Rumah James Ambrose Anong, Sebaya Atas, Baoh Burak.

Rumah James Ambrose Anong, Sebaya Atas, Baoh Burak. JKKK RUMAH JAMES AMBROSE ANONG, SEBAYA ATAS, BAOH BURAK 96300 DALAT , SARAWAK.

Tarikh : 28 April 2026 ( Selasa)*Masa : 9.00 Pagi*Tempat : Tapak Pesta Kaul (Takan Bededun)*UCAPAN TERIMA KASIH.Saya mew...
28/04/2026

Tarikh : 28 April 2026 ( Selasa)*
Masa : 9.00 Pagi*
Tempat : Tapak Pesta Kaul (Takan Bededun)*

UCAPAN TERIMA KASIH.

Saya mewakili penduduk rumah panjang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat atas pemberian Geran MRP kepada rumah panjang kami.

Sumbangan ini amat bermakna dan sangat membantu dalam usaha kami untuk meningkatkan kemudahan serta kebajikan penduduk rumah panjang. Keprihatinan dan sokongan berterusan daripada pihak Yang Berhormat jelas menunjukkan komitmen dalam membela nasib rakyat di kawasan N.57 Tellian.

Untuk makluman, saya telah mewakilkan Pn.Jenny anak Bansi(Setiausaha) kami untuk hadir menerima Geran tersebut bagi pihak rumah panjang.

Sekali lagi, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala bantuan dan perhatian yang diberikan. Semoga segala usaha murni ini diberkati dan terus memberi manfaat kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

UCAPAN TERIMA KASIHSaya, Tuai Rumah James Anak Ambrose Anong, mewakili seluruh penghuni rumah panjang, ingin merakamkan ...
30/03/2026

UCAPAN TERIMA KASIH

Saya, Tuai Rumah James Anak Ambrose Anong, mewakili seluruh penghuni rumah panjang, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada:

- YB Roystone
-Pusat Khidmat P.213 Mukah
- Pejabat Daerah Dalat
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Dalat
- PDRM
- Angkatan Pertahanan Awam (APM)
- Serta semua pihak yang terlibat

atas segala usaha, kerjasama, dan keprihatinan dalam menyalurkan bantuan air mineral sebanyak 448 kotak ke rumah panjang kami pada hari ini.

Sesungguhnya bantuan ini amat bermakna dan sangat membantu kami semua dalam menghadapi situasi semasa. Jasa baik dan sokongan yang diberikan amat kami hargai dan tidak akan kami lupakan.

Sekian, terima kasih.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.”

27/03/2026

LAPORAN ADUAN KUALITI AIR
Rumah Panjang: Rh. Panjang James Anak Ambrose Anong

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa bekalan air yang digunakan oleh penduduk di Rumah Panjang James Anak Ambrose Anong yang dipam dari kolam berdekatan kini berada dalam keadaan keruh,berbau (mual)dan sudah berkurangan.

Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk kerana air tersebut digunakan untuk kegunaan harian seperti mencuci, dan mandi. Kualiti air yang tidak memuaskan ini boleh menjejaskan kesihatan serta kebersihan penduduk.

Sehubungan itu, pihak kami memohon agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkenaan untuk:

1. Menjalankan pemeriksaan terhadap sumber air kolam tersebut.

2. Menilai tahap keselamatan dan kebersihan air.

3. Mengambil langkah pembaikan atau menyediakan alternatif bekalan air bersih kepada penduduk.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai demi kesejahteraan penduduk rumah panjang.

Sekian, terima kasih.

Suasana rumah panjang di waktu petang begini terasa agak sunyi. Hanya kedengaran bunyi alam dan langkah perlahan penghun...
23/03/2026

Suasana rumah panjang di waktu petang begini terasa agak sunyi. Hanya kedengaran bunyi alam dan langkah perlahan penghuni. Namun apabila tiba hari keramaian, suasana berubah menjadi meriah—dipenuhi gelak tawa, suara riuh, dan kemesraan yang menghidupkan setiap sudut ruai.

13/3/2026(Jumaat)9.30amPenyampaian Sijil Lantikan Ketua Kaum Penggal Ke-2Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, saya ...
14/03/2026

13/3/2026(Jumaat)
9.30am

Penyampaian Sijil Lantikan Ketua Kaum Penggal Ke-2

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Royston Valentine atas penyampaian Sijil Lantikan kepada saya sebagai Ketua Kaum bagi penggal ke-2.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Daerah Dalat, Tn. Mathew bin Habert, atas kepercayaan yang terus diberikan kepada saya untuk memangku dan menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Kaum.

Kepercayaan ini akan saya pikul dengan penuh amanah demi kebajikan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya penduduk rumah panjang.

