Rumah Ngaji IKRAM Dungun

Call Directions Contact the organization

Rumah Ngaji IKRAM Dungun RNID: Pusat pembelajaran Al-Quran yg menyemai cinta, bacaan bertartil & tadabbur Al-Quran sebagai panduan hidup masyarakat setempat.

PKID: Memperkasa komuniti yg rahmah & lestari melalui pendidikan, pembinaan akhlak, program sosial, kebajikan & ekonomi.

[KELAS TADABBUR OGOS@RNID]Tajuk : Khaibar: Janji Allah dalam Surah Al FathTarikh : 14 Ogos 2026 (Jumaat)Waktu : 8.00 - 1...
14/08/2026

[KELAS TADABBUR OGOS@RNID]

Tajuk : Khaibar: Janji Allah dalam Surah Al Fath
Tarikh : 14 Ogos 2026 (Jumaat)
Waktu : 8.00 - 11.00 pagi
Tempat : Rumah Ngaji IKRAM Dungun

Allah SWT berfirman:

وَعَدَكُمُ ٱللَّهُ مَغَانِمَ كَثِيرَةًۭ تَأْخُذُونَهَا فَعَجَّلَ لَكُمْ هَـٰذِهِۦ وَكَفَّ أَيْدِىَ ٱلنَّاسِ عَنكُمْ وَلِتَكُونَ ءَايَةًۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَيَهْدِيَكُمْ صِرَٰطًۭا مُّسْتَقِيمًۭا ٢٠

(Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan taat setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmannya kepada mereka): Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Ia menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini, serta Ia telah menahan tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu; (Allah melakukan yang demikian supaya kamu beroleh manfaat) dan supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran janjiNya) bagi orang-orang yang beriman, dan juga supaya Ia menambahkan kamu hidayah ke jalan yang lurus.
(Al-Fath 48:20)

Ayat ini turun dalam konteks Perjanjian Hudaibiyah dan kemenangan-kemenangan yang Allah SWT janjikan selepasnya. Antara nikmat awal yang dimaksudkan ialah kemenangan di Khaibar, yang berlaku pada tahun 7 Hijrah. Khaibar merupakan kawasan yang mempunyai beberapa kubu pertahanan yang kuat dan menjadi pusat penentangan terhadap umat Islam.

Allah SWT menjanjikan kepada kaum Muslimin “maghānim kathīrah” (مَغَانِمَ كَثِيرَةً) - harta rampasan perang yang banyak. Menariknya, janji ini diberikan ketika kaum Muslimin baru sahaja melalui pengalaman Hudaibiyah yang pada zahirnya kelihatan seperti satu “kerugian”. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak dibenarkan memasuki Makkah untuk menunaikan umrah, malah menerima syarat-syarat perjanjian yang kelihatan berat. Namun Allah SWT menunjukkan bahawa apa yang kelihatan sebagai pengorbanan di sisi manusia boleh menjadi jalan kepada kemenangan dan rezeki yang jauh lebih besar di sisi Allah.

Perang Khaibar
Pada tahun 7 Hijrah, Rasulullah SAW bersama para sahabat bergerak menuju Khaibar. Kawasan tersebut mempunyai kubu-kubu pertahanan yang kukuh. Rasulullah SAW menggunakan strategi yang tersusun sehingga kubu-kubu tersebut berjaya ditawan satu demi satu dan akhirnya Khaibar berada di bawah kekuasaan kaum Muslimin.

Antara kelompok Yahudi yang terdapat di Khaibar ialah Bani Nadhir, yang sebelum itu telah diusir dari Madinah. Mereka kemudiannya menetap di Khaibar dan menjadi antara pihak yang memainkan peranan dalam permusuhan terhadap Rasulullah SAW dan umat Islam.

Namun, kemenangan tersebut bukan semata-mata hasil kekuatan tentera. Ia adalah pertolongan Allah SWT kepada orang-orang yang beriman dan taat kepada Rasulullah SAW.

