Gabungan Pendidik Awal Kanak-kanak Swasta Malaysia

Gabungan Pendidik Awal Kanak-kanak Swasta Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Gabungan Pendidik Awal Kanak-kanak Swasta Malaysia, Community Organization, Jalan SP10/1, Raudhah City, Cyberjaya.

Gabungan Pendidik Awal Kanak-kanak Swasta Malaysia menghimpunkan lebih 3000 cawangan Tadika dan Taska seluruh negara serta lebih 100 ribu pendidik awal yang berkecimpung di Tadika dan Taska Swasta seluruh negara.

LAPORAN BERITA THE SUN
27/01/2026

LAPORAN BERITA THE SUN

Group supports reform goals but raises concerns over readiness and lack of formal consultations

SIARAN MEDIAUNTUK EDARAN SEGERATarikh: 26 Januari 2026Masa: 5 petangLokasi: Putrajaya*Hasil Mesyuarat Bersama : YB Mente...
27/01/2026

SIARAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 26 Januari 2026
Masa: 5 petang
Lokasi: Putrajaya

*Hasil Mesyuarat Bersama : YB Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta*

Gabungan Pendidik Awal Kanak-Kanak Swasta ingin memaklumkan hasil perbincangan rasmi yang telah diadakan di Pejabat YB Menteri Pendidikan, Putrajaya, melibatkan:
• YB Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia
• Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM)
• Datin Rosliza binti Rosli, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (BPS)
serta 8 orang wakil Gabungan Pendidik Awal Kanak-Kanak Swasta bersama Puan Zaliza Alias selaku Pengerusi Jawatankuasa Pro Tem.

Gabungan Pendidik Awal Kanak-Kanak Swasta merupakan sebuah gabungan nasional yang mewakili lebih 3,000 cawangan tadika swasta di seluruh negara, dengan kekuatan melebihi 100,000 orang guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

*1.⁠ ⁠Cadangan Satu Lesen Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Umur 2–6 Tahun)*

YB Menteri Pendidikan telah memberikan perhatian serius terhadap cadangan agar lesen Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi umur 2+ hingga 6+ diselia sepenuhnya di bawah KPM.

Cadangan ini turut dikemukakan bagi menggantikan impak pengurangan bilangan pelajar berumur 6 tahun di tadika, susulan pelaksanaan kemasukan murid umur 6 tahun ke Darjah 1, sekali gus memastikan kelestarian operasi tadika swasta dan kestabilan tenaga pendidik.

Walaupun keputusan rasmi belum dimuktamadkan, YB Menteri memberi jaminan untuk meneliti dan mengusahakan cadangan ini.

*2.⁠ ⁠Pelaksanaan Kemasukan Murid Umur 6+ Bermula Tahun 2027*

Pelaksanaan kemasukan murid umur 6+ akan diteruskan mulai tahun 2027 secara pilihan (optional) tanpa ujian kemasukan.
Penilaian selepas kemasukan adalah bertujuan mengukur tahap perkembangan murid, bukan untuk tujuan pengasingan.
Semua permohonan akan diterima selagi kapasiti tempat dan bilangan guru mencukupi.

*3.⁠ ⁠Pra Sekolah Umur 5 Tahun Untuk Golongan B40*

YB Menteri menegaskan bahawa Pra Sekolah KPM bagi kanak-kanak umur 5 tahun adalah khusus untuk keluarga golongan B40.
Aduan boleh dibuat sekiranya terdapat kemasukan bukan daripada golongan tersebut kerana ia merupakan hak golongan B40.

*4.⁠ ⁠Cadangan Penempatan Murid Tahun 1 Umur 6 Tahun di Tadika Swasta*

Cadangan dikemukakan pada Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta agar murid Tahun 1 berumur 6 tahun boleh ditempatkan terlebih dahulu di Tadika Swasta, sebelum diterima masuk secara automatik ke Tahun 2 di sekolah kerajaan pada tahun berikutnya.

Langkah ini bertujuan untuk membantu kesiapsiagaan KPM dari segi prasarana dan tenaga pengajar, khususnya menjelang pelaksanaan penuh kemasukan murid umur 6 tahun pada tahun 2027.

*5.⁠ ⁠Surat Susulan Rasmi*

Pihak Gabungan akan mengemukakan surat susulan rasmi kepada KPM berkaitan perkara-perkara yang telah dipersetujui secara dasar.

Dikeluarkan oleh:
Gabungan Pendidik Awal Kanak-Kanak Swasta

Puan Zaliza Alias
Pengerusi Jawatankuasa Pro Tem

Putrajaya
26 Januari 2026

untuk siaran media nasional.

KURIKULUM KEMAS AKAN DIKEMASKINI
27/01/2026

KURIKULUM KEMAS AKAN DIKEMASKINI

BAGAN DATUK: Kindergartens under the Department of Community Development (Kemas) will continue their role in educating three- to four-year-old children in line with the National Education Blueprint (RPN) 2026-2035, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

LIPUTAN MEDIA BERITA HARIAN
27/01/2026

LIPUTAN MEDIA BERITA HARIAN

CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa agar lebih inklusif dan telus dalam melaksanakan sebarang dasar baharu, khususnya membabitkan cadangan ujian diagnostik serta perubahan usia kemasukan ke Tahun 1.

LIPUTAN MEDIA BERITA HARIAN
27/01/2026

LIPUTAN MEDIA BERITA HARIAN

CYBERJAYA: Lebih 100 pengusaha tadika swasta menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) merombak sistem perlesenan operasi tadika dan taska yang memerlukan beberapa lesen kepada satu lesen di bawah satu kementerian.