Sekian, terima kasih.

13/3/2026 Jumaat,Hadir jemputan ke 5,SESI ENGAGEMENT YANG BERHORMAT ENCIK ROYSTON BIN VALENTINE,ADUN N.57 TELLIAN BERSAM...
13/03/2026

13/3/2026 Jumaat,
Hadir jemputan ke 5,SESI ENGAGEMENT YANG BERHORMAT ENCIK ROYSTON BIN VALENTINE,ADUN N.57 TELLIAN BERSAMA KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM(KMKK)DI BAWAH PENTADBIRAN DAERAH DALAT. BERTEMPAT DIBILIK MESYUARAT KOMPLEKS KEBAJIKAN DALAT.

10/3/2026Selasa.Hadir(Jemputan ke 4)Majlis Perasmian sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2026 peringkat Dewan Undangan Nege...
10/03/2026

10/3/2026
Selasa.
Hadir(Jemputan ke 4)
Majlis Perasmian sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2026 peringkat Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian disempurnakan oleh YANG BERHORMAT ENCIK ROYSTONE BIN VALENTINE.

02/03/2026

NOTIS RASMI KEPADA SEMUA PENGHUNI RUMAH PANJANG

Dimaklumkan kepada semua penghuni bahawa demi menjaga keharmonian, keselamatan, dan kebajikan bersama, semua pihak hendaklah mematuhi peraturan berikut:

Peraturan Rumah Panjang

1. Semua penghuni wajib menjaga kebersihan ruai, laluan, tandas, dan kawasan sekitar rumah panjang.
2. Dilarang membuat bising melampau pada waktu malam yang boleh mengganggu ketenteraman penghuni lain.
3. Setiap keluarga bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda masing-masing serta kemudahan bersama.
4. Aktiviti gotong-royong yang telah dipersetujui hendaklah disertai oleh semua penghuni kecuali ada sebab munasabah.
5. Sebarang masalah, pertikaian, atau salah faham hendaklah dirujuk kepada ketua rumah atau jawatankuasa untuk diselesaikan secara baik.
6. Dilarang merosakkan kemudahan bersama. Kos pembaikan boleh dikenakan kepada pihak yang bertanggungjawab.
7. Semua penghuni hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati, bertolak ansur, dan menjaga nama baik rumah panjang.

Kerjasama semua penghuni amat dihargai bagi memastikan kehidupan yang aman, selamat, dan harmoni untuk kita semua.

Sekian, terima kasih.

……………………………………
JAMES ANAK AMBROSE ANONG
Tuai Rumah

Tarikh: 2/3/2026

Berasa gembira kerana dapat membawa para penghuni bergotong-royong seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Bil.1...
28/02/2026

Berasa gembira kerana dapat membawa para penghuni bergotong-royong seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Bil.1,pada 19/2/2026 yang lalu.

Antara kerja-kerja yang telah dilaksanakan ialah:

1. Membaiki pancur tangki air.
2. Mencuci tangki air tapisan supaya bersih.
3. Memotong rumput serta meracun di tepi kolam mandi.
4. Memotong pokok bunga yang telah tinggi.
5. Membersihkan kawasan rumah panjang di bahagian depan dan belakang.
6. Memotong tanaman besar di bahagian belakang yang mengganggu jiran sebelah.
7. Membaiki jambatan menuju ke kolam mandi.

Tuai Rumah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang hadir bergotong-royong pada hari ini. Diharapkan semangat kerjasama seperti ini dapat dikekalkan demi keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Mesyuarat Bil. 1 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Semua agenda yang dibentangkan telah dibincangkan ...
19/02/2026

Mesyuarat Bil. 1 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Semua agenda yang dibentangkan telah dibincangkan dengan teliti serta mendapat persetujuan ahli mesyuarat. Keputusan yang telah dipersetujui akan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan pembangunan organisasi. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli yang hadir serta memberi kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung.

AGENDA

1.Kemaskini akaun Jkkk&Sejati Madani.

2.Memberitahu perkembangan Pembinaan Projek ternakan Khinzir(SEJATI MADANI)

3.Undang-Undang Rh.Panjang.

4.Permohonan Baikpulih(HDC) masih dalam list Menunggu.

5.Menetapkan tarikh Gotong-royong membersihkan persekitaran Rh.Panjang.

6.Hal-Hal lain.

80% dah...besampi ke projek kami serumah mujur meh.
15/02/2026

80% dah...besampi ke projek kami serumah mujur meh.

Address

RH. James, Sebaya Atas, Baoh Burak
Dalat
96300

Telephone

+60138288588

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah James Ambrose Anong, Sebaya Atas, Baoh Burak. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah James Ambrose Anong, Sebaya Atas, Baoh Burak.:

Share