Masjid Baitus Salaam, Vista Minintod, Penampang

Masjid Baitus Salaam, Vista Minintod, Penampang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Baitus Salaam, Vista Minintod, Penampang, Nonprofit Organization, Vista Minintod, Penampang, Donggongon.

Masjid Masyarakat Pertama di Daerah Penampang dibangunkan oleh SPNB khas buat masyarakat setempat di sekitar perumahan Vista Minintod, Beverly Hills Phs 1,2,3,5, Delta Heights

BERHATI-HATI DENGAN PENCURI-PENCURI DI BULAN RAMADHAN !Berhati-hati dengan pencuri-pencuri di bulan Ramadan‎ #احذروا لصو...
17/02/2026

BERHATI-HATI DENGAN PENCURI-PENCURI DI BULAN RAMADHAN !

Berhati-hati dengan pencuri-pencuri di bulan Ramadan
‎ #احذروا لصوص شهر رمضان

‎ #اللص الأول: التلفزيون، لص خطير يفسد صيام الناس وينقص الأجر بسبب المسلسلات والبرامج التافهة والسهرات الماجنة.

Pencuri 1: Televisyen, pencuri berbahaya dan membinasakan puasa, mengurangkan pahala dengan sebab siri-siri, episod-episod dan program yang sia-sia.

‎ #اللص الثاني: الأسواق، لص متخصص في هدر المال والوقت بلا حساب للتغلب عليه حدد هدفك قبل الذهاب.

Pencuri 2: Pasar-pasar, pencuri khusus yang menghabiskan harta dan waktu tanpa terkira supaya kita disibukkan dengannya. Tetapkan apa yang mahu dibeli sebelum pergi ke pasar.

‎ #اللص الثالث: السهر، سارق أغلى الأوقات يحرمك من التهجد والاستغفار في الثلث الاخير.

Pencuri 3: Berjaga malam tanpa tujuan. Pencuri masa yang begitu berharga, yang mengharamkan dirimu daripada tahajjud dan istighfar pada malam-malam terakhir

‎ #اللص الرابع :المطبخ، وخاصة النساء تقضي وقتا طويلا لتحضير أطباق كثيرة لا تكاد تختلف عن بعضها إلا لحظة مرورها بالفم وقد يلقى الكثير منها في القمامة.

Pencuri 4: Dapur, khususnya bagi para wanita yang menghabiskan masa begitu lama untuk memasak pelbagai jenis makanan. Hingga boleh membawa kepada pembaziran dengan dibuang ke dalam tong sampah.

‎ #اللص الخامس: الهاتف، طول المكالمات وما يترتب عليها من ذنوب، غيبة، نميمة، قيل وقال وإفشاء الأسرار.

Pencuri 5: Telefon, perbualan yang panjang di telefon dan apa yang melibatkan dosa-dosa seperti mengumpat, mengadu-domba, perbualan-perbualan liar dan menyebarkan rahsia-rahsia.

‎ #اللص السادس : البخل، يحرمك أجر وثواب الصدقة التي تقي من النار وخاصة صدقة شهر رمضان.

Pencuri 6: Bakhil yang mengharamkan dirimu daripada mendapat ganjaran dan pahala sedekah yang memelihara daripada api neraka khususnya sedekah pada bulan Ramadan.

‎ #اللص السابع، المجالس الخالية من ذكر الله : والتي تكون حسرة على أصحابها يوم القيامة.

Pencuri 7: Majlis-majlis yang sunyi, tidak disebut zikrullah di dalamnya yang menyebabkan kerugian orang yang berada di dalamnya pada hari Kiamat.

‎ #وأخيرا كبير اللصوص، وسائل التواصل الإجتماعي : إن لم تستغل فيما يرضي الله.

Akhir sekali, pencuri paling besar ialah medium-medium media sosial yang tidak digunakan untuk meraih keredhaan Allah.

‎, #وفقنا الله لإستثمارها فيما يحبه ربنا ويرضاه.

Semoga Allah mentaufiqkan kita untuk memetik buah-buah Ramadan dengan melakukan apa yang dicintai dan diredhaiNya.

