01/03/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ด๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ข
Mesyuarat Majlis Tertinggi & Majlis Presiden GPMS
Bil. 1 Suku Tahun 2026 bagi Sesi 2025-2028
28 Februari 2026 | Ibu Pejabat GPMS
Berikut adalah ketetapan rasmi mesyuarat:
๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ / ๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Mesyuarat menetapkan bahawa seluruh peringkat GPMS di negeri, cawangan dan cawangan khas hendaklah bermesyuarat sebagaimana Notis Mesyuarat yang telah dikeluarkan pada 7 Februari 2026 sebelum ini. Kepatuhan kepada tatakelola organisasi adalah asas kekuatan dan disiplin perjuangan GPMS.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐+ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
GPMS menolak kemasukan pelajar Tahun Satu bermula umur 5+ tahun sekiranya aspek berikut tidak dipenuhi sepenuhnya:
- Kemudahan fasiliti sekolah yang mencukupi
- Keupayaan serta nisbah guru yang bersesuaian
- Tahap kesiapsiagaan ibu bapa
GPMS berpandangan bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mesti berpaksikan kebajikan dan perkembangan psikososial kanak-kanak.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐
GPMS mencadangkan agar mana-mana pemilik tanah supaya tidak membuat pembayaran cukai tanah kepada pihak berkaitan seperti PBT sekiranya pemilik tanah terpaksa menanggung kos guaman atau kos lain akibat kewujudan binaan haram di atas tanah milikan sendiri berdasarkan jumlah kos yang terpaksa ditanggung.
GPMS merasakan ketidakadilan berlaku terhadap pemilik tanah bilamana mereka p**a yang terpaksa mengeluarkan kos tertentu disebabkan pihak lain menceroboh dan membina struktur haram di atas tanah milik orang sama ada secara sengaja atau tidak.
๐. ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ @ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐
GPMS mengisytiharkan pendirian tegas terhadap mana-mana individu atau golongan yang memijak atau menghina kitab suci umat Islam iaitu Al-Quran.
Sekiranya tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa hanya bersifat sambil lewa atau sekadar โmelepaskan batuk di tanggaโ, GPMS tidak akan berdiam diri dan akan menggerakkan tindakan sewajarnya melalui apajua saluran dan himpunan solidariti umat Islam akan dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh negara.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)*
Mesyuarat meluluskan penubuhan Akademi Strategi Latihan Industri (ASLI) sebagai sebuah platform bagi melahirkan 60,000 pelajar Melayu untuk memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 sebagai pereka cipta dalam bidang teknologi Kecerdasan Buatan (AI) serta pereka cip tempatan.
ASLI akan beroperasi berlandaskan inisiatif Gerakan Obor IR4.0 (GO-IR4.0) bagi memperkasakan mahasiswa dalam bidang teknologi, TVET, IoT dan inovasi masa depan.
๐. ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐. ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Mesyuarat meluluskan penubuhan bagi 35 cawangan baharu yang telah dipohon oleh pelbagai peringkat. Perkembangan ini menunjukkan keyakinan dan momentum baharu terhadap kepimpinan serta hala tuju GPMS.
๐. ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
GPMS meluluskan kemasukan 327 ahli baharu yang telah mendaftar bermula 1 Ogos 2025 hingga 27 Februari 2026. GPMS komited memperluaskan jaringan mahasiswa dan pelajar Melayu di seluruh negara melibatkan golongan berumur 15 tahun hingga 30 tahun.
๐. ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
GPMS menyokong penuh pelaksanaan program Rakan Masjid yang diumumkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan. GPMS akan terus mendokong usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperkasa pembangunan sahsiah belia berteraskan nilai agama dan perpaduan.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ & ๐๐๐
GPMS menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk:
- Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
- Memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC)
GPMS berpandangan bahawa isu-isu ini perlu ditangani dengan penuh tegas dan mengambil kira kepentingan sistem pendidikan nasional serta kedudukan Bahasa Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.
๐๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
GPMS meminta setiap kepimpinan negeri bincang bagi tujuan menubuhkan Koperasi, Yayasan atau entiti yang bersesuaian dengan mengambil contoh pelaksanaan Koperasi GPMS Negeri Perak bagi menjamin kelestarian kewangan dan kekuatan organisasi negeri pada masa akan datang.
๐๐. ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
GPMS menyatakan sokongan terhadap usaha Presiden UMNO melalui gagasan Rumah Bangsa sebagai wadah penyatuan dan pemerkasaan bangsa Melayu dalam landskap politik serta pendidikan negara.
GPMS berpandangan bahawa pendekatan inklusif dan penyatuan kekuatan bangsa perlu disokong secara matang demi kestabilan negara serta masa depan generasi muda.
๐๐๐๐๐๐๐
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung menegaskan bahawa tahun 2026 adalah tahun pemerkasaan organisasi, pengukuhan dasar pendidikan dan kebangkitan bangsa Melayu dalam era Revolusi Industri 4.0.
โBelajar Terus Belajar.โ
โGPMS Suara Bangsa.โ
Salam hormat,
MOHD WAFIYUDDIN AL-AWAL
Setiausaha Agung GPMS