25/05/2026
πππ‘π§ππ ππππ¨π₯ππ‘ π ππππ π£ππ¨ π¬ππ‘π π§ππππ π ππ‘πππ’π₯π ππ§π ππ¨πππ‘ π π¨πππ ππ¦πππ
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi pihak Persatuan Belia Sahabat Sejahtera (BSS) Negeri Terengganu, kami ingin menzahirkan pendirian kami berhubung kemelut hiburan melampau yang semakin berleluasa, terutamanya dalam konteks event-event yang diadakan di negeri Terengganu.
Kami tidak menolak hiburan secara total. Fitrah manusia memang tidak lari daripada keperluan berhibur. Namun, apa yang kami tolak adalah hiburan yang bersifat melampau dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam, terutamanya ketika kita sedang berada dalam bulan mulia sempena musim haji ini.
Terengganu sentiasa menjadi pilihan terbaik untuk penganjuran pelbagai event berskala besar. Ini sudah tentu memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, khususnya bagi usahawan kecil dan sederhana (SME). Namun, kami prihatin apabila setiap event tanpa gagal diselitkan dengan konsert yang tidak sesuai dengan suasana dan kesucian bulan ini.
Sehubungan itu, PBSSN Terengganu mengemukakan tiga (3) perkara yang kami harapkan dapat ditambah baik oleh pihak berkuasa:
1. SEMAK SEMULA AMAUN KOMPAUN PEMEGANG LESEN
Kompaun semasa di bawah Subseksyen 11(2), Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 adalah tidak melebihi RM10,000.00 suatu angka yang sudah tidak relevan dengan tahap kesalahan yang dilakukan. Kami memohon agar amaun kompaun dinaikkan agar setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
2. SENARAI HITAMKAN PENGANJUR YANG TIDAK AMANAH
Penganjur yang memperoleh permit berdasarkan syarat-syarat tertentu, namun melanggar syarat tersebut pada hari kejadian, wajar disenaraihitam daripada terus beroperasi sebagai penganjur acara di negeri Terengganu. Tindakan tegas ini perlu dilaksanakan demi menjaga kredibiliti industri event tempatan.
3. PERKUKUH PEMANTAUAN BERTERUSAN OLEH PENGUAT KUASA
Pemantauan yang berterusan dan proaktif amat penting bagi memastikan setiap event berjalan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran, pihak penguat kuasa perlu bertindak segera sebelum keadaan merebak dan menjejaskan keharmonian majlis.
Kami yakin sepenuhnya bahawa masyarakat Terengganu, terutamanya golongan belia, mampu menikmati program yang berkualiti tanpa perlu bergantung kepada hiburan yang melampau.
Bersama-sama kita jaga maruah dan kesucian bumi Terengganu.
Muhammad Syamil bin Mohamad Suhaimi
Pengerusi
Persatuan Belia Sahabat Sejahtera (PBSS) Negeri Terengganu