Badan Khairat kg Durian Mentangau

Directions

Badan Khairat kg Durian Mentangau Sebuah pertubuhan kebajikan untuk membantu ahli dalam menghadapi sebarang musibah.

Ziarah ❤️Alhamdulillah, hari ini Badan Khairat Kg Durian Mentangau berkesempatan menziarah Puan Masliza Saad yang sedang...
12/08/2026

Ziarah ❤️

Alhamdulillah, hari ini Badan Khairat Kg Durian Mentangau berkesempatan menziarah Puan Masliza Saad yang sedang diuji dengan masalah kesihatan di hospital Dungun.

Ziarah mungkin nampak sederhana, tetapi hadirnya kita sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan kekuatan kepada mereka yang sedang diuji. 🤲

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesabaran buat Puan Masliza serta keluarga.

Sakit itu ujian, ziarah itu tanda kasih. ❤️



MAKLUMAN KEMATIAN AHLI PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN DURIAN MENTANGAUNO AHLI 035(TANGGUNGAN)                         1. NAM...
18/07/2026

MAKLUMAN KEMATIAN

AHLI PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN DURIAN MENTANGAU

NO AHLI 035
(TANGGUNGAN)


1. NAMA : ROZAYUMI BINTI AWANG
2. UMUR : 35 TAHUN
3. ASAL NEGERI: KELANTAN
4. DAERAH :
5. ALAMAT SEKARANG: NO LORONG 5 KG DURIAN MENTANGAU PAKA
6. TARIKH MATI: 18 JULAI 2026
7. MASA MATI : 4.30PAGI
8. HARI MATI: SABTU
9. TEMPAT MATI: HSNZ
10. TEMPAT DIMANDIKAN: RUMAH MERTUA DI DM
11. SOLAT JENAZAH:
MASJID DM LEPAS ZOHOR ( 18/7/2026)
12. ASBAB MATI: JANGKITAN KUMAN
13. PEKERJAAN SEMASA HIDUP: SURIRUMAH
14. TEMPAT KEBUMI KUBUR: PERKUBURAN DM

‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ...

Al-Fatihah...
‎ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat..

‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

JAWATANKUASA PENGURUSAN KEMATIAN DURIAN MENTANGAU

01/07/2026
01/07/2026

Jangan Mudah Bersangka Buruk Dengan Orang Atau Rasa Diri Sudah Sempurna!

21/06/2026

Gandingan Mantap Ulama' & Umara' Dalam Menjaga Ummah!

Solat Istisqa’ (solat minta hujan): Pada pagi Isnin 04 Zulhijjah 1432H bersamaan 31/10/2011.

Selepas solat Isya’ malam tu imam Masjidil Haram (MH) telah mengisytiharkan akan melakukan solat minta hujan esok, memandangkan hujan sudah lama tidak turun, masyarakat yang tinggal di padang pasir kekeringan air dan rumput makanan haiwan ternakan juga kering.

Apabila rakyat mengadu kepada Raja, Baginda akan mengarahkan agar solat Istisqa’ dilakukan diseluruh Mamlakah (Kingdom Arab Saudi).

Selepas Solat Subuh, sejurus selepas matahari terbit, Solat dilakukan diseluruh Negara.

[Rakaman Solat Istisqa’ di:
http://www.youtube.com/watch?v=2NYkrGWv9xg&hd=1]

Di Masjidil Haram Makkah, Imam Solat ialah Shaikh Dr. Su’uud Al-Shuraiym, imam yang dikenali dan diminati kelunakan suaranya oleh para jemaah haji seluruh dunia termasuk Malaysia.

Sheikh Shuraym seorang yang amat mudah sebak ketika khutbah & Solat, suaranya sayu meruntun jiwa.

Kebiasaannya solat ini akan dihadiri oleh pembesar negeri, Amir Kota Makkah, Khalid bin Faisal bin Abdul Aziz al-Su'ud.
Ketua Majlis Tertinggi Qadha’ Arab Saudi, Shaikh Dr. Soleh bin Abdullah bin Humayd, Ketua Urursan Dua Masjidil Haram.
Di samping para pegawai kanan Saudi dan ratusan ribu umat Islam.

Antara ungkapan paling menyentuh hati dalam Khutbah Istisqa' Shaikh Shuraym ialah; beliau memetik ungkapan Seorang Sahabat Nabi s.a.w, Abdullah bin Mas'ud r.a tentang punca hilangnya iman manusia akibat perangai mengampu.

Ia suatu perbuatan yang amat Allah murkai hingga boleh mengundang bala kepada umat manusia.

Saidina Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anhu menyatakan tentang manusia yang berjumpa pembesar dengan memuji pembesar itu dengan demikian dan demikian bentuk pujian dan ampuan sambil mengharapkan redha dan habuan daripada pembesar itu.

Kata Ibnu Mas'ud, manusia itu balik setelah perjumpaan itu dalam keadaan imannya sudah hilang kerana dia tidak mencari redha Allah, bahkan mengampu untuk mendapatkan reda manusia.

Astaghfirullah!
Sungguh sayu seduan tangisan Shaikh Shuraym menaqalkan ingatan sahabat ini tentang dosa-dosa manusia yang menghapuskan amalan mereka dan mengundang kemurkaan Allah.

Shaikh Shuraym juga mengingatkan tentang punca bala Allah turunkan kepada manusia selain sifat jahat manusia yang mengutamakan reda manusia hingga membekalangkan redha Allah, ialah sifat tamak haloba yang tiada batasannya.

Kata beliau, hari ini ramai yang makan, tapi tak pernah kenyang, ramai yang mengumpul harta tapi tak pernah cukup, ramai yang mengampu tetapi tak pernah puas.

