UMPSA SIRI 2/2026 PUPUK BUDAYA KITAR SEMULA DALAM KALANGAN WARGA UNIVERSITI ♻️🌍18 Ogos 2026 | UMPSA K...
19/08/2026

🌱 PROGRAM GO GREEN UMPSA SIRI 2/2026 PUPUK BUDAYA KITAR SEMULA DALAM KALANGAN WARGA UNIVERSITI ♻️🌍

18 Ogos 2026 | UMPSA Kampus Gambang

Sebanyak 819.4 kg sisa kitar semula telah berjaya dikumpulkan menerusi Program Go Green UMPSA 2026 anjuran Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertempat di UMPSA kampus Gambang.

Berdasarkan jumlah sisa tersebut pecahan sisa terdiri daripada kertas (546.6 kg ), botol plastik (16 kg), minyak masak terpakai (163.8) dan besi (3 kg), tin (1 kg) dan pakaian terpakai (89 kg).

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kampus yang tampil menyumbang pelbagai bahan kitar semula antaranya kertas, plastik, besi, minyak masak terpakai dan pakaian terpakai.

Pelaksanaan program ini merupakan salah satu inisiatif SDC dalam meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan pengurusan sisa dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), di samping menggalakkan penglibatan warga universiti dalam usaha mewujudkan persekitaran kampus yang lebih hijau dan lestari.

Program ini turut menyokong Sustainable Development Goal (SDG) 12: Responsible Consumption and Production melalui usaha menggalakkan pengurusan sumber dan sisa secara lebih bertanggungjawab.

Pihak Pusat Pembangunan Kelestarian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kampus atas sokongan, penyertaan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Program Go Green UMPSA 2026.

Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan secara berterusan dalam membudayakan amalan kelestarian dan menjadikan UMPSA sebagai kampus hijau yang lebih lestari.

[ESOK] HEBAHAN PROGRAM GO GREEN UMPSA SIRI 2/2026Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sult...
17/08/2026

[ESOK] HEBAHAN PROGRAM GO GREEN UMPSA SIRI 2/2026

Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga universiti untuk menyertai Program Go Green UMPSA 2026 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Ruang Legar Blok W, UMPSA Gambang

♻️Barangan yang diterima:
• Minyak masak terpakai
• Besi
• Tin minuman
• Kertas
• Plastik
• Pakaian terpakai

Menariknya!
Semua bahan kitar semula yang dihantar akan dibeli oleh pihak vendor mengikut harga pasaran semasa (kecuali pakaian terpakai).
💰Harga Minyak Masak Terpakai: RM3.00/kg
🎁 Hadiah istimewa akan diberikan kepada penyumbang plastik, tin minuman dan kertas dengan jumlah kutipan tertinggi.

Marilah bersama-sama membudayakan amalan kitar semula dan menyokong usaha kelestarian kampus. Setiap sumbangan anda mampu memberi impak positif kepada alam sekitar

🌿 TUMBUHAN AKUATIK: KECIL PERANANNYA, BESAR IMPAKNYATahukah anda bahawa tumbuhan akuatik memainkan peranan penting dalam...
14/08/2026

🌿 TUMBUHAN AKUATIK: KECIL PERANANNYA, BESAR IMPAKNYA

Tahukah anda bahawa tumbuhan akuatik memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem tasik?

Selain membantu meningkatkan kualiti air, tumbuhan akuatik turut menyediakan habitat dan sumber perlindungan kepada ikan serta hidupan kecil yang lain. Namun, pertumbuhan tumbuhan perlu dikawal bagi memastikan ekosistem kekal seimbang.

Jom kenali tumbuhan akuatik dan peranannya dalam ekosistem tasik 🐟🌱

HEBAHAN PROGRAM GO GREEN UMPSA SIRI 2/2026Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdu...
14/08/2026

HEBAHAN PROGRAM GO GREEN UMPSA SIRI 2/2026

Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga universiti untuk menyertai Program Go Green UMPSA 2026 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Ruang Legar Blok W, UMPSA Gambang

♻️Barangan yang diterima:
• Minyak masak terpakai
• Besi
• Tin minuman
• Kertas
• Plastik
• Pakaian terpakai

Menariknya!
Semua bahan kitar semula yang dihantar akan dibeli oleh pihak vendor mengikut harga pasaran semasa (kecuali pakaian terpakai).
💰Harga Minyak Masak Terpakai: RM3.00/kg
🎁 Hadiah istimewa akan diberikan kepada penyumbang plastik, tin minuman dan kertas dengan jumlah kutipan tertinggi.

Marilah bersama-sama membudayakan amalan kitar semula dan menyokong usaha kelestarian kampus. Setiap sumbangan anda mampu memberi impak positif kepada alam sekitar

HAPPY INTERNATIONAL YOUTH DAY 2026Sempena sambutan International Youth Day 2026, Pusat Pembangunan Kelestarian, Universi...
12/08/2026

HAPPY INTERNATIONAL YOUTH DAY 2026

Sempena sambutan International Youth Day 2026, Pusat Pembangunan Kelestarian, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ingin mengajak seluruh warga universiti bersama-sama meraikan dan menghargai peranan golongan belia sebagai pemimpin dan pencetus perubahan ke arah masa depan yang lebih mampan.

Marilah kita bersama-sama memperkasakan generasi muda untuk terus berinspirasi, berdaya saing dan memainkan peranan aktif dalam membina masa depan yang lebih baik dan lestari.

“Empowering Youth, Shaping Tomorrow”

12/08/2026

Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh Agenda Kelestarian menerusi penglibatan sebagai pempamer dalam program BASF PETRONAS Chemicals Open Day & Global Safety Days 2026 di Gebeng baru-baru ini bagi menjayakan pelbagai aktiviti berkaitan kelestarian.

Penyertaan itu membabitkan 20 sukarelawan staf dan pelajar daripada Kelab Eco Nexus UMPSA yang bersama-sama menjayakan pelbagai aktiviti berteraskan kelestarian, antaranya aktiviti SDGs Awareness, EcoCraft, DIY Soap Making dan Teknologi Solar Panel.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang, Tuan Ahmad Fauzi Awang.

Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/general/sdc-eco-nexus-umpsa-perkasa-agenda-kelestarian-di-basf-petronas-chemicals-open-day-2026

Address

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Gambang
26300

Telephone

+6094315068

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sustainability Development Centre UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sustainability Development Centre UMPSA:

Shortcuts

Share