Masjid Felda Kerteh 2

Directions

Masjid Felda Kerteh 2 jom pakat penuhkan Solat Subuh berjemaah seperti fardhu Jumaat

✨ UNIC & UAI SEPENTAS DI DATARAN SHAHBANDAR!Eksklusif menampilkan kumpulan nasyid terkenal, UNIC! Diserikan dengan mutia...
10/08/2026

✨ UNIC & UAI SEPENTAS DI DATARAN SHAHBANDAR!

Eksklusif menampilkan kumpulan nasyid terkenal, UNIC! Diserikan dengan mutiara taujihat daripada murabbi jemputan :

🎙️ Ustaz Azhar Idrus
🎙️ Tuan Guru Ustaz Ahmad Raqim
🎙️ Maulana Helmi

SAVE THE DATE! 🗓️

Pada 25 September 2026 ini, kita bakal berhimpun bersama dalam Malam Terengganu Cinta Rasul di Dataran Shahbandar!

Follow kami untuk mendapatkan info terkini dari masa ke masa.

Jangan ketinggalan. Jom hadir, berselawat dan semarakkan lagi rasa cinta kepada baginda Rasulullah ﷺ. ❤️

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

31/05/2026

Bila kita tengok orang kahwin, kita nak kahwin. Bila kita tengok orang travel, kita nak travel. Tapi bila tengok orang baca Quran kita tak nak baca Quran.

Kita hanya nak ikut apa yang kena dengan hawa nafsu. Kita cepat tertarik kepada perkara yang memberi keseronokan mata. Namun al-Quran yang menuntut mujahadah dan kesabaran terasa sangat berat untuk diikuti.

Hakikatnya, orang yang dekat dengan al-Quran bukan rugi dunia, tetapi sedang membina cahaya untuk hidupkan akhiratnya.

Jika hari ini hati belum cinta kepada al-Quran, jangan putus asa. Paksa diri membaca walaupun sedikit. Hidayah kadang-kadang hadir selepas istiqamah, bukan sebelum bermula.

Assalamualaikum.Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang mulia, Ramadhan Al-Mubarak . Kami wakil d...
18/02/2026

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang mulia, Ramadhan Al-Mubarak .
Kami wakil dari Masjid Felda Kerteh 2 mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua jemaah, penduduk Felda Kerteh 2 serta seluruh umat Islam.

Semoga kehadiran bulan penuh keberkatan ini membawa kesejahteraan, ketenangan, rahmah dan pengampunan dalam kehidupan kita.

Di samping itu, tidak lupa jugak pada mereka yang telah dahulu meningkatkan kite, sama-sama kita mendoakan untuk ibu bapa, datuk-nenek dan ahli keluarga yang telah tiada serta sahabat handai, semoga roh mereka dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

Semoga Ramadhan kali ini memberi kita kekuatan untuk memperbanyak ibadah, memperbaiki diri dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Dulu ada satu peraturan Maghrib. Tak ditulis di dinding. Tak dipamer dalam bingkai. Tapi ramai anak-anak zaman tu tahu.....
14/02/2026

Dulu ada satu peraturan Maghrib. Tak ditulis di dinding. Tak dipamer dalam bingkai. Tapi ramai anak-anak zaman tu tahu...

Bila azan berkumandang, TV wajib tutup. Pintu dan tingkap ditutup satu-satu. Rumah jadi sunyi. Mulut kena jaga.

"Tutup TV. Dah Maghrib!!" Ayat tu cukup buat perut kecut. Kartun kegemaran terhenti separuh jalan. Doraemon tinggal tergantung. Drama Cina terpaksa dilepaskan.

Kalau lambat balik rumah, bersedialah. Ada yang kena panggil nama dari jauh. Ada yang disambut muka serius. Ada juga yang kenal rotan bukan sekadar hiasan.

Sebelum Maghrib wajib mandi, lepas Maghrib wajib mengaji. Lepas solat, semua duduk berbaris. Ada yang mengaji depan ayah. Tergagap-gagap sebut huruf. Tahan air mata tapi tetap sambung baca.

"Ulang balik. Jangan cepat." Nada tegas, tapi penuh tanggungjawab.

Waktu itu nampak keras. Terasa dikongkong. Tapi bila sudah besar, baru sedar... Waktu Maghrib itulah rumah paling tenang. Keluarga paling dekat. Jiwa perlahan-lahan dibentuk.

Address

Dungun
23100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Felda Kerteh 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share