KPG SAAI

KPG SAAI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KPG SAAI, Community Organization, Kampung Saai, Daro.

PROGRAM CIDB MALAYSIA DAN ABM WILAYAH SARAWAK BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG SAAIPada 10 hingga 11 November, Lembaga Pembangun...
11/11/2025

PROGRAM CIDB MALAYSIA DAN ABM WILAYAH SARAWAK BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG SAAI

Pada 10 hingga 11 November, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Saai telah menganjurkan Program Bersama Komuniti bertempat di Balai Raya Kampung Saai.

Program selama dua hari ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat dan golongan belia mengenai peluang dalam bidang keusahawanan serta kemahiran teknikal, khususnya dalam pemasangan dan servis penyaman udara (aircond).

Seramai 20 orang peserta daripada kalangan penduduk dan belia Kampung Saai telah mengambil bahagian dalam kursus ini. Sepanjang program, pihak CIDB dan ABM telah mengadakan sesi taklimat berkaitan keusahawanan serta pengenalan kepada bidang latihan kemahiran yang ditawarkan oleh CIDB dan ABM.

Selain itu, pihak CIDB dan ABM turut membuka booth pendaftaran bagi kemasukan intake pertama kepada para belia yang berminat untuk menyertai latihan kemahiran di bawah program anjuran CIDB dan ABM. Inisiatif ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan belia setempat.

Sebagai tanda sokongan kepada komuniti, pihak CIDB dan ABM turut menyumbangkan dua (2) unit penyaman udara untuk kegunaan Balai Raya Kampung Saai. Pihak JKKK Kampung Saai juga telah memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan program ini, termasuk dalam penyediaan lokasi, penglibatan komuniti serta penyertaan peserta tempatan.

Program ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, En. Abdul Rahman bin Ahmad, dan telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Daro, En. Zul Haji Usup.

Inisiatif ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan, JKKK dan masyarakat setempat, di samping membuka ruang kepada belia untuk menceburi bidang kemahiran dan keusahawanan yang mampu menjamin masa depan yang lebih cerah.

14/10/2025
10/10/2025
Program Santuni Bersama KRT Kampung Nangka, Kampung Barieng, dan PPWS Abg Barieng Sibu ke Kampung SaaiTarikh: 5 Septembe...
05/10/2025

Program Santuni Bersama KRT Kampung Nangka, Kampung Barieng, dan PPWS Abg Barieng Sibu ke Kampung Saai
Tarikh: 5 September 2025
Tempat : Balairaya kampung Saai
Masa: 8.00 pagi - 11 pagi

Pada 5 September 2025, satu program Santuni Bersama melibatkan KRT Kampung Nangka, Kampung Barieng, dan PPWS Abg Barieng Sibu telah diadakan di Kampung Saai. Seramai 35 orang peserta telah mengambil bahagian dalam lawatan ini yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan antara komuniti kampung.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya senam aerobik dan tarian poco-poco yang disertai oleh semua peserta dalam suasana penuh ceria dan semangat kebersamaan. Turut diadakan ialah demonstrasi pembuatan kuih tradisional Basong yang dikendalikan oleh Puan Laili binti Bujang, yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta.

Rombongan disambut mesra oleh Pengerusi PPWS Kampung Saai iaitu Puan Rosnawati Binti Abdul Hajar, dan dijamu dengan hidangan makan tengah hari yang enak sebelum mereka meneruskan perjalanan pulang. Program ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara kampung, malah menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan peserta yang hadir.

Program Madani Digital-Aman Siber-Santun Surat14/05/2025Balai Raya Darul Fallah Kpg Saai
14/05/2025

Program Madani Digital
-Aman Siber
-Santun Surat
14/05/2025
Balai Raya Darul Fallah Kpg Saai

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan Kongsikan Memori Raya!Kreativiti, semangat kekeluargaan dan keunika...
20/04/2025

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan Kongsikan Memori Raya!

Kreativiti, semangat kekeluargaan dan keunikan yang ditonjolkan dalam setiap gambar benar-benar menyerlahkan makna sebenar Hari Raya. Anda semua bukan sahaja berjaya mengabadikan momen indah, tetapi juga menceriakan suasana sambutan kita bersama.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan Gambar Raya.

Walaupun tidak dinobatkan sebagai pemenang, setiap penyertaan yang dihantar sangat bermakna dan mencerminkan kreativiti serta semangat Hari Raya yang luar biasa.

Teruskan berkongsi kegembiraan dan semangat kekeluargaan—kerana setiap gambar ada cerita yang tersendiri.

Jumpa lagi di pertandingan akan datang, insyaAllah! 🌙✨

Sila lihat pada caption bagi pemenang.



🥳Peraduan Gambar Memori Raya Kpg Saai 2025Syarat-syarat penyertaan.1. Terbuka untuk semua warga Kpg Saai.2. Gambar yang ...
16/04/2025

🥳Peraduan Gambar Memori Raya Kpg Saai 2025

Syarat-syarat penyertaan.

1. Terbuka untuk semua warga Kpg Saai.
2. Gambar yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri.
3. Penyertaan terbuka semua peringkat umur.
4. Setiap SATU GAMBAR berdaftar atas SATU NAMA sahaja.
5. Link akan ditutup pada 19 April 2025, 12 am .
6. Keputusan juri adalah muktamad.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata.
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa.
Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Sila klik link bagi menghantar penyertaan anda.
👉🏻 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfczz4pFjBwJ3sESrKgXl4poJctoSf1xp9XCposmgE_RhghYw/viewform?usp=header

SEMOGA BERJAYA SEMUA!!

Ikhlas daripada : JKKK Kpg Saai


Address

Kampung Saai
Daro
96200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPG SAAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share