Kelab Rekreasi Artis Sabah - KERAS

Kelab Rekreasi Artis Sabah - KERAS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Rekreasi Artis Sabah - KERAS, Community Organization, Penampang, Donggongon.

Innalillahi Wainnalillahi rojiunn.. Al fatihah.. Bismillahirrahman nirrahim.. alhamdulillahi robbil aalamiiin.. arrahman...
05/12/2025

Innalillahi Wainnalillahi rojiunn..
Al fatihah.. Bismillahirrahman nirrahim.. alhamdulillahi robbil aalamiiin.. arrahman nirrahim maa li ki yauu middin.. iyya kana' budu wa iyya kanas ta'in.. ih dinassirathal mustaqim.. siraathal lazi na an am ta a'laihim.. ghairil maqdhuubi a'laihim.. waladdhoolliin.. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.. Aamiin ya rabbalalamiin.

Sabah berduka..perginya di hari jumaat yang penuh barakah..Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman" dan "Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan".

Friendly match KERAS vs ERA BAYU BC 11/08/2024 di dewan olympia inanam🏸🏸🏸🏸Tahniah semua πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»Bersukan sambil berkarya...
15/08/2024

Friendly match KERAS vs ERA BAYU BC
11/08/2024 di dewan olympia inanam
🏸🏸🏸🏸
Tahniah semua πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»
Bersukan sambil berkarya.

KOTA BELUD   - Sekali lagi Dipilih menjadi tuan rumah dalam satu Program Khas  JELAJAH bersifat Insani daripada Kelab Re...
19/01/2024

KOTA BELUD - Sekali lagi Dipilih menjadi tuan rumah dalam satu Program Khas JELAJAH bersifat Insani daripada Kelab Rekreasi Artis Sabah (KERAS) sebagai Program Penutup Dwi Tahunan KERAS bagi sesi Tahun 2023.

Rombongan seramai 12 orang ahli yang diketuai Oleh Presiden Kelab KERAS Penyanyi & Pelakon Lagenda Sabah, Puan Clarice J. Matha dan Vie Jimmy selaku Pengarah Program daripada Kelab Rekreasi Artis Sabah (KERAS) telah memilih, TUNGA UNGA ECOTOURISM KG.RATAU Kota Belud yang dimiliki oleh En. Roger dan Isteri, yang cukup selesa, bersih dan cantik sekali, kali ini untuk menjadi Lokasi penginapan artis-artis Sabah yang datang bertandang ke Kota Belud.

Pengisian Pertama wacana program tersebut tidak lain tidak bukan, adalah Perlawanan Persahabatan Sukan Badminton yang diadakan di Kompleks Dewan Botung, Kota Belud. 5 STAR Team melayani kunjungan Pemain-pemain Badminton daripada KERAS. Perlawanan yang berlangsung selama 4 Jam 20 Minit bermula daripada Jam 2ptg - 5ptg yang mana Pemain Badminton daripada KERAS mendominasikan perlawanan keatas 5 STAR Team yang terpaksa akur dengan keputusan KERAS : 7 Mata manakala 5 STAR : 4 Mata dan Seri : 6. Pengurus Pasukan 5 STAR Team Pn. Johnika binti Jaim berkata, Pasukan mereka bersedia untuk melayani "Re-Match' di Kota Kinabalu dimasa akan datang. Dan beliau amat berpuas hati dengan Keseluruhan Perlawanan yang cukup Dramatik dan Gembira sepanjang perlawanan katanya sambil tersenyum keletihan apabila ditemui selepas perlawanan tersebut. Jelas sekali, Ini membuktikan Sukan Menyatukan semua rakyat.

Selesai Perlawanan Persahabatan dengan 5 STAR Team di Kompleks Dewan Botung, Program seterusnya diteruskan lagi dengan Majlis Santai Makan Malam di TUNGA UNGA ECOTOURISM. Majlis tersebut didahulukam dengan Ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program Vie Jimmy pada jam 7 malam disusuli dengan Ucapan daripada Presiden Kelab KERAS Pn. Clarice J. Matha pada majlis malam itu. Antara Intipati ucapan beliau, Clarice menyebut Program ini seiring dan selaras dengan Moto dan Visi KERAS. Clarice, menyebut ini sebagai suatu langkah proaktif KERAS didalam menjadikan Kelab sebagai wadah perpaduan bukan saja dikalangan Artis Sabah malah dikalangan peminat-peminat yang banyak menyokong artis Sabah dalam perjalanan seni tanahair. Disamping itu juga KERAS telahpun bergerak beberapa Bulan yang lalu dengan membuat Tabungan Khas untuk ahli KERAS yang ditimpa masalah penyakit Jantung dan Paru-paru baru-baru ini. Semestinya KERAS tidak pernah mengabaikan Ahli-ahlinya.

Pn. Jzu selaku Pengurus Pasukan 5 STAR Team membalas teks ucapan daripada KERAS menyebut program ini wajar diteruskan sebagai jambatan ukhuwah KERAS yang turun ke padang dan boleh berinteraksi dengan lebih dekat lagi peminat-peminat di Sabah. Melangkapkan aturcara program, Cik. Vie Jimmy selaku Pengarah Program KERAS telah mengumumkan Jumlah Kutipan Dana Sumbangan bagi membantu meringankan beban kepada salah seorang Ahli Kelab KERAS yang telah menghidap Penyakit Sakit Jantung dan Paru-paru. Seterusnya pemyampaian Dana Sumbangan itu tadi yang disampaikan sendiri oleh Presiden KERAS, Pn. Clarice J. Matha kepada Pn. Angel Ann.

Diakhir penyampaian Dana Sumbangan itu tadi, Majlis diteruskan lagi dengan Santapan Makan Malam yang cukup Lazat sekali. Aturcara majlis diteruskan dengan "A Night With Artis KERAS". Pembukaan Persembahan daripada Trio Adik Elicebeth Keiru, Adik Isabell Keiru dan Adik ChrisJayden Keiru. Yang cukup berbakat besar seawal usia Muda yg menghiburkan semua tetamu pada malam itu.

Majlis di akhiri dengan Persembahan Artis-artis Sabah yang turut tidak terkecuali menceriakan dan mewarnai program tersebut antaranya Clarice J. Matha, S. Welly, Zulkiflie Fung, Asbow Daling-daling, Reyiena UK, dan lain-lain lagi mendendangkan antara lagu-lagu dalam Album mereka sendiri sebagai hadiah yang cukup bermakna buat peminat-peminat, Tidak ketinggalan juga persembahan balas daripada 5 Star Team turut serta menyanyi memeriahkan majlis, sebagai kenang-kenangan KERAS di Kota Belud Sabah.
-AJF(BMK)

Address

Penampang
Donggongon

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Rekreasi Artis Sabah - KERAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Rekreasi Artis Sabah - KERAS:

Share