Kredit: Meor Abdullah

TARAWIH… HADIAH KHAS UNTUK UMAT NABI MUHAMMAD ﷺ 🤲Setiap malam Ramadhan, Allah membuka peluang untuk kita mendekatkan dir...
17/02/2026

TARAWIH… HADIAH KHAS UNTUK UMAT NABI MUHAMMAD ﷺ 🤲

Setiap malam Ramadhan, Allah membuka peluang untuk kita mendekatkan diri melalui solat sunat Tarawih.

Sama ada dilakukan bersendirian atau berjemaah,
setiap rakaat yang kita dirikan adalah tanda cinta kita kepada Allah.

Bukan tentang berapa banyak rakaat, tetapi tentang keikhlasan hati dan usaha untuk terus hadir di hadapan-Nya.

Jangan biarkan Ramadhan berlalu tanpa Tarawih. Kerana mungkin inilah Ramadhan yang mengubah hidup kita selamanya.

Jom hidupkan malam-malam Ramadhan dengan Tarawih.

Semoga setiap langkah ke masjid dan setiap sujud menjadi cahaya di akhirat nanti ✨

RAMADHAN BERMULA DENGAN NIAT 🤲Segala amal bermula dengan niat.Dan niat yang ikhlas adalah asas kepada penerimaan ibadah ...
17/02/2026

RAMADHAN BERMULA DENGAN NIAT 🤲

Segala amal bermula dengan niat.

Dan niat yang ikhlas adalah asas kepada penerimaan ibadah kita di sisi Allah SWT.

Sama ada kita berniat untuk sebulan penuh,
atau memperbaharui niat setiap malam, yang paling penting adalah keikhlasan hati kerana Allah Ta’ala.

Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,
tetapi latihan jiwa untuk menjadi hamba yang lebih taat, sabar, dan bersyukur.

Mulakan Ramadhan ini dengan niat yang benar,
semoga setiap detik puasa kita diterima sebagai ibadah yang sempurna.

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Semoga Ramadhan 1447H ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita.

Ramadhan yang mengubah hati, menguatkan iman, dan mendekatkan kita kepada Allah.

InsyaAllah

RAMADHAN KEMBALI… JOM GANDAKAN PAHALA 🤲Setiap kali kita berbuka, ada saudara kita yang turut berbuka hasil daripada keba...
17/02/2026

RAMADHAN KEMBALI… JOM GANDAKAN PAHALA 🤲

Setiap kali kita berbuka, ada saudara kita yang turut berbuka hasil daripada kebaikan orang lain.
Bayangkan…
Satu juadah yang kita sumbangkan,
menjadi tenaga untuk seseorang beribadah.

Satu infak yang kita hulurkan,
menjadi saksi pahala yang terus mengalir walaupun Ramadhan berlalu.

Ramadhan bukan sekadar menahan lapar,
tetapi peluang untuk memberi, berkongsi, dan menggandakan pahala.

Jom bersama menyumbang juadah Iftar & Moreh sepanjang Ramadhan 1447H / 2026M.

Tidak kira besar atau kecil,
setiap sumbangan membawa makna yang besar di sisi Allah.

📦 Sumbangan / Infak boleh disalurkan kepada:
Abg Nan – 012-8221600

Semoga setiap infak menjadi asbab keberkatan hidup,
dipermudahkan urusan, dan digandakan pahala berlipat kali ganda.

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
Sunan al‑Tirmidhi – Hadis No. 807

Jom kita rebut peluang Ramadhan ini.
Jom bersedekah.
Jom gandakan pahala.

— AJK MBSVMP

Sempena Bulan Ramadhan 1447H / 2026MAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dengan penuh rasa syukur, kita sekali lag...
17/02/2026

Sempena Bulan Ramadhan 1447H / 2026M

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh rasa syukur, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak 1447H / 2026M.

Sehubungan itu, pihak AJK menjemput dan menggalakkan semua jemaah untuk bersama-sama mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadhan melalui aktiviti-aktiviti berikut:
• Solat fardu berjemaah
• Solat sunat Tarawih berjemaah
• Taddarus Al-Quran
• Bersedekah setiap malam
• Aktiviti iftar di masjid (berbuka puasa bersama)
• Qiyammulail
• Aktiviti sahur
• Iktikaf khususnya pada 10 malam terakhir Ramadhan
• Menghidupkan malam-malam terakhir dalam usaha memburu Malam Lailatul Qadar

