Techtamu

Techtamu Techtamu: Komuniti tech meetup yang sentiasa segar dengan idea, pengalaman, dan peluang kerjasama.

Kami membawa perbincangan bermakna, perkongsian pengalaman, dan peluang kolaborasi dalam dunia teknologi, digital, dan startup.

202503178141 (003747330-U) Techtamu merupakan sebuah platform komuniti yang menghimpunkan peminat, profesional, dan usahawan dalam bidang teknologi, digital, serta startup di Malaysia. Inisiatif ini diwujudkan bagi menyediakan ruang yang inklusif untuk perkongsian idea,

pengalaman, dan inspirasi melalui sesi ceramah pendek yang padat dan berimpak tinggi. Sebagai hab utama, acara Techtamu difokuskan di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya, selari dengan peranan kedua-dua lokasi ini sebagai pusat teknologi dan inovasi negara. Setiap sesi menampilkan penceramah daripada pelbagai latar belakang, termasuk pengasas syarikat permulaan, pakar teknologi, dan individu berpengalaman dalam industri digital. Mereka berkongsi kisah kejayaan, cabaran, serta pandangan mengenai perkembangan semasa dan masa depan ekosistem teknologi di Malaysia. Techtamu turut berperanan sebagai pemangkin kepada jaringan profesional dan kolaborasi antara ahli komuniti. Melalui perbincangan terbuka dan interaktif, peserta berpeluang untuk bertukar pandangan, membina hubungan baharu, serta meneroka peluang kerjasama yang boleh memperkukuh ekosistem startup tempatan. Dengan komitmen untuk menyokong pertumbuhan bakat dan inovasi, Techtamu berhasrat menjadi platform utama yang memperkasa komuniti teknologi Malaysia, seiring dengan aspirasi negara ke arah ekonomi digital yang lebih mampan dan berdaya saing.

Techtamu kembali semula ke Utara, kali ini bersama Kedah Tech Valley dan Noobs. Sertai event kami pada 23 Mei 2026 (Sabt...
04/05/2026

Techtamu kembali semula ke Utara, kali ini bersama Kedah Tech Valley dan Noobs. Sertai event kami pada 23 Mei 2026 (Sabtu) di Spacious Event Space, Sungai Petani, Kedah, untuk sesi berkongsi idea, pengalaman, dan berkenalan dengan para komuniti tech tempatan.

Tempat sangat terhad, hanya 30 slot sahaja dengan tiket RM10. Jika anda berada di sekitar utara, jangan lepaskan peluang ini. Daftar tempat anda sekarang: https://app.handai.my/v1/builder/v?formId=7ddf713a-3bea-4287-b07e-2bcdd37f6fa8

Selepas sebulan berehat makan kuih raya, kami kembali semula pada hari terakhir bulan Syawal, dengan sebuah acara di KL....
19/04/2026

Selepas sebulan berehat makan kuih raya, kami kembali semula pada hari terakhir bulan Syawal, dengan sebuah acara di KL. Lebih 50 peserta telah hadir, 3 speaker membincangkan topik development & intelligence, berlangsung di venue baharu, juga demografi audience yang baharu bagi kami.

Terima kasih pada semua yang telah menyokong kami, terima kasih pada team Techtamu, rakan sokongan serta komuniti, ini ibarat warm up bagi kami, kerana bulan hadapan kita akan ada dua event, berlainan kawasan wilayah. The journey continues. Stay connected.

Inilah jadual penuh untuk Techtamu KL Meetup  #1 yang akan berlangsung esok di Xendit Malaysia, Kuala Lumpur Sentral. Se...
17/04/2026

Inilah jadual penuh untuk Techtamu KL Meetup #1 yang akan berlangsung esok di Xendit Malaysia, Kuala Lumpur Sentral. Sesi pendaftaran akan dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 10:00 pagi, manakala acara utama akan bermula pada pukul 10:00 pagi dan dijangka berakhir sekitar pukul 1 petang.

Tiket masih lagi available, beli disini: https://openkelas.bcl.my/event/kl01

Jumpa anda semua di sana!

Tinggal 2 hari lagi!TechTamu meetup kali ini akan berkongsikan model perniagaan berasaskan sumber terbuka yang mampu men...
16/04/2026

Tinggal 2 hari lagi!

TechTamu meetup kali ini akan berkongsikan model perniagaan berasaskan sumber terbuka yang mampu menjana pendapatan walaupun perisiannya ditawarkan secara percuma, cara memanfaatkan AI untuk bekerja setanding pasukan penuh, serta panduan menguasai OpenClaw yang direka khas untuk pembangun dan pengasas yang ingin membawa projek mereka ke tahap seterusnya.

🗓️ 18 April 2026 (Saturday) | 9:15 AM – 2:00 PM
📍 Xendit Malaysia, Block 1A, Plaza Sentral, Level 8, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral

🎤 Senarai pembentang:
• Mohd Izhar Firdaus Ismail (KOSLAB)- Open Source Business Models
• Khalil Nooh (Mesolitica) - The Future Is Solo
• Qaiyyum Hakimi (Zeptoclaw) - The Untapped Opportunity: OpenClaw & Malaysia's Digital Future

🎟️ Secure tempat anda disini: https://openkelas.bcl.my/event/kl01

Jumpa anda di Techtamu KL Meetup #1! 🚀

Tinggal 30 tempat!Dalam TechTamu kali ini, anda akan ketahui strategi perniagaan open-source yang menjana pulangan untun...
14/04/2026

Tinggal 30 tempat!

