Jpkk Taman Indah Permai PAKA

Directions

Jpkk Taman Indah Permai PAKA Berkongsi berkenaan perihal pengurusan dan pembangunan kg di dalam kawasan JPKK Taman Indah Permai

15/10/2026

🚨 PELUANG KERJAYA DI TERENGGANU! 🚨

Susulan perkembangan terkini berhubung penutupan operasi CJ Bio di Kerteh, kami memahami bahawa ramai pekerja kini sedang mencari peluang pekerjaan baharu.

💼 JANGAN RISAU, PELUANG BAHARU MENANTI ANDA!

Kami kini membuka pelbagai jawatan kosong untuk calon yang berminat untuk menyertai pasukan kami.

📍 Kami mempunyai beberapa site operasi di Terengganu:
🔹 Kerteh
🔹 Makcili
🔹 Bukit Jemalang

✨ Kami mengalu-alukan permohonan daripada:
✅ Bekas pekerja CJ Bio
✅ Calon berpengalaman
✅ Fresh graduate
✅ Pekerja yang sedang mencari peluang baharu
✅ Calon yang mempunyai pengalaman dalam operasi, teknikal, maintenance, engineering.

💰 Gaji & faedah menarik
📈 Peluang perkembangan kerjaya
🏭 Peluang bekerja di beberapa lokasi operasi

💬 Satu pintu mungkin tertutup, tetapi peluang baharu sentiasa terbuka.

Jika anda sedang mencari pekerjaan di sekitar Terengganu, inilah masa untuk mengambil langkah seterusnya! 💪

📩 Hantar resume / CV ke:
[email protected]

👉 LIKE • SHARE • TAG rakan atau bekas rakan sekerja yang sedang mencari pekerjaan.

30/09/2026

CARA KAWAL MARAH

SOALAN :

Saya seorang yang mengidap penyakit cepat marah dan melenting.

Bolehkah terangkan panduan mengubat penyakit cepat marah?

JAWAPAN :

Berkata ulamak cara mengawal penyakit cepat marah itu ada lima yaitu :

1. Selalu membaca ta’awudz meminta perlindungan dengan Allah Taala dari godaan syaitan kerana marah yang tidak disukai syarak itu daripada syaitan.

Firman Allah Taala :

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Artinya : “Dan jika syaitan datang menggodamu maka hendaklah kamu berlindung dengan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar Maha Mengetahui.” (Al-A’raf : 200)

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِذَا غَضِبَ الرَّجُلُ فَقَالَ أَعُوْذُ بِاللهِ ، سَكَنَ غَضْبُهُ

Artinya : “Jika seseorang itu dalam keadaan marah lalu dia membaca : ‘A’uzu billah artinya aku meminta perlindungan dengan Allah maka tenteramlah rasa marahnya.” (Hadith riwayat Ibnu ‘Adi)

2. Melatih diri dengan diam ketika datang rasa marah.

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إذا غَضِبَ أحدُكم فلْيسكتْ

Artinya : “Apabila marah oleh salah seorang kamu maka hendaklah dia berdiam diri.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

3. Ubah kedudukan ketika datang rasa hendak marah.

Diriwayatkan daripada Abu Zarr r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ، فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ، وَإِلاَّ فَلْيَضْطَجِعْ

Artinya : “Bila marah oleh salah seorang kamu pada ketika dia berdiri maka hendaklah dia duduk. Maka jika hilang marahnya itu (cukuplah) dan jika belum hilang marahnya maka hendaklah dia berbaring.” (Hadith riwayat Imam Abu Daud)

4. Sentiasa berwuduk.

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam pernah bersabda :

إنَّ الغضَبَ مِنَ الشيطانِ، وإنَّ الشيطانَ خُلِقَ منَ النارِ، وإنَّما تُطفأُ النارُ بالماءِ، فإذا غضِبَ أحَدُكم فلْيَتوضَّأْ

Artinya : “Bahawasanya marah itu daripada syaitan dan bahawasanya syaitan itu dicipta dari api dan sungguhnya air sahaja yang memadamkan api maka apabila marah seorang kamu hendaklah dia mengambil wuduk.” (Hadith riwayat Abu Daud)

5- Amalkan jangan cepat marah.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. seorang lelaki meminta Nabi sollallahu alaihi wasallam berpesan kepadanya dengan suatu amalan lalu Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

لَا تَغْضَبْ

Artinya : “Jangan engkau marah.”

Lelaki itu bertanya lagi sebanyak tiga kali dan tiga kali p**a Nabi sollallahu alaihi wasallam memberitahu kepadanya perkara yang sama yaitu : Jangan engkau marah. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Dan pada sebuah hadith riwayat At-Tabarani Nabi sollalahu alaihi wasallam bersabda :



Artinya : “Jangan kamu marah dan bagi kamu syurga.”

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Napok tgh naik tu tiang lampu tambahan di Jalan Santong.. Alhamdulillah moga trus sambung lg sapa ke trafik light Telaga...
25/09/2026

Napok tgh naik tu tiang lampu tambahan di Jalan Santong.. Alhamdulillah moga trus sambung lg sapa ke trafik light Telaga Mas/beril

21/08/2026

Terengganu muncul sebagai negeri paling tinggi dari segi ketelusan belanjawan di Malaysia berdasarkan laporan Malaysia Open Budget Index (MyOBI) 2026 oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Terengganu memperoleh 77 mata, mengatasi Selangor dengan 70 mata, Perak 65 mata dan Negeri Sembilan 63 mata. Skor purata keseluruhan negeri p**a ialah 46 mata.

Menurut laporan itu, Terengganu turut menyediakan enam daripada tujuh dokumen utama belanjawan yang dinilai dalam tempoh ditetapkan.

Malah, Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang menerbitkan Enacted Budget, iaitu belanjawan yang telah diluluskan selepas melalui proses perbahasan dan kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN).

IDEAS turut memuji tahap perincian maklumat kewangan Terengganu, termasuk pecahan perbelanjaan pembangunan mengikut klasifikasi fungsi serta perincian perbelanjaan mengikut program.

Dalam cadangan MyOBI 2026, Anggaran Belanjawan Terengganu turut dijadikan contoh amalan baik yang boleh dicontohi negeri-negeri lain.

Selain ketelusan belanjawan, Terengganu juga berada dalam kelompok negeri dengan tahap pemantauan legislatif yang kukuh.

📲 Download App APHD Dan tonton lebih banyak di sini
https://linktr.ee/aphdchannel

14/08/2026
Peluang terbuka kepada anak2 kite terutamanya yg lepasan SPM.. Program sijil dan diploma kemahiran yang sgt baik di TESD...
22/07/2026

Peluang terbuka kepada anak2 kite terutamanya yg lepasan SPM.. Program sijil dan diploma kemahiran yang sgt baik di TESDEC.. Yg xdok SPM pn boleh mitok.. Asal tau membaca, menulis dan mengira je.. Maklumat lanjut boleh roger no phone di pamplet tu ye..

Address

Kg Bukit Merah Paka
Dungun
23100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jpkk Taman Indah Permai PAKA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share