03/06/2026
Pada hari Rabu - 03/06/2026, Sahabat Sukarelawan bersama-sama membantu AIIC, YUM, BAKIT-MMU dan IU dalam Majlis Sambutan Aidiladha serta Peluncuran Foodbank Yayasan Wiba Prima (YWP) yang telah berlangsung di Masjid MMU.
Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar. Antara pengisian yang dijalankan termasuk pelancaran Foodbank YWP, tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fahim serta jamuan makan bagi meraikan para tetamu yang hadir.
Pada jam 3.00 petang, program diteruskan dengan aktiviti penyerahan daging korban kepada golongan asnaf yang terdiri daripada pekerja am dan kontraktor MMU sebagai tanda keprihatinan serta usaha berkongsi rezeki sempena Aidiladha.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga semangat pengorbanan, kesukarelawanan dan kebersamaan yang dipupuk melalui program ini dapat terus menyemai nilai kasih sayang serta memperkukuhkan hubungan sesama komuniti.