Komuniti Kampung Itol,Daro

Komuniti Kampung Itol,Daro Komuniti Kampung Itol Daro,
Bahagian Mukah, Sarawak. Komuniti yang harmoni sejahtera dan mesra.

29/01/2026

Amaran Hujan Lebat Sarawak-Sabah

KUCHING: Hujan lebat dijangka berterusan melanda Sarawak pada 30 hingga 31 Januari ini, manakala utara dan timur Sabah p**a dijangka terjejas mulai 30 Januari hingga 1 Februari, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut MetMalaysia, analisis model ramalan cuaca menunjukkan luruan angin timuran dijangka memasuki rantau negara bermula 29 Januari hingga 4 Februari nanti.

Keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan sepanjang tempoh berkenaan.

"Sehubungan itu, amaran hujan berterusan (waspada) bagi utara Sarawak telah dikeluarkan berkuat kuasa bermula 30 hingga 31 Januari 2026, manakala utara dan timur Sabah berkuat kuasa bermula 30 Januari hingga 1 Februari 2026," menurut kenyataan rasmi MetMalaysia.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my
, media sosial rasmi MetMalaysia, serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

10/01/2026

Program Komputer Riba Percuma diteruskan pada tahun 2026 bagi memperkukuh akses pendidikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.



08/01/2026
29/12/2025

2 HARI LAGI !!!

🎤PERTANDINGAN KARAOKE🎤

Sempena Sambutan Ambang Tahun Baru

Tutup tirai 2025 dengan penuh keyakinan di pentas nyanyian.
Inilah peluang untuk menampilkan bakat dan memeriahkan malam ambang tahun baru bersama komuniti setempat.

📅 Tarikh: 31 Disember 2025
📍 Tempat: Astaka Medan Selera Daro

10 finalis terbaik akan dipilih untuk mara ke
Pentas Final Malam 31 Disember

Hadiah Menarik:
Johan: RM500 + Hamper
Naib Johan: RM300 + Hamper
Ketiga: RM200 + Hamper
Saguhati: RM50 + Hamper (7 orang)

Maklumat Penyertaan:
•⁠ ⁠Terbuka kepada orang awam
•⁠ ⁠Penyertaan PERCUMA
•⁠ ⁠Lagu bebas dan berpakaian sopan
•⁠ ⁠Keputusan juri adalah muktamad

Pendaftaran:
https://forms.gle/M1SxtZb1mh6zsajd9

Pertanyaan lanjut:
Maznun – 0198368499
Ija – 0145999132

23/12/2025
08/10/2025
01/10/2025

📢 HEBAHAN UMUM📢

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Semua warga Sarawak dijemput hadir ke:

PROGRAM CERAMAH PERDANA UMAT AKHIR ZAMAN
Dengan tajuk: “Tunjukkan Ku Jalan Yang Lurus”

Tempat: Dewan Terbuka, Tapak Pesta Daro
Tarikh: 16 Oktober 2025 (Khamis)
Masa: 8.00 Malam

🎤 Penceramah Jemputan Istimewa:
Ustaz Abdul Somad (MIS.003667)

Jangan lepaskan peluang berharga ini untuk sama-sama mengisi jiwa, menambah ilmu serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.


fans

04/09/2025

🌸✨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H / 2025M ✨🌸

Dengan penuh rasa syukur, Seluruh warga Daro dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Daro dengan tema:
💫 “Ummah Maju Makmur” 💫

📅 Tarikh: Sabtu, 6 September 2025 / 13 Rabiulawal 1447H
⏰ Masa: 6.30 Pagi
📍 Lokasi: Daro

🌙 Sama-sama kita menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui perarakan, doa, dan pengisian rohani.

Mari kita raikan dengan penuh ukhuwah & keberkatan! 🤲

04/09/2025

✨🌙 CERAMAH PERDANA & MAJLIS KESYUKURAN 🌙✨

Sempena Sambutan Maulidur Rasul & Hari Malaysia Peringkat Daerah Daro 1447H / 2025M,
dengan sukacitanya Muslimin & Muslimat dijemput hadir memeriahkan majlis penuh barakah ini.

📅 Tarikh: 5 September 2025 (12 Rabiulawal 1447H)
⏰ Masa: 6.30 Petang
📍 Tempat: Masjid Al-Muhsiniin, Daro

💫 Marilah bersama-sama kita menambahkan ilmu, memperkukuh ukhuwah, serta menyemarakkan semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Address

Daro
96200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Kampung Itol,Daro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share