MyDungun

Directions

MyDungun Sebuah laman yang berkongsi informasi berkenaan daerah Dungun.

 MRSM DUNGUN MENGEMBALIKAN SEJARAH YANG BERMULA SEJAK 1995Ramai yang menyambut pembukaan MRSM Dungun pada tahun 2026. Na...
03/06/2026



MRSM DUNGUN MENGEMBALIKAN SEJARAH YANG BERMULA SEJAK 1995

Ramai yang menyambut pembukaan MRSM Dungun pada tahun 2026. Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa Dungun sebenarnya pernah mempunyai sebuah MRSM sebelum ini iaitu MRSM-YT Dungun yang mula beroperasi pada tahun 1995.

MRSM-YT Dungun merupakan hasil kerjasama antara MARA dan Yayasan Terengganu yang beroperasi sehingga sekitar tahun 2003 sebelum penutupan.

Kembali kepada MRSM Dungun yang baharu, MRSM ini mula menerima pelajar pada tahun 2026 dan merupakan MRSM ke-58 di Malaysia, juga yang ke-5 di Terengganu. Ia merupakan institusi pendidikan yang sangat dinanti-nantikan oleh warga Dungun.

Menurut MARA, MRSM Dungun yang baharu dibina di atas kawasan seluas 71 ekar dan mampu menempatkan sehingga 750 pelajar.

Menariknya, terdapat perkongsian yang menyatakan bahawa usaha untuk membuka sebuah MRSM baharu di Dungun telah diusahakan sejak lebih 20 tahun lalu sebelum akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 2026.

Pembukaan MRSM Dungun ini telah menambah akses pendidikan berkualiti kepada para pelajar, malah juga mengembalikan semula sejarah kewujudan MRSM di daerah Dungun ini.

"Orang Dungun, Untuk Dungun"

Rujukan:

https://www.mara.gov.my/en/%F0%9D%97%A3%F0%9D%97%98%F0%9D%97%9F%F0%9D%97%94%F0%9D%97%A1%F0%9D%97%96%F0%9D%97%94%F0%9D%97%A5%F0%9D%97%94%F0%9D%97%A1-%F0%9D%97%A0%F0%9D%97%A5%F0%9D%97%A6%F0%9D%97%A0-%F0%9D%97%97%F0%9D%97%A8-2

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/insentif-rm100000-kepada-lima-mrsm-terbaik-spm-2025

 TAHUKAH ANDA? DUNGUN MERUPAKAN DAERAH KEDUA TERBESAR DI TERENGGANUDengan keluasan sekitar 2,735 kilometer persegi, Daer...
02/06/2026



TAHUKAH ANDA? DUNGUN MERUPAKAN DAERAH KEDUA TERBESAR DI TERENGGANU

Dengan keluasan sekitar 2,735 kilometer persegi, Daerah Dungun meliputi kira-kira 21.11% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu.

Dengan keluasan tersebut, Dungun merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Terengganu selepas Hulu Terengganu.

Daerah ini merangkumi kawasan pantai, perkampungan nelayan, kawasan pedalaman, hutan simpan, Bukit Besi, Jerangau, Pasir Raja, Paka dan pelbagai lokasi lain yang menjadikan Dungun antara daerah yang mempunyai kepelbagaian geografi yang unik di Terengganu.

"Orang Dungun, Untuk Dungun"

Rujukan:

https://mpd.terengganu.gov.my/index.php/ms/mpd/profil/latar-belakang

https://mpd.terengganu.gov.my/index.php/ms/pelawat/info-dungun

📍 Selamat Datang ke MyDungunAssalamualaikum dan salam sejahtera, khususnya buat warga Dungun.MyDungun diwujudkan sebagai...
02/06/2026

📍 Selamat Datang ke MyDungun

Assalamualaikum dan salam sejahtera, khususnya buat warga Dungun.

MyDungun diwujudkan sebagai platform untuk berkongsi berita, informasi, peristiwa semasa, sejarah, pencapaian anak-anak Dungun dan kisah komuniti yang menjadikan daerah ini istimewa.

Kami percaya setiap kampung, setiap keluarga dan setiap warga Dungun mempunyai cerita yang wajar dikongsi.

Terima kasih kerana bersama kami dalam perjalanan ini.

❤️ Orang Dungun, Untuk Dungun

 TAHNIAH ANAK DUNGUN, PENERIMA DARJAH BAKTI NEGARA 🇲🇾Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini melakar satu lagi sejarah apa...
01/06/2026



TAHNIAH ANAK DUNGUN, PENERIMA DARJAH BAKTI NEGARA 🇲🇾

Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini melakar satu lagi sejarah apabila dikurniakan Darjah Bakti oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026.

Lebih membanggakan, anak kelahiran Dungun ini menjadi iatlet ketiga negara yang menerima pengurniaan berprestij tersebut selepas Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei.

Darjah Bakti merupakan antara darjah kebesaran tertinggi Persekutuan dan hanya dikurniakan kepada individu yang memberikan jasa serta sumbangan luar biasa kepada negara.

Darjah kebesaran ini cukup eksklusif apabila hanya 10 penerima sahaja dibenarkan memegang anugerah berkenaan pada satu satu masa.

Daripada Dungun ke pentas dunia, The Pocket Rocketman bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia melalui kejayaan di Olimpik, Kejohanan Dunia dan pelbagai kejohanan antarabangsa, bahkan terus menjadi inspirasi kepada generasi muda bahawa anak daerah Dungun kita juga mampu berdiri sebaris dengan tokoh-tokoh terbaik dunia.

Warga Dungun tumpang berbangga.

Tahniah Datuk Azizulhasni Awang. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam mengharumkan nama agama, bangsa, daerah, negeri dan negara.



Sumber:

https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/darjah-bakti-suntik-semangat-azizulhasni-hadapi-komanwel-sukan-asia-terakhir

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/06/1565837/azizulhasni-atlet-ketiga-terima-darjah-bakti-daripada-agong

https://www.hmetro.com.my/utama/2026/06/1364577/azizulhasni-kini-sebaris-chong-wei-nicol

Address

Dungun

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyDungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share