Semoga dengan penyertaan dan kehadiran semua jemaah, kita dapat bersama-sama mengimarahkan masjid serta meningkatkan amal ibadah dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini sebagai peluang untuk memperbaiki diri, mengeratkan ukhuwah, dan meraih keberkatan serta keampunan daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Daripada:
AJK MBSVMP

📢 PENGUMUMAN KHAS BUAT JEMAAH VISTA MININTOD & SEKITAR BUNDUSANAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌙Dengan penuh ...
22/01/2026

📢 PENGUMUMAN KHAS BUAT JEMAAH VISTA MININTOD & SEKITAR BUNDUSAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌙

Dengan penuh rasa syukur, pihak masjid ingin menjemput seluruh jemaah Vista Minintod dan kawasan sekitar Bundusan untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Kenduri Sekampung 1447H, yang dianjurkan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal menjelang.

Majlis ini diadakan sebagai tanda:

kesyukuran atas nikmat kebersamaan,
persediaan rohani sebelum Ramadan,
dan usaha menghidupkan semangat sekampung dalam komuniti kita.

✨ Istimewanya majlis ini, ia dianjurkan secara Pot Luck,
setiap hidangan yang dibawa, sama ada:
- masakan dari rumah,
- kuih-muih,
- buah-buahan,
atau makanan berbungkusan (tapau), adalah satu sedekah yang sangat bermakna,
lebih-lebih lagi apabila dikongsi sebelum melangkah ke bulan penuh rahmat dan keampunan.

🍽️ Tidak perlu hidangan yang mewah, cukup sekadar apa yang termampu,
kerana Ramadan mengajar kita tentang kesederhanaan, keikhlasan dan perkongsian rezeki.

InsyaAllah, setiap sumbangan:

mengeratkan silaturrahim sesama jiran,
membuka pintu pahala sebelum Ramadan tiba,
dan menyemai rasa kebersamaan yang akan kita bawa masuk ke bulan suci nanti.

Marilah kita sama-sama:
🤲 menyambut Ramadan dengan hati yang bersih
🤝 mengeratkan ukhuwah sesama komuniti
🍛 berkongsi rezeki dengan penuh keikhlasan

Jumpa anda semua di Majlis Kenduri Sekampung 1447H.

Semoga Allah memberkati setiap niat, langkah dan sumbangan kita dalam menyambut Ramadan yang mulia.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

📢 PENGUMUMAN KEPADA SEMUA JEMAAH MASJID BAITUS SALAAM, VISTA MININTODAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dimaklum...
08/01/2026

📢 PENGUMUMAN KEPADA SEMUA JEMAAH MASJID BAITUS SALAAM, VISTA MININTOD
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dimaklumkan kepada semua jemaah dan penduduk Vista Minintod, pihak Syukbah Belia Masjid Baitus Salaam Vista Minintod (MBSVMP) akan menganjurkan satu program kemasyarakatan seperti berikut:

🏃‍♂️ PROGRAM SUKANEKA MBSVMP 2026
📅 Tarikh: Ahad, 11 Januari 2026
⏰ Masa: 6.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Serbaguna MBSVMP

Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, menggalakkan gaya hidup sihat, serta memupuk semangat kekeluargaan dan kesepaduan dalam kalangan jemaah dan penduduk setempat.

🎉 Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik akan diadakan untuk kanak-kanak, remaja, belia, ibu-ibu dan bapa-bapa.

✨ Program yang penuh dengan hadiah menarik menanti anda!

👨‍👩‍👧‍👦 Semua kaum Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

🕘 ATURCARA PROGRAM SUKANEKA MBSVMP
6.30 pagi – 8.00 pagi
▪️ Pendaftaran peserta
▪️ Kehadiran penduduk / pembahagian kumpulan & nombor peserta

8.00 pagi – 8.30 pagi
▪️ Taklimat program & memanaskan badan
▪️ Ucapan aluan pengerusi
▪️ Taklimat keselamatan & peraturan permainan
▪️ Senam robik ringkas

8.30 pagi – 11.30 pagi
🔸 Acara Sukaneka Bermula
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah)
▪️ Beyblade / Gasing Moden
▪️ Meniup Tepung
▪️ Isi Air Dalam Botol
Remaja / Belia
▪️ Juggling / Timang Bola (sekali cuba)
▪️ Blind Penalty Shoot Out (sekali cuba)
▪️ Raja Freestyle Juggling MBSVMP
Bapa-bapa
▪️ Pakaian Samping Paling Kemas
▪️ Rebut Kerusi
Ibu-ibu
▪️ Cucuk Jarum
▪️ Rebut Kerusi
Acara Berpasangan
▪️ Semakin Jauh Semakin Sayang

