Kelab Belia Pekan Daro - KBPD

Kelab Belia Pekan Daro - KBPD Menyajikan remaja dan belia di sekitar Daro program-program kesukarelawanan dan pendidikan informal..

☕ Kupi-Kupi Belia: Santai Bersembang, Penuh PengisianAlhamdulillah, selesai sesi santai Kupi-Kupi Belia petang tadi deng...
28/06/2026

☕ Kupi-Kupi Belia: Santai Bersembang, Penuh Pengisian

Alhamdulillah, selesai sesi santai Kupi-Kupi Belia petang tadi dengan suasana yang santai, mesra dan penuh manfaat di ShareTea Daro

Pengkongsian “Belia Al-Fateh” oleh Ustaz Anas memberi inspirasi kepada para belia untuk menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan sentiasa bersedia memimpin dengan nilai-nilai Islam.

Sambil menikmati air sharetea, para peserta berpeluang bertukar pandangan, mengeratkan silaturahim dan mengambil pelbagai pengajaran yang bermanfaat dalam suasana yang santai.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk menghimpunkan belia, berkongsi ilmu dan membina komuniti belia yang lebih positif serta berdaya saing.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan Kupi Kupi Belia.

Jumpa lagi di sesi akan datang! ☕🤝

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Alif Zakwan Bin Dzulkarnain, Ahli Jawatankuasa Kelab Belia...
19/06/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Alif Zakwan Bin Dzulkarnain, Ahli Jawatankuasa Kelab Belia Pekan Daro (KBPD), atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan STPM 2024/2025 dengan memperoleh PNGK 3.42.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha yang gigih, disiplin yang tinggi serta semangat untuk terus menimba ilmu. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada para belia dan generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kehidupan.

“Kejayaan bukanlah destinasi, tetapi perjalanan yang dibina dengan kesungguhan, pengorbanan dan doa.”

Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan dan menjadi aset berharga kepada masyarakat, agama dan negara.

Tahniah Alif Zakwan! KBPD berbangga dengan pencapaian anda. 🎓

Ukhuwah Day KBPD9 Mei 2026 - Alhamdulillah, selesai sudah Ukhuwah Day bersama belia & beliawanis KBPD di Pantai Kuala Ma...
10/05/2026

Ukhuwah Day KBPD

9 Mei 2026 - Alhamdulillah, selesai sudah Ukhuwah Day bersama belia & beliawanis KBPD di Pantai Kuala Matu .

Petang yang simple tapi penuh makna, makan-makan, picnic, ukhuwah games, gelak tawa dan paling penting dapat eratkan silaturahim sesama kita.

Bukan sekadar healing di tepi pantai, tapi masa belia juga diisi dengan perkara yang bermanfaat serta sedikit pengisian rohani sebagai peringatan untuk diri bersama.

Kadang yang kita perlukan bukan tempat mewah, cukup ada suasana yang baik, kawan yang baik dan pengisian yang baik 🤍

Terima kasih semua yang hadir dan bawa potluck! Semoga ukhuwah ini terus terjaga sampai bila-bila 🫶🏻

SEDEKAH JUMAAT Setiap ringgit yang disumbangkan bukan sekadar bantuan, tetapi menjadi cahaya harapan buat anak-anak dan ...
08/05/2026

SEDEKAH JUMAAT

Setiap ringgit yang disumbangkan bukan sekadar bantuan, tetapi menjadi cahaya harapan buat anak-anak dan remaja di sekitar Matu & Daro. 🤍

Melalui projek pendidikan, kelas bimbingan, aktiviti kerohanian serta kesukarelawanan, kita bersama-sama membina generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

“Barangsiapa yang mempermudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan akhirat.” ✨

📌 Salurkan sumbangan anda ke:
🏦 AGROBANK
📍 2007651000056544
👤 Kelab Belia Pekan Daro (KBPD)

Semoga setiap sedekah menjadi saham akhirat yang terus mengalir pahalanya. Terima kasih kerana terus bersama menyokong usaha kebajikan dan pendidikan masyarakat. 🤲🏻

Salam Takziahإِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita, kami warga Kelab Belia Pekan Daro ...
07/05/2026

Salam Takziah

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, kami warga Kelab Belia Pekan Daro (KBPD) menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Fahrin Jumarudy bin Abdullah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, meluaskan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah juga buat seluruh keluarga arwah serta warga sekolah atas tragedi yang berlaku di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah - Rasmi. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.” 🤍

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengerusi KBPD, Puan Fazmawati binti Othman @ Osman atas pernika...
10/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengerusi KBPD, Puan Fazmawati binti Othman @ Osman atas pernikahan bersama Tuan Mohd Norazwar bin Buang 💐

Semoga ikatan suci ini sentiasa dilimpahi keberkatan, dibina atas dasar iman dan kasih sayang, serta dikurniakan rumah tangga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah 🤍

“Dari dua hati, lahirnya satu perjalanan menuju redha Ilahi.”

Ikhlas daripada,
Warga KBPD ✨

Salam Aidilfiti 1447H | Kalam JK KBPDتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْSelamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
20/03/2026

Salam Aidilfiti 1447H | Kalam JK KBPD

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Jika sepanjang perjalanan ini ada kata yang melukai, hari ini kita belajar memaafkan dan melepaskan dengan hati yang lapang. Raya bukan sekadar tentang perayaan, tetapi tentang jiwa yang kembali kepada fitrah dan hati yang lebih kenal erti syukur. Semoga kita bukan sekadar selesai Ramadan, tetapi pulang sebagai insan yang lebih tenang.

15/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran15 Mac 2026 – Alhamdulillah, seramai lebih 20 orang peserta wanita bagi Program Rehal Ramadan anju...
15/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran

15 Mac 2026 – Alhamdulillah, seramai lebih 20 orang peserta wanita bagi Program Rehal Ramadan anjuran Kelab Belia Pekan Daro (KBPD) telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Al-Muhsiniin, Daro.

Majlis ini diadakan sebagai penutup kepada pengisian Rehal Ramadan yang telah menghimpunkan para peserta sepanjang bulan Ramadan dalam aktiviti membaca dan tadabbur Al-Quran. Suasana majlis berlangsung dengan penuh khusyuk dan rasa syukur apabila para peserta berjaya menamatkan bacaan Al-Quran secara bersama.

Program ini bukan sahaja bertujuan menghidupkan amalan membaca Al-Quran dalam bulan Ramadan, malah turut menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan semangat mencintai Al-Quran dalam kalangan masyarakat setempat.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan Ramadan serta terus menyuburkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Address

No 283 KAMPUNG MASJID BARU
Daro
96200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Pekan Daro - KBPD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Belia Pekan Daro - KBPD:

Shortcuts

Share