JPKK Kampung Batu 7

Call Directions Website Contact the organization

JPKK Kampung Batu 7 Merancang & laksana projek, gerakkan komuniti & salurkan permasalahan / aduan kpd pihak berkuasa

21/10/2026

Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu meneruskan lagi peruntukan sebanyak RM1.6 juta menerusi Dana Usahawan Terengganu (DUTE) bagi tahun 2026 untuk membantu usahawan belia memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Baca artikel di bawah ๐Ÿ‘‡

21/10/2026

๐—”๐—ฃ๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—บ๐˜†๐—–๐˜‚๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ ๐Ÿฏ.๐Ÿฌ

๐™ˆ๐™–๐™ ๐™ก๐™ช๐™ข๐™–๐™ฉ ๐˜พ๐™ช๐™–๐™˜๐™– ๐™™๐™ž ๐™ƒ๐™ช๐™Ÿ๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐™…๐™–๐™ง๐™ž, ๐™†๐™š๐™จ๐™ž๐™–๐™ฅ๐™จ๐™ž๐™–๐™œ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™–

myCuaca Versi 3.0 merupakan aplikasi mudah alih rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang telah diluncurkan pada 13 Oktober 2026. Versi terkini ini menampilkan reka bentuk antaramuka yang lebih mesra pengguna, fungsi personalisasi serta penyampaian maklumat cuaca berasaskan lokasi bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, interaktif dan informatif.

Aplikasi ini menyediakan maklumat ramalan cuaca dan amaran cuaca bagi seluruh Malaysia, sekali gus membantu orang ramai merancang aktiviti harian, membuat persediaan menghadapi perubahan cuaca serta meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap risiko cuaca.

Melalui penambahbaikan ini, MET Malaysia terus memperkukuh penyampaian maklumat meteorologi secara digital agar lebih mudah diakses, pantas dan relevan dengan keperluan masyarakat, selaras dengan usaha meningkatkan keselamatan awam serta membina komuniti yang lebih berdaya tahan terhadap bencana berkaitan cuaca.

Pautan Muat Turun Aplikasi
GAMMA: https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/35
iOS: https://apps.apple.com/my/app/mycuaca/id955289490
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.met.mycuaca&hl=en&gl=US

Orang ramai digalakkan untuk memuat turun aplikasi myCuaca atau layari laman web rasmi www.met.gov.my bagi mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini.








21/10/2026
21/10/2026

Min baru jer dapat info dari pihak ECRL.

Gombak ke Kuala Terengganu bawah 3 jam. Tambang dari RM95. ๐Ÿš†

Harga tiket ECRL dah keluar. Save post ni dulu, nanti tiket buka tak payah cari lagi.

๐ŸŽซ Tiket mula dijual: pertengahan November 2026
๐Ÿš† Operasi komersial: pertengahan Disember 2026

๐Ÿ“ Gombak ke Kuala Terengganu
Ekspres: RM110, 2 jam 54 minit
Transit: RM95, 3 jam 51 minit

๐Ÿ“ Gombak ke Kota Bharu
Ekspres: RM147, 4 jam
Transit: RM125, sampai 5 jam

๐Ÿ“ Gombak ke KotaSAS
Ekspres: RM68, 1 jam 27 minit
Transit: RM60, 2 jam 5 minit

Ekspres berhenti 4 stesen je: Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu, Kota Bharu.

Transit singgah semua stesen. Untuk ke KT, beza RM15 je tapi jimat hampir sejam.

Semua harga kelas ekonomi, sehala, harga permulaan. Tambang ikut sistem dinamik, jadi harga boleh naik ikut permintaan.

๐ŸŽ Diskaun kelas ekonomi
50% untuk kanak-kanak 2 hingga 12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas, pemegang kad OKU dan pesara kerajaan.

40% untuk pelajar 13 hingga 24 tahun. Budak UMT, UniSZA yang balik KL tiap cuti, tiket transit korang lebih kurang RM57 je.

