Yayasan Wiba Prima

Yayasan Wiba Prima This is the official FB page for Yayasan WIBA Prima.

Alhamdulillah, pada 3 Jun 2026 telah berlangsung Majlis Pelancaran Foodbank Yayasan WIBA PRIMA dengan kerjasama .my  di ...
12/06/2026

Alhamdulillah, pada 3 Jun 2026 telah berlangsung Majlis Pelancaran Foodbank Yayasan WIBA PRIMA dengan kerjasama .my di Masjid Al-Irsyad, Universiti Multimedia (MMU), Melaka. Inisiatif ini merupakan Foodbank ke-11 yang dilaksanakan oleh Yayasan WIBA PRIMA dan .my dalam usaha memperluaskan inisiatif melalui akses bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Majlis ini telah disempurnakan dengan ucapan daripada Encik Amirul Iskandar bin Mannan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan WIBA PRIMA dan Prof Hisyamuddin bin Ismail, Pengarah kampus MMU, Melaka. Turut hadir ialah barisan pengurusan MMU Melaka, wakil pengurusan serta kakitangan Yayasan WIBA PRIMA dan XPERTS.MY.

Sebagai simbolik pelancaran, sesi penyerahan replika Foodbank kepada pihak Masjid Al-Irsyad, MMU Melaka telah dilaksanakan sebagai tanda kerjasama strategik dalam memastikan manfaat inisiatif ini dapat dinikmati secara berterusan oleh para penerima manfaat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak MMU Melaka, para penyumbang, rakan strategik serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan Foodbank ke-11 ini.

Semoga usaha murni ini terus menjadi platform untuk menyebarkan manfaat, mengukuhkan semangat kebersamaan dan meringankan beban mereka yang memerlukan.

Pihak Yayasan WIBA PRIMA turut mengalu-alukan sumbangan berterusan daripada orang ramai bagi memastikan lebih ramai penerima manfaat dapat dibantu pada masa hadapan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan seperti maklumat berikut:
Maybank
564810003707
Yayasan WIBA PRIMA




Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa e-Sijil Pertandingan Esei Hadiah Rahim & Ibrahim (PEHRI) 2025 tel...
08/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa e-Sijil Pertandingan Esei Hadiah Rahim & Ibrahim (PEHRI) 2025 telah pun selesai diedarkan kepada semua peserta. Sekiranya ada peserta yang belum menerima e-Sijil, mohon maklumkan kepada pihak kami untuk semakan dan penghantaran semula.

Buat guru-guru pembimbing yang masih belum menerima e-Sijil, boleh hubungi pihak kami bagi mendapatkan salinan e-Sijil tersebut.

๐Ÿ“ž Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan, sila hubungi PIC Program, Puan Shakirah di pautan ini:
๐Ÿ‘‰ https://www.wasap.my/60149309747





08/06/2026

Memartabatkan Budaya Ilmu Melalui Penulisan: PEHRI 2026 di IKIM FM

Penulisan bukan sekadar medium untuk menyampaikan idea, tetapi juga wadah untuk membentuk pemikiran, mencetuskan perubahan dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Dalam sesi temuramah khas di IKIM FM, Datin Wira Nadirah Hanim binti Mannan, Ketua Pegawai Transformasi dan Puan Shakirah binti Hashim, Eksekutif Pentadbiran dan Ketua Unit Alam Sekitar Yayasan WIBA PRIMA berkongsi mengenai Pertandingan Esei Hadiah Rahim & Ibrahim 2026 (PEHRI 2026).

PEHRI 2026 diwujudkan sebagai platform untuk menggalakkan budaya penulisan yang berkualiti, pemikiran kritis dan penghasilan idea-idea yang mampu memberi nilai kepada masyarakat serta negara.

Kami menjemput para pelajar, pendidik, profesional dan masyarakat umum untuk mengikuti perkongsian ini dan bersama-sama memartabatkan budaya ilmu melalui penulisan.





MAJLIS PELANCARAN FOODBANK YAYASAN WIBA PRIMAYayasan WIBA PRIMA akan melaksanakan Majlis Pelancaran Foodbank di Masjid A...
03/06/2026

MAJLIS PELANCARAN FOODBANK YAYASAN WIBA PRIMA

Yayasan WIBA PRIMA akan melaksanakan Majlis Pelancaran Foodbank di Masjid Al-Irsyad, MMU Melaka sebagai satu inisiatif kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan serta memupuk budaya berkongsi rezeki dalam komuniti.