Sikap Orang Munafiq
Sebelum itu, orang-orang munafiq telah menunjukkan sikap mereka dalam peristiwa Hudaibiyah. Mereka enggan menyertai Rasulullah SAW kerana menyangka perjalanan tersebut akan membawa kepada kesusahan dan kemungkinan peperangan. Apabila mereka mengetahui bahawa kaum Muslimin bakal memperoleh kemenangan dan harta rampasan di Khaibar, mereka mahu turut serta kerana tertarik kepada keuntungan duniawi.

Al-Quran menggambarkan sikap mereka yang hanya mengikut apabila melihat keuntungan:
“....semasa kamu pergi (mengepong musuh serta) mendapat harta rampasan perang: Biarkanlah kami turut serta dengan kamu!...”
(Al-Fath 48:15)

Ini memberikan satu peringatan besar kepada kita: orang yang benar-benar beriman mengikuti Rasulullah SAW kerana Allah, bukan kerana habuan yang bakal diperoleh.

Safiyyah binti Huyayy
Antara tawanan dalam peristiwa Khaibar ialah Safiyyah binti Huyayy RA, daripada keluarga pemimpin Bani Nadhir. Rasulullah SAW kemudian membebaskannya dan menikahinya. Peristiwa ini menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah SAW dalam memperlakukan tawanan serta membina hubungan selepas berlakunya konflik.

Daging Kambing Beracun
Dalam peristiwa Khaibar juga berlaku peristiwa seorang wanita Yahudi menghadiahkan kepada Rasulullah SAW daging kambing yang telah dicampurkan racun. Rasulullah SAW mengambil sedikit daripadanya sebelum mengetahui bahawa ia beracun. Baginda kemudian berhenti memakannya dan para sahabat yang bersama baginda turut terselamat daripada kesan yang lebih buruk.

Kesimp**an
Al-Fath 48:20 mengajar kita bahawa kemenangan dan rezeki bukan semata-mata hasil kekuatan manusia, tetapi merupakan kurniaan Allah SWT kepada hambaNya yang beriman, taat dan sabar. Perjanjian Hudaibiyah yang pada pandangan manusia kelihatan seperti satu kerugian akhirnya menjadi pembuka kepada kemenangan yang lebih besar. Khaibar p**a menjadi bukti bahawa apabila seseorang meletakkan ketaatan kepada Allah dan Rasul sebagai matlamat, Allah mampu menggantikan pengorbanannya dengan sesuatu yang lebih baik. Sebaliknya, orang yang mengejar keuntungan dunia akan mudah berubah sikap apabila melihat habuan di hadapan mata. Maka seorang mukmin perlu belajar untuk melihat kehidupan dengan pandangan iman: bukan bertanya “Apa yang aku akan dapat?”, tetapi “Apa yang Allah kehendaki daripadaku?” Apabila kita mendahulukan Allah, kemenangan, rezeki dan pertolongan akan datang pada waktu dan cara yang Allah tentukan.

[Kelas Menganyam Bakul Sarawak 1.0-4.0]Dijemput semua untuk menyertai kelas.Yuran peserta: RM5.00 x 4 siri = RM20.00 (Ah...
13/08/2026

[Kelas Menganyam Bakul Sarawak 1.0-4.0]

Dijemput semua untuk menyertai kelas.

Yuran peserta:
RM5.00 x 4 siri = RM20.00 (Ahli IKRAM)
RM10.00 x 4 siri = RM40.00 (Bukan Ahli)

Kos Bahan Siri 1-4: RM41.00

RM61.00 (Ahli IKRAM)
RM81 (Bukan Ahli)

Tarikh:
Siri 1 : Sabtu, 12 Sept 2026
Siri 2 : Jumaat, 9 Okt 2026
Siri 3 : Jumaat, 6 Nov 2026
Siri 4 : Sabtu, 26 Dis 2026

Sila klik segera untuk dapatkan maklumat terperinci dan pendaftaran. ⤵️
https://tinyurl.com/Kelas-Menganyam-PKID-RNID

Tarikh tutup: Rabu, 18 Ogos 2026

👭👭Terhad kepada 30 orang sahaja first come first serve

Jangan lepaskan peluang tau...