๐Ÿ—“๏ธ Berapa kerap?
Isnin hingga Khamis: 6 trip setiap arah
Jumaat hingga Ahad: 8 trip setiap arah

๐Ÿ›‹๏ธ Dalam tren ada kelas Ekonomi, Ekonomi Premium dan Perniagaan. Ada kaunter makanan, bilik solat, tempat duduk khas OKU, plus 4G, 5G dan Wi-Fi sepanjang laluan.

Status terkini: kemajuan fizikal 98.16%, ujian SAT dan SIT dah 100% siap, tren dah diuji lebih 50,000 km. Fault-Free Run mula 23 Oktober ni.

โš ๏ธ Dua benda penting:
Tiket rasmi hanya di ecrl.com.my. Sebelum pertengahan November, sesiapa yang offer "tiket awal" memang patut syak.

Stesen ECRL Kuala Terengganu bukan dalam bandar. Ia di Kampung Durian Guling, Marang. Plan transport dari stesen siap-siap.

Korang nak naik trip pertama, atau tunggu orang lain review dulu? ๐Ÿ˜‚

Tag geng balik kampung korang.

Info lengkap min kemaskini dalam ini nanti ๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ
https://www.discoveryterengganu.com/ecrl-terengganu/

fans Beautiful Terengganu Malaysia Amazing Terengganu

๐Ÿ“ข HEBAHAN RASMI | PROGRAM DANA KHAIRAT KEMATIAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...
21/10/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN RASMI | PROGRAM DANA KHAIRAT KEMATIAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan Program Dana Khairat Kematian 2026 khusus untuk rakyat negeri Terengganu yang layak, bermula 1 Oktober 2026.

๐Ÿ’ฐ JUMLAH BANTUAN: RM500.00

๐Ÿ“Œ SYARAT PERMOHONAN
โœ… Si mati merupakan rakyat negeri Terengganu atau memiliki sijil kerakyatan negeri Terengganu daripada golongan B40 dan M40.
โœ… Penjawat awam dan pesara kerajaan dikecualikan daripada program ini.
โœ… Si mati menetap dan pengebumian disempurnakan di dalam negeri Terengganu.
โœ… Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh (30) hari daripada tarikh kematian yang dinyatakan dalam sijil kematian.

๐Ÿ“„ DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN
1. Salinan sijil kematian.
2. Salinan kad pengenalan pemohon.
3. Salinan penyata akaun bank atau surat pengesahan bank pemohon.
4. Dokumen bukti hubungan pemohon dengan si mati.

๐Ÿ“ TEMPAT MENDAPATKAN BORANG
Aras 2, Unit Pembangunan Masyarakat,
Pejabat Daerah Dungun

โ˜Ž๏ธ PERTANYAAN LANJUT
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pembangunan Masyarakat, Pejabat Daerah Kemaman, kaunter Penghulu bertugas atau Balai Penghulu di kawasan masing-masing.

โš ๏ธ PERINGATAN
Permohonan tertakluk kepada semakan dokumen dan pengesahan kelayakan oleh pihak berkenaan. Sila pastikan semua dokumen sokongan disertakan bersama borang permohonan.

๐Ÿ“ฃ Sebarkan hebahan ini kepada keluarga, sahabat dan masyarakat setempat agar lebih ramai mengetahui tentang inisiatif bantuan ini.


18/10/2026

๐Ÿ“ข ๐‰๐Ž๐Œ ๐๐€๐๐“๐” ๐Ÿ,๐Ÿ‘๐Ÿ“๐ŸŽ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐๐€๐“๐Š๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐Œ๐ˆ๐ ๐Œ๐€๐“๐€!

Masih ramai anak-anak asnaf dan kurang mampu terpaksa belajar dalam keadaan rabun kerana kekangan kewangan ibu bapa.

Yayasan Pendidikan MAIDAM kini membuka peluang untuk anda bersama-sama mengumpul dana sebanyak RM202,500 bagi menyediakan cermin mata berkualiti untuk mereka.