Allah! Ampunilah hamba-hamba-Mu. Astaghfirullah!
Sendunya tangisan Shaikh Shuraym mengundang tangisan para jemaah yang memahami bahasa Arab beliau yang amat mudah lagi menusuk kalbu.

Kelihatan Sang Amir yang duduk di kaki mimbar, di hadapan Khatib turut mengesat airmatanya akibat ingatan dosa-dosa dan perlakuan manusia ini.

Pemandangan cukup indah gandingan umara' dan ulama' yang saling mengingati tugas dan tanggungjawab memelihara iman umatnya.

Inilah sepatutnya yang dikutip oleh para jemaah sewaktu berada di Tanah Suci. Saki baki amalan Salaf dan Sunnah Nabi S.A.W yang hampir pupus atau jarang wujud di tempat kita.

Bagaimana mungkin negara boleh kekal dirahmati jika para ulama' tidak diberikan peluang sebebas-bebasnya menasihatkan ummah dan perlakuan jahat mereka yang lari daripada agama dengan sandaran asas agama yang kukuh?

Para umara' perlu mengkaji hal ini.

Pada pihak para ulama' p**a, sampai bila perlu ada rasa gerun dengan umara' apabila menyampaikan yang haq?

Bukankah kebenaran yang disampaikan itu adalah untuk memelihara iman dirinya dan iman umatnya.

Bukankah dengan terpeliharanya iman, maka rahmat Allah akan berterusan turun mencurah dari langit.

Langit dan bumi jadi saksi perlakuan kita semua.
Hari akhirat nanti Allah akan membalas dan menilai menurut amalan kita.

Umara' akan dihisab, ulama' juga tidak akan terlepas.

Ya Allah, ampunilah kami!

Betapa daif dan lemahnya diri ini. Astaghfirullah!
Ya Allah! Turunkanlah hujan rahmat-Mu di bumi yang mulia ini. Amin!

[Terjemahan Ringkasan Khutbah & ulasan oleh: Dr Juanda]

Baca catatan di:
https://abuanasmadani.blogspot.com/.../abu-anas-madani...

Kata AAM;
Ketegasan ulama' dalam menyatakan HAQ sangatlah diharapkan oleh ummah dan para umara' sudah tentu ingin mengetahui perkara benar.
Semoga kita dipelihara oleh Allah S.W.T dari sifat pengampu dan juga sifat pengadu domba.

, Makkah, Jumaat 15 Zulhijjah 1445H \ 21 Jun 2024.

15/06/2026

Jangan Menyusahkan Diri Degan Bebanan Hutang!

Amalkan Gaya Hidup Yang Sederhana, Bebas Dari Hutang,
Kecuali Dalam Perkara Daruriyat; Keperluan Asas Hidup.

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑𝐀𝐓 Badan khairat mengadakan ziarah kepada ahli khairat yang ditimpa ujian kesihatan. Semoga ...
15/06/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑𝐀𝐓

Badan khairat mengadakan ziarah kepada ahli khairat yang ditimpa ujian kesihatan.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk Pok Jo kite..amiin

02/06/2026

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan tragis di Simpang Renggam, Johor.

Sesungguhnya pemergian mereka amat menyentuh hati seluruh masyarakat, khususnya warga Dungun. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan Allahyarhamah:

• Mohd Aiman bin Mohd Rashid
• Nor Azlina binti Abd Latif
• Semek binti Mat Soh
• Nur Airish Syifa Sidek

Kesemua mangsa berasal dari Taman Setia, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.

Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang berat ini. Al-Fatihah.

Jemput semua hadir ke masjid Kampung kami..
02/06/2026

Jemput semua hadir ke masjid Kampung kami..

𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑢𝑎𝑙𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚 & 𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎 🥰

Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, bagaimana kita mahu kekal istiqamah dalam ketaatan?
Bagaimana ingin mendidik diri dan keluarga agar terus berada di jalan yang diredhai Allah?

Khas buat para muslimah, ibu-ibu serta seluruh lapisan masyarakat, jangan lepaskan peluang menghadiri majlis ilmu istimewa :

✨ 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 𝐃𝐀𝐈𝐄 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐁𝐑𝐈𝐓𝐈 🎙️

Pengisian khas bersama :
𝑼𝒔𝒕𝒂𝒛𝒂𝒉 𝑨𝒔𝒎𝒂 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑯𝒂𝒓𝒖𝒏 (𝑃𝑒𝑛𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑏𝑟𝑖𝑡𝑖)

📅Tarikh : 18 Jun 2026
🗓️Hari : Khamis
🕤Masa : 9.30 pagi
📍Tempat : Masjid As-Solihin Kg Durian Mentangau

Ustazah akan mengupas satu tajuk yang istimewa 🤩

𝑯𝑰𝑱𝑹𝑨𝑯 & 𝑰𝑺𝑻𝑰𝑸𝑨𝑴𝑨𝑯 𝑫𝑰 𝑨𝑲𝑯𝑰𝑹 𝒁𝑨𝑴𝑨𝑵✊

Mari luangkan sedikit masa untuk mengisi jiwa, menambah ilmu dan mencari kekuatan iman bersama pendakwah selebriti tanah air.

🌷 Datanglah bersama sahabat, jiran, adik-beradik dan ahli keluarga.

🌷 Rebut peluang menimba ilmu yang bermanfaat.

🌷 Semoga menjadi asbab perubahan dan penghijrahan diri ke arah yang lebih baik.

📢 Sebarkan kepada semua, terutama ibu-ibu dan kaum wanita.

Jumpa di Masjid As-Solihin Kg Durian Mentangau! 🤲🏻✨

Address

Kg Durian Mentangau Paka
Dungun
23100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badan Khairat kg Durian Mentangau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share