💠AJK PKID@RNID💠

[Kelas Tadabbur al-Quran@RNID]As SalamRumah Ngaji IKRAM Dungun akan meneruskan program dwi-bulanan ini.Dijemput hadir:👨‍...
09/08/2026

[Kelas Tadabbur al-Quran@RNID]

As Salam

Rumah Ngaji IKRAM Dungun akan meneruskan program dwi-bulanan ini.

Dijemput hadir:
👨‍👨‍👦‍👦Ahli-ahli IKRAM (ikhwah/at) & kenalan
👨‍👨‍👦‍👦Pelajar-pelajar RNID & kenalan
👨‍👨‍👦‍👦Muallim/ah SRIAAD & kenalan
👨‍👨‍👦‍👦Ibu bapa SRIAAD & kenalan
👨‍👨‍👦‍👦Ahli Komuniti Dungun & kenalan

⏲️Masa: 8.00 - 11.30 pagi
🗓️Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
🏠Tempat: Balai Ilmu, Rumah Ngaji IKRAM Dungun (RNID)
https://goo.gl/maps/i98Ugdu4BQKDwgJg8

💰Percuma

Aktiviti:
- Solat Dhuha
- RNID Hour
- Kelas Tadabbur Al-Quran
- Kuiz (3 hadiah)
- Jualan Sudut Siti Khadijah
- Jalinan Rezeki: Jualan & Edaran Barangan Preloved

Sila pradaftar. Klik➡️ https://tinyurl.com/Kelas-Tadabbur-al-Quran-RNID selewat-lewatnya 12.00 tgh, Khamis, 13 Mei 2026 untuk anggaran makan-minum.

Agenda:
7.45 pagi Peserta mengambil tempat
8.00 pagi RNID Hour
9.00 pagi Kelas & Kuiz Tadabbur Al-Quran: "Khaibar: Janji Allah Dalam Surah Al-Fath"
10.30 pagi Ucapan Penutup
10.45 pagi Minum Pagi
Jalinan Rezeki (Jualan dan Edaran Pre-loved Items)
Jualan Sudut Siti Khadijah
11.30 pg Berkemas
Bersurai

*️⃣Yg berkesempatan bolehlah membawa buah-buahan/kuih-muih/dan lain-lain. 🍉🍇🍌🥭🥪🍩🥧🍪
*️⃣Sila sediakan dalam dua bekas 🍽️🍽️ (1. meja hidang lelaki; 2. meja hidang wanita).

📍Sila lawat fb Rumah Ngaji IKRAM Dungun untuk mengikuti perkembangan awal sehingga kini. Klik https://www.facebook.com/profile.php?id=61565946474777

Jzkk

[🎊Hari Rabu Hari 3R@RNID@PKID🎊]As Salam 📣📣📣Hebahan & Hebohan📣📣📣 Jom budayakan amalan 3R⤵️1. Reduce = Kurangkan  2. Reuse...
05/08/2026

[🎊Hari Rabu Hari 3R@RNID@PKID🎊]

As Salam

📣📣📣Hebahan & Hebohan📣📣📣

Jom budayakan amalan 3R⤵️

1. Reduce = Kurangkan
2. Reuse = Guna Semula
3. Recycle = Kitar Semula
..di mana-mana saja anda berada💪💪💪

[Sepetang Berukhuwwah di RNID]Slot IKRAM Junior di BabussalamJzkk kepada fasilitatorJzkk kepada semua kanak2 yang hadir....
22/07/2026

[Sepetang Berukhuwwah di RNID]

Slot IKRAM Junior di Babussalam

Jzkk kepada fasilitator

Jzkk kepada semua kanak2 yang hadir. Nampak gembira membawa p**ang hadiah-hadiah.

Jzkk kepada semua penyumbang yang dermawan.