Jom salurkan infak ikhlas anda terus melalui pautan rasmi ini:
โ–ถ๏ธ https://yp.maidam.gov.my/cerminmata/
โ–ถ๏ธ https://yp.maidam.gov.my/cerminmata/
โ–ถ๏ธ https://yp.maidam.gov.my/cerminmata/

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด :
โœ… Mengembalikan keyakinan diri anak-anak untuk belajar.
โœ… Meringankan beban kewangan keluarga kurang mampu.
โœ… LAYAK MENDAPAT POTONGAN CUKAI di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป?
Hubungi emel: [email protected]

18/10/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐Œ๐”๐‹๐€ ๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ ๐Ÿ‘๐Ÿ‘ ๐’๐„๐ ๐’๐„๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Ÿฅฐ

Bayangkan dengan hanya 33 sen sehari atau RM10 sebulan, sumbangan anda mampu memberi impak yang besar kepada dana pendidikan tanpa membebankan komitmen bulanan anda. Melalui potongan automatik ini, pahala anda akan mengalir berterusan, setiap bulan, tanpa anda perlu berfikir lagi.

Kelebihan berinfak bersama kami :
๐Ÿ“Œ Potongan automatik yang konsisten
๐Ÿ“Œ Saham akhirat yang berterusan
๐Ÿ“Œ Layak mendapat potongan cukai (LHDN)
๐Ÿ“Œ Mudah, cepat dan selamat

๐™๐š๐ก๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam

18/10/2026

๐ŸŽ“ ๐’๐€๐‡๐€๐Œ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘๐€๐“ ๐‡๐€๐๐˜๐€ ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ ๐’๐„๐๐”๐‹๐€๐! ๐ŸŽ“

Bayangkan dengan nilai serendah RM10 sebulan, anda mampu menyinari masa depan anak-anak bangsa yang memerlukan. Tak perlu lagi risau terlupa nak bersedekah, biar sistem yang uruskan untuk anda secara konsisten!

Kenapa anda perlu sertai Infaq Pendidikan CSR@YPM?

โœ… ๐๐จ๐ญ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ฎ๐ญ๐จ๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐ค : Daftar sekali sahaja, sumbangan berjalan setiap bulan.
โœ… ๐Œ๐ฎ๐๐š๐ก & ๐…๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ๐ข๐›๐ž๐ฅ : Boleh mula pada bila-bila masa
โœ… ๐๐ž๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‚๐ฎ๐ค๐š๐ข ๐‹๐‡๐ƒ๐ : Sambil beramal, urusan cukai anda juga terjaga (Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967).
โœ… ๐Œ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฌ : Dana terus diagihkan untuk bantuan belajar dan program pembangunan pelajar.

Jom jadi Penyumbang Pendidikan hari ini. Asbab sumbangan kecil anda, mungkin lahirnya cendekiawan berjaya suatu hari nanti!

๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐ฉ๐š๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ :
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam

18/10/2026

๐ŸŽ‰ ๐ƒ๐š๐ก ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ญ๐š๐ฐ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ˆ๐๐“? ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก!

Sekarang fokus kepada persiapan pengajian, biar kami bantu ringankan sedikit beban anda.

๐Ÿ“š Mohon Bantuan Awal IPT dalam dan luar negara Yayasan Pendidikan MAIDAM dan mulakan langkah ke alam pengajian tinggi dengan lebih yakin. Mohon disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://yp.maidam.gov.my/iptonline/

Tag adik, anak, saudara atau rakan yang baru dapat tawaran IPT. Mungkin mereka sedang mencari maklumat ini. ๐Ÿ˜‰โœจ

Address

Balairaya JPKK Kampung Batu 7, Lorong Saidina Umar Alkhattab 2, Jalan Paka
Dungun
23000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Batu 7 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK Kampung Batu 7:

Shortcuts

Share