Dalam TechTamu kali ini, anda akan ketahui strategi perniagaan open-source yang menjana pulangan untung walaupun perisian itu percuma, memanfaatkan AI yang menjadikan seorang individu beroperasi seperti pasukan penuh, serta menguasai OpenClaw yang direka khas untuk developer dan founder yang mahu meningkatkan projek mereka ke level seterusnya.

🗓️ 18 April 2026 (Saturday) | 9:15 AM – 2:00 PM
📍 Xendit Malaysia, Block 1A, Plaza Sentral, Level 8, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral

🎤 Senarai pembentang:
• Mohd Izhar Firdaus Ismail (KOSLAB)- Open Source Business Models
• Khalil Nooh (Mesolitica) - The Future Is Solo
• Qaiyyum Hakimi (Zeptoclaw) - The Untapped Opportunity: OpenClaw & Malaysia's Digital Future

🎟️ Secure tempat anda disini: https://openkelas.bcl.my/event/kl01

Jumpa anda di Techtamu KL Meetup #1! 🚀

Bongkar potensi sebenar OpenClaw - Ia bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu strategik masa depan digital negara. Direka...
13/04/2026

Bongkar potensi sebenar OpenClaw - Ia bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu strategik masa depan digital negara. Direka khas untuk developer, founder syarikat & investor. Sesi ini akan membekalkan anda dengan rangka kerja praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam projek atau strategi perniagaan anda.

📅 18 April (Sabtu) | 📍 Xendit Malaysia KL Sentral | ⏰ 9:00 pagi - 2 petang
Tiket kami limited kali ini. Secure tempat disini: https://openkelas.bcl.my/event/kl01

Jumpa anda di sana!

Tinggal enam hari sahaja lagi. Techtamu KL Meetup  #1 membawakan tiga pakar yang akan kongsikan strategi menjana pendapa...
12/04/2026

Tinggal enam hari sahaja lagi.

Techtamu KL Meetup #1 membawakan tiga pakar yang akan kongsikan strategi menjana pendapatan melalui open source, realiti masa depan milik solo founder, serta teknik praktikal pembangunan daripada pembangun OpenCLAW.

📅 18 April (Sabtu) | 📍 Xendit Malaysia Kuala Lumpur Sentral | ⏰ 9:00 pagi - 2 petang
Tiket kami set limited kali ini. Secure tempat anda di https://openkelas.bcl.my/event/kl01

Jumpa anda di sana!

Di era AI dan automasi, seorang individu mampu melakukan kerja seperti sebuah pasukan. Dalam sesi TechTamu bersama Khali...
10/04/2026

Di era AI dan automasi, seorang individu mampu melakukan kerja seperti sebuah pasukan. Dalam sesi TechTamu bersama Khalil Nooh (Mesolitica), kita akan ketahui bagaimana AI agents serta sistem pintar, boleh melakukan kerja anda lebih pantas, lebih pintar, dan berskala.

Beli tiket anda disini: https://openkelas.bcl.my/event/kl01

AI telah mudahkan kita untuk build software, tapi bila ramai sudah boleh buat sendiri, bagaimana untuk sustain bisnes? D...
09/04/2026

AI telah mudahkan kita untuk build software, tapi bila ramai sudah boleh buat sendiri, bagaimana untuk sustain bisnes? Dalam sesi TechTamu kali ini, kita akan bincang bagaimana anda boleh jana pendapatan daripada perisian yang secara asasnya free, dan kenapa strategi open source business models makin relevan.

Beli tiket disini: https://openkelas.bcl.my/event/kl01

Techtamu meetup kembali lagi, dan kami akan mulakan acara pertama kami di KL! Beli tiket disini: https://openkelas.bcl.m...
08/04/2026

Techtamu meetup kembali lagi, dan kami akan mulakan acara pertama kami di KL!

Beli tiket disini: https://openkelas.bcl.my/event/kl01

Berlangsung pada 18 April 2026 (Sabtu), jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang, bertempat di Xendit Malaysia, Block 1A, Plaza Sentral, Level 8, Kuala Lumpur Sentral.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/ZGYm4NzAMaY8NfYF7
Waze: https://waze.com/ul/hw283cf5sq

Acara kali ini menampilkan tiga penceramah:
Mohd Izhar Firdaus Ismail (KOSLAB), Khalil Nooh (Mesolitica), dan Qaiyyum Hakimi (Zeptoclaw).

Nikmati pembentangan padat, sesi Q&A interaktif dan sarapan ringan turut disediakan, semua hanya RM15 sahaja. Tempat duduk adalah terhad, daftar awal sekarang.

Jumpa anda semua disana!

Address

Cyberjaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Techtamu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Techtamu:

Share