Ikatan Siswa Anak Darul Ta'zim UMPSA

Ikatan Siswa Anak Darul Ta'zim UMPSA Page rasmi Sekretariat Ikatan Siswa Anak Darul Ta'zim Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

[ PROGRAM ISKANDAR ON TOUR 7.0 ]Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Maju Johor.Sukacita dimaklumkan bahawa Exco...
04/06/2026

[ PROGRAM ISKANDAR ON TOUR 7.0 ]

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Maju Johor.

Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Hubungan Luar & Alumni Sekretariat Ikatan Siswa Anak Darul Ta’zim (ISKANDAR) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan mengadakan Program ISKANDAR On Tour 7.0. Ketetapan program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 5 – 7 Jun 2026
📍 Tempat: Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor

Sepanjang program, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai pengalaman menarik, termasuk lawatan ke Laman Paya Bakau dan Galeri Jong bagi mengenali warisan serta sejarah tempatan. Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai aktiviti permainan tradisional Jong, program bersama komuniti Kampung Felda Adela, Jelajah Orang Johor, lawatan ke perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan, serta aktiviti menyantuni anak-anak yatim menerusi pelaksanaan aktiviti STEM yang interaktif dan bermanfaat.

Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membina semangat kesukarelawanan dan keprihatinan sosial, malah turut memupuk nilai kerjasama, kepimpinan dan kecintaan terhadap negeri Johor. Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan mahasiswa Johor di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penglibatan mahasiswa dalam pembangunan komuniti dan kesejahteraan masyarakat setempat.

[ ENGINEERING FOR LIFE 5.0 ]Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Akade...
04/06/2026

[ ENGINEERING FOR LIFE 5.0 ]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Akademik dan Kerjaya Sekretariat Ikatan Siswa Anak Darul Ta’zim (ISKANDAR), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan menganjurkan program ENGINEERING FOR LIFE 5.0. Ketetapan program adalah seperti berikut:

🗓️ Tarikh: 6 Jun 2026

Program ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat berteraskan pendidikan serta inovasi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kerjaya dalam bidang kejuruteraan, menarik minat mereka untuk menceburi bidang STEM serta membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada mahasiswa berkaitan akademik mahupun perancangan kerjaya.

Semoga pelaksanaan Engineering For Life 5.0 dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan serta memberi impak positif kepada masyarakat di samping memupuk nilai kepimpinan, kesukarelawanan dan semangat kebersamaan dalam kalangan mahasiswa.

[ MAHASISWA JOHOR BERSAMA JDT ]Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.Pada 23 Mei 2026 (Sabtu), Sekretari...
03/06/2026

[ MAHASISWA JOHOR BERSAMA JDT ]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

Pada 23 Mei 2026 (Sabtu), Sekretariat Ikatan Siswa Anak Darul Ta’zim (ISKANDAR), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Program Mahasiswa Johor Bersama JDT yang melibatkan delegasi mahasiswa untuk turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menyaksikan Perlawanan Piala FA Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuching City FC.

Kehadiran para mahasiswa UMPSA ke stadium bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan sokongan padu kepada pasukan JDT, malah menjadi platform yang bermakna dalam memupuk semangat kebersamaan, integrasi, serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan anak Johor di perantauan. Sorakan dan laungan semangat yang dizahirkan mencerminkan solidariti tinggi mahasiswa dalam menjayakan program ini.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan diharapkan agar momentum serta semangat kekeluargaan yang terjalin dalam kalangan mahasiswa UMPSA akan terus diperkukuh demi kecemerlangan persatuan pada masa hadapan.

Address

Universiti Malaysia Pahang. Lebuhraya Tun Razak
Gambang
26300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Siswa Anak Darul Ta'zim UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Siswa Anak Darul Ta'zim UMPSA:

Share