Maklumat majlis adalah seperti berikut:

๐Ÿ“ Masjid Al-Irsyad, Universiti Multimedia (MMU), Melaka
๐Ÿ“… 3 Jun 2026 (Rabu)
๐Ÿ•™ 10.00 pagi โ€“ 1.00 petang

Semoga inisiatif ini memberi manfaat yang berterusan kepada semua, In Shaa Allah.




Dengan penuh hormat dan takzim, kami merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan R...
01/06/2026

Dengan penuh hormat dan takzim, kami merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Kami bersama seluruh rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan dalam pemerintahan serta umur yang panjang. Semoga pemerintahan Baginda terus membawa keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada negara.

Daulat Tuanku.



๐Ÿ•‹ Salam Aidiladha 1447HSemoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan menguatkan nilai keikhlasan, pengorb...
27/05/2026

๐Ÿ•‹ Salam Aidiladha 1447H

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan menguatkan nilai keikhlasan, pengorbanan serta kasih sayang sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha ๐ŸŒ™

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ูƒูู…



Niat Puasa Sunat Tarwiyah dan Arafah ๐ŸŒ™Seluruh umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari pert...
24/05/2026

Niat Puasa Sunat Tarwiyah dan Arafah ๐ŸŒ™

Seluruh umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah, termasuklah dengan menunaikan puasa sunat Tarwiyah dan Arafah.

๐Ÿ“† 8 Zulhijjah 1446H | Isnin, 25 Mei 2026 โ€“ Puasa Sunat Tarwiyah
๐Ÿ“† 9 Zulhijjah 1446H | Selasa, 26 Mei 2026 โ€“ Puasa Sunat Arafah

Berikut ialah lafaz niat puasa sunat yang boleh diamalkan mengikut hari masing-masing.

โœจ Semoga amalan kita diterima Allah SWT dan menjadi pemberat timbangan di akhirat kelak, In Shaa Allah.



Amalan Sunnah Bulan Zulhijjah ๐ŸŒ™Bulan Zulhijjah hadir membawa peluang untuk kita memperbanyakkan amal ibadah dan mendekat...
19/05/2026

Amalan Sunnah Bulan Zulhijjah ๐ŸŒ™

Bulan Zulhijjah hadir membawa peluang untuk kita memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. ๐Ÿค

Antara amalan yang dianjurkan:
โœจ Solat sunat
โœจ Membaca Al-Quran
โœจ Menghadiri majlis ilmu
โœจ Berpuasa
โœจ Bersedekah
โœจ Beristighfar
โœจ Qiamullail
โœจ Memperbanyakkan doa

Rasulullah SAW bersabda bahawa tiada hari yang lebih dicintai Allah untuk melakukan amal soleh melainkan 10 hari terawal Zulhijjah.

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghidupkan hari-hari terbaik ini dengan amal yang diterima Allah SWT. ๐Ÿคฒ

Marilah kita rebut peluang pahala di bulan penuh keberkatan ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun rasmi Yayasan WIBA PRIMA:

Maybank
564810003707
Rujukan: Zulhijjah

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐  ๐™๐ฎ๐ฅ๐ก๐ข๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŒ™Alhamdulillah, kita akan dipertemukan sekali lagi dengan bulan Zulhijjah โ€” bulan ...
15/05/2026

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐  ๐™๐ฎ๐ฅ๐ก๐ข๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, kita akan dipertemukan sekali lagi dengan bulan Zulhijjah โ€” bulan yang penuh keberkatan dan peluang untuk memperbanyakkan amal soleh.

๐Ÿ•Œ 18 - 24 Mei 2026 (1-7 Zulhijjah)
Puasa Sunat

๐Ÿ•Œ 25 Mei 2026 (8 Zulhijjah)
Puasa Sunat Tarwiyah

๐Ÿ•Œ 26 Mei 2026 (9 Zulhijjah)
Puasa Sunat Arafah

๐Ÿ•Œ 27 Mei 2026 (10 Zulhijjah)
Hari Raya Aidiladha

๐Ÿ•Œ 28 โ€“ 30 Mei 2026 (11 โ€“ 13 Zulhijjah)
Hari Tasyrik

Semoga setiap amalan yang dilakukan menjadi asbab keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT buat kita semua, In Shaa Allah ๐Ÿคฒ๐Ÿป




Address

1b, Radius Business Park, B1-1, Block B, Jalan Radius 1, Off, Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Wiba Prima posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Wiba Prima:

Share