Buletin Hulu Dungun - BUDU

Directions

Buletin Hulu Dungun - BUDU Memaparkan berita berita hulu dungun

*JEMPUTAN KULIAH MAGHRIB*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Masjid At-Ta...
19/05/2026

*JEMPUTAN KULIAH MAGHRIB*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Masjid At-Taqwa, Kuala Jengal bagi mengikuti Kuliah Maghrib seperti ketetapan berikut:

📖 *Tajuk: Korban : Sejarah dan Permasalahan*
🗓 *Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)*
🕢 *Masa: 7.30 malam*
🎙 *Penceramah: Sahibul Fadhilah Dr. Haji Ahmad Fadluldin Bin Mohamad*
*(Timbalan Pengarah Modal Insan YIT)*

🕌 Ayuh bersama mengimarahkan masjid dan menambah ilmu menjelang ibadah korban.

❓Sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan ibadah korban boleh diisi melalui pautan berikut:
https://forms.gle/9huYQJpfKrycrocw9

“Muslimin dan muslimat dijemput hadir” 🤲

‼️HEBAHAN AKTIVITI ‼️Warga KAMPUNG JENGAL & sekitarnyaJom meriahkan *JUALAN RAKYAT BERGERAK*- dianjurkan oleh *Maidam Pr...
12/05/2026

‼️HEBAHAN AKTIVITI ‼️

Warga KAMPUNG JENGAL & sekitarnya

Jom meriahkan *JUALAN RAKYAT BERGERAK*- dianjurkan oleh *Maidam Property* ! 😍

Jangan lepaskan peluang mendapatkan barangan dapur khas untuk anda sekeluarga!

📍 Masjid Kampung Kuala Jengal, Dungun
📅 14 Mei 2026 (Khamis)
🕘 10:00 pagi – 1:00 petang
⏳ Sementara stok masih ada!

Pelbagai barangan keperluan dapur ditawarkan antaranya:
🥩 Daging tempatan - RM25/kg
🐓Ayam
🐟Ikan
🥬Sayur-sayuran
🥚 Telur gred B
🌾 Beras,gula, tepung, minyak masak & banyak lagi!
Sabun Biozip, Softlan, Sunlight

📢 Anda juga boleh membeli tong ACGAS atau menukar atau refill tong ACGAS semasa Jualan Rakyat bergerak berlangsung pada hari tersebut .

📌Untuk barangan kering boleh bayar menggunakan IC MySARA / MyKasih bagi yang layak. QR juga disediakan.

📌Untuk daging boleh bayar secara tunai sahaja

Insyaallah harga berpatutan, kualiti terjamin.
1 HARI SAHAJA — datang awal sebelum stok habis! 🛒



9 MAY 2025 | SALAM TAKZIAHHJ ANDERA BIN MAT ZIN atau lebih dikenali sebagai Ayh Ngoh Nera dari Kampung Kuala Jengal tela...
09/05/2026

9 MAY 2025 | SALAM TAKZIAH

HJ ANDERA BIN MAT ZIN atau lebih dikenali sebagai Ayh Ngoh Nera dari Kampung Kuala Jengal telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi lebih kurang pukul 1:00 pagi.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga atas pemergian arwah. Sesungguhnya kehilangan seorang insan yang baik dan dihormati di kampung ini amat terasa oleh seluruh masyarakat. Arwah dikenali sebagai seorang yang berbudi bahasa, ringan tulang, dan sentiasa memberi manfaat kepada orang sekeliling.

Semoga segala jasa, kebaikan dan pengorbanan arwah menjadi amal yang berterusan serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kehilangan beliau bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah seluruh komuniti yang pernah mengenali dan bersama arwah.

Al-Fatihah buat arwah. Semoga keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menghadapi saat yang sukar ini




Address

Mukim Jengai, Hulu Dungun
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buletin Hulu Dungun - BUDU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share