21/03/2026
𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠.
Tulus Ikhlas Daripada:
JAWATANKUASA PENGURUSAN SURAU DARUL TAQWA KPG BARU DARO
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., pihak Jawatankuasa pengurusan Surau Darul Taqwa, Kampung Baru Daro ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada warga Kampung Baru Daro dan kawasan sekitarnya.
Sesungguhnya, Aidilfitri merupakan hari kemenangan setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga segala amal ibadah yang telah dilaksanakan diterima oleh Allah S.W.T. dan kita semua dikurniakan keampunan, rahmat serta keberkatan dalam kehidupan.
Di kesempatan yang mulia ini juga, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jkp,ahli kariah dan pihak yang telah memberi sokongan, sumbangan serta kerjasama dalam menjayakan segala aktiviti surau sepanjang bulan Ramadan.
Semoga Aidilfitri yang disambut ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, memupuk perpaduan serta menyemai semangat ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dan kekurangan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.