28/08/2026
๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฆ๐ง๐ ๐ก๐จ๐ฅ๐๐๐๐๐ฌ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฅ๐จ
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Program Sambutan Ambang Merdeka @ PASTI Nurhidayah Kg Baru semalam.
Majlis dimulakan dengan perarakan anak-anak PASTI menuju ke tapak program, sambil mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena menghayati dan memperingati kelahiran serta perjuangan Baginda.
Lebih bermakna, buat pertama kalinya ibubapa turut bersama-sama turun padang menyertai sukaneka. Terima kasih atas sporting spirit dan sokongan yang luar biasa!
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa, Pengurusan Pasti, AJK JIBG, guru-guru, KRT & JPKK Kg Baru Kuala Abang serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga segala kenangan indah ini terus terpahat di hati anak-anak PASTI.
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ถ๐๐๐๐ ๐ด๐-๐๐ข๐๐๐
Jabatan PASTI Negeri Terengganu
PASTI Kawasan Dungun
PASTI Dun Rantau Abang - Padura