[Sepetang Berukhuwwah di RNID]Slot ibu-ibu & Kanak2 di Balai IlmuUcapan aluan Pengerusi Majlis, Muallimah Siti MardianaU...
21/07/2026

[Sepetang Berukhuwwah di RNID]

Slot ibu-ibu & Kanak2 di Balai Ilmu

Ucapan aluan Pengerusi Majlis, Muallimah Siti Mardiana

Ucapan Ketua Wanita, Pn Rosliza Ghazali

Ucapan Ketua Projek & sesi taaruf berpasangan oleh Hjh Ribuan Salleh

Penyampaian "Kenali IKRAM" oleh Dr Hjh Azmi binti Aminuddin diikuti dengan "Jom Jawab Kuiz". Tahniah & syabas kepada lima pemenang.

Program diakhiri dengan Jamuan Minum Petang meraikan semua ibu2 dan kanak-kanak yang hadir. Jzkk kepada semua penyumbang

[🌸 *PROGRAM SEPETANG BERUKHUWWAH DI RNID 🌸]Assalamualaikum wbt...Dijemput semua pelajar wanita dan anak -anak pelajar ke...
15/07/2026

[🌸 *PROGRAM SEPETANG BERUKHUWWAH DI RNID 🌸]

Assalamualaikum wbt...

Dijemput semua pelajar wanita dan anak -anak pelajar kelas talaqqi untuk program di atas, santai-santai sambil minum petang☕🍮🍚🍧

📅 Tarikh : Selasa, 21 Julai 2026
⏰ Masa : 3.00 petang - 5.30 petang
📍 Tempat : Balai Ilmu, Rumah Ngaji IKRAM Dungun

Aturcara
✨ Bacaan Al-Quran & Tadabbur ringkas
✨ Sesi Taaruf + Game ukhuwah untuk ibu-ibu
✨ Aktiviti IKRAM Junior untuk anak-anak
✨ Penerangan ringkas "Kenali IKRAM"
✨ Minum petang

🎁Hadiah kuiz menunggu
🎉Aktiviti menarik dalam Sesi IKRAM junior serta hadiah

Jom kita eratkan ukhuwwah😍

Daftar kehadiran sebelum 18hb Julai 2026
Gform:https://forms.gle/XM9pF3MSPTMGQ1Zt9

[Program Dwi-bulanan Rumah Ngaji IKRAM Dungun]1. 🕌Kelas Tadabbur⏰8.00 pagi🗓️Jum, 14 Ogos 2026🙍🏻‍♂️Ustaz Fateh Mursyid: K...
15/07/2026

[Program Dwi-bulanan Rumah Ngaji IKRAM Dungun]

1. 🕌Kelas Tadabbur
⏰8.00 pagi
🗓️Jum, 14 Ogos 2026
🙍🏻‍♂️Ustaz Fateh Mursyid: Khaibar: Janji Allah Dalam Surah Al-Fath

2. 🕌Kelas Tajwid
⏰8.00 pagi
🗓️Jum, 11 Sept 2026.
🙍🏻‍♂️Muallim Hafidz : Sifat Huruf

📍jgn lupa rekod dalam e-Calendar hp anda yer... 💪
📍majlis ilmu = taman2 syurga
📍jom bersama kami; percuma jer...
📍ajak kenalan & ahli keluarga

[📌 PENGUMUMAN PEMENANG ANUGERAH IHYA' AL-QURAN 2026 : Rumah Ngaji IKRAM Dungun📌]Bismillah..Tahniah dan syabas diucapkan ...
09/07/2026

[📌 PENGUMUMAN PEMENANG ANUGERAH IHYA' AL-QURAN 2026 : Rumah Ngaji IKRAM Dungun📌]

Bismillah..

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengusaha Rumah Ngaji IKRAM Dungun (Pn Rosliza Ghazali) kerana telah TERPILIH SEBAGAI PEMENANG bagi Anugerah Ihya' Al Quran 2026

Kepada pengusaha lain semuanya terbaik & saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih atas komitmen dan sokongan tuan dan puan² semua.

Inshallah teruskan menyebarkan dakwah dekat komuniti masing² dan gerakkan komuniti baca, faham & amal Al Quran..🌹

RUMAH NGAJI TERENGGANU

Address

Teratak Akhowat, No 21, Taman Sura Jetty, Sura Gate
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Telephone

+60129855769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Ngaji IKRAM Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Ngaji IKRAM Dungun:

Shortcuts

Share