11.30 pagi – 11.40 pagi
☕ Rehat

11.40 pagi – 12.00 tengah hari
🏆 Acara Kemuncak
▪️ Tarik Tali (Bapa-bapa)
▪️ Menganyam Ketupat Paling Laju (Ibu-ibu)

12.00 tengah hari – 12.20 tengah hari
🎁 Penyampaian hadiah & sesi bergambar

12.20 tengah hari
▪️ Bersurai

📞 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK Masjid Baitus Salaam Vista Minintod, Penampang.

✨ Marilah kita sama-sama memeriahkan program ini demi mengeratkan ukhwah dan kebersamaan komuniti kita.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, anak-anak yang berkhidmat untuk masjid perlu dibiasakan agar hati mereka lembut dengan rumah Allah,tangan...
08/01/2026

Alhamdulillah, anak-anak yang berkhidmat untuk masjid perlu dibiasakan agar hati mereka lembut dengan rumah Allah,
tangan mereka ringan membantu,
dan jiwa mereka membesar dengan rasa tanggungjawab, adab, serta kebersamaan.
Biar mereka belajar dari kecil bahawa masjid bukan sekadar tempat solat,
tetapi tempat mendidik jiwa,
tempat berbakti tanpa disuruh,
dan tempat menyumbang tanpa mengharap pujian.
Hari ini mereka pegang tangga, sapu lantai, betulkan kipas.
Esok, insya-Allah,
mereka akan memegang amanah,
memimpin dengan akhlak,
dan menjaga agama dengan ikhlas.
Didik dengan contoh,
kerana apa yang dibiasakan hari ini
akan menjadi nilai hidup mereka di masa depan. 🤍

14/10/2025

Apa yang dimaksudkan sebagai AHLI KARIAH?

• ‘Kariah’ maksud asalnya adalah KAMPUNG. Seperti kariah Bundusan ertinya Kampung Bundusan.
• Ahli kariah adalah mereka yang bermastautin lebih daripada 1 tahun di kawasan masjid atau surau.
• Menjadi ahli kariah adalah secara automatik jika sering datang untuk solat berjemaah dan menyertai aktiviti sosial/kebajikan masjid secara aktif.
• Ahli kariah yang aktif sentiasa berjemaah dan bersama - sama dengan masyarakat, jika sebaliknya maka dipanggil ahli yang pasif.

SIAPA YANG LAYAK DICALONKAN UNTUK JAWATAN PENGERUSI?

1. Seorang Lelaki berumur 25 tahun ke atas.
2. Calon merupakan ahli kariah Masjid Baitus Salaam Vista Minintod, Penampang (MBSVMP) yang aktif.
3. Jarak Rumah tidak lebih daripada 2KM daripada MBSVMP.
4. Tinggal di kawasan kariah MBSVMP tidak kurang daripada 3 tahun
5. Calon tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana mahkamah syariah atau sivil
6. Calon tidak diisytihar bankrap atau muflis melalui perintah mahkamah
7. Pencadang dan penyokong hanya dibenarkan untuk menghantar satu nama calon sahaja

Dengan rasminya minggu penamaan calon telah dibuka kelmarin 13hb Oktober, borang boleh didapati daripada En. Derman (Peg...
14/10/2025

Dengan rasminya minggu penamaan calon telah dibuka kelmarin 13hb Oktober, borang boleh didapati daripada En. Derman (Pegawai MBSVMP)

Berikut adalah jadual program aktiviti Majlis Mesyuarat Agung ke-6
14/10/2025

Berikut adalah jadual program aktiviti Majlis Mesyuarat Agung ke-6

14/10/2025

Assalamualaikum wbt.

Dengan sukacitanya ingin kami maklumkan bahawa Mesyuarat Agung Ke-6 akan dilaksanakan pada ketetapan yang tertera di bawah

Address

Vista Minintod, Penampang
Donggongon
88300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Baitus Salaam, Vista Minintod, Penampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Baitus Salaam, Vista Minintod, Penampang:

Share