24/09/2024
24 Sept | Isnin
Pada 20 September 2024 , kami dikejutkan dengan kebakaran rumah keluarga salah seorang ahli berdaftar Pertubuhan kami . Semasa kejadian , kami berada di Kuala Lumpur menghadiri konvokesyen Tuan Pengerusi disamping berkongsi rezeki bersama gelandangan di sekitar Chow Kit .
Pada hari kejadian , kami difahamkan , keluarga mangsa masih dlm perjalanan pulang ke kediaman yg terbakar ini setelah menyelesaikan hal keluarga di Johor .
Seperti yang diceritakan , kejadian ini berlaku ketika ayah mangsa sedang menggunakan dapur untuk memasak , memandangkan ayahnya tinggal berseorangan ketika kejadian .
Api yang merebak dengan begitu cepat , telah memusnahkan keseluruhan rumah yang menjadi tempat berteduh mereka sekeluarga . Kunjungan kami kali ini , sebagai menunaikan tanggungjawab kepada ahli yg ditimpa musibah .
Diketuai oleh Tuan Pengerusi Saudara Khairul ( Keroll Ridz ) , Timbalan Pengerusi , Saudara Ibrahim ( Ahlong Sweetchild ) , Setiausaha Agung , Saudara Bakri ( Long Ayie ) serta ahli² lain nya , kami menziarahi keluarga mangsa bagi menyantuni mereka dalam keadaan begini .
Kepada yang ingin memberi sumbangan , boleh lh berhubung terus dengan Setiausaha kami melalui talian 010 5030360 . Semoga mangsa dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian sebegini .
Terima Kasih