LIPUTAN MEDIA THE STAR NEWS
27/01/2026

LIPUTAN MEDIA THE STAR NEWS

CYBERJAYA: Private preschool operators are seeking clear guidelines as new government policy shifts preschool age.

GABUNGAN PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK SWASTA MALAYSIA RAYU PENANGGUHAN PELAKSANAAN DASAR KEMASUKAN DARJAH 1 PADA UMUR 6 TAH...
27/01/2026

GABUNGAN PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK SWASTA MALAYSIA RAYU PENANGGUHAN PELAKSANAAN DASAR KEMASUKAN DARJAH 1 PADA UMUR 6 TAHUN
SEPANG, 24 Januari 2026 — Gabungan Pendidik Awal Kanak-Kanak Swasta Malaysia hari ini menyeru agar kerajaan mempertimbangkan penangguhan pelaksanaan dasar kemasukan Darjah 1 pada umur 6 tahun di bawah Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035.

Rayuan ini dibuat susulan pengumuman rasmi berkaitan kemasukan kanak-kanak ke prasekolah kerajaan pada umur 5 tahun, kemasukan ke Darjah 1 pada umur 6 tahun, serta pengenalan ujian penilaian pada Darjah 4.

Gabungan ini menyokong aspirasi kerajaan untuk memperkukuh kualiti pendidikan negara dan intervensi awal pembelajaran. Namun demikian, perubahan struktur umur kemasukan ini dijangka memberi implikasi besar terhadap ekosistem tadika dan prasekolah swasta di seluruh negara.

Kesan Terhadap Industri Pendidikan Awal

Antara kebimbangan utama yang dibangkitkan termasuk:

1. Pengumuman Tanpa Pelan Peralihan Menyeluruh
Dasar ini diumumkan tanpa pelan peralihan yang jelas, tanpa rundingan formal bersama pengusaha dan pendidik tadika swasta, serta tanpa kajian impak terhadap tenaga kerja, struktur operasi dan kelangsungan kewangan institusi swasta.

Tadika swasta selama ini berperanan sebagai tulang belakang persediaan kanak-kanak sebelum memasuki sekolah kerajaan, membantu sistem pendidikan negara tanpa memerlukan kos infrastruktur awam yang besar.

Perubahan mendadak ini telah mengganggu perancangan pengambilan pelajar, menjejaskan struktur kelas dan nisbah guru, serta mewujudkan ketidaktentuan operasi dan kewangan ribuan tadika swasta.

2. Risiko Kehilangan Pekerjaan dan Kualiti Pendidikan
Dianggarkan terdapat lebih 8,000 tadika swasta berdaftar di Malaysia yang menyediakan peluang pekerjaan kepada puluhan ribu sehingga lebih 100,000 guru, majoritinya wanita yang membina kerjaya jangka panjang dalam sektor ini.
Ketidaktentuan dasar berisiko menyebabkan:
Pengurangan tenaga pengajar berpengalaman
Kehilangan keyakinan terhadap kestabilan kerjaya
Penurunan kualiti pendidikan akibat kadar keluar masuk guru yang tinggi

3. Tekanan Awal kepada Kanak-Kanak dan Ibu Bapa
Pengenalan tekanan akademik dan penilaian awal seawal umur 5 tahun berpotensi:
Memberi tekanan emosi kepada kanak-kanak
Mewujudkan kebimbangan berlebihan dalam kalangan ibu bapa
Mengubah fokus pendidikan awal daripada pembangunan holistik kepada pencapaian akademik semata-mata

4. Implikasi Terhadap Pendidikan Kanak-Kanak Muslim
Bagi institusi berteraskan nilai Islam, tadika bukan sekadar tempat pembelajaran asas, tetapi fasa penting pembentukan iman, akhlak dan pembiasaan ibadah secara konsisten.
Peralihan awal ke Darjah 1 tanpa melengkapkan fasa pendidikan awal ini berisiko menjejaskan kesinambungan pembentukan sahsiah dan identiti.

5. Risiko Penutupan Tadika Secara Meluas
Gabungan turut membangkitkan kebimbangan bahawa ibu bapa mungkin terus memasukkan anak berusia 5 tahun ke prasekolah sekolah kebangsaan sebagai persediaan ke Darjah 1 pada umur 6 tahun.

Keadaan ini boleh menyebabkan penyusutan mendadak enrolmen, sehingga hanya kumpulan umur 4 tahun yang kekal, dan seterusnya meningkatkan risiko penutupan ribuan tadika swasta di seluruh negara.

Cadangan Gabungan

Sehubungan itu, Gabungan Pendidik Awal Kanak-Kanak Swasta Malaysia mengemukakan cadangan berikut:

1. Penangguhan pelaksanaan kemasukan Darjah 1 pada umur 6 tahun.

2. Penetapan tempoh peralihan minimum satu tahun bagi membolehkan penyesuaian operasi dan tenaga kerja.

3. Pelaksanaan projek perintis sebelum sebarang penguatkuasaan nasional.

4. Rundingan rasmi dan menyeluruh bersama pengusaha serta pendidik tadika swasta.

5. Pewujudan lesen khas dan Jabatan Khas Tadika, Taska dan Pusat Jagaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Gabungan ini komited untuk bekerjasama secara konstruktif dengan kerajaan bagi memastikan dasar pendidikan dilaksanakan secara terancang, inklusif dan tidak menjejaskan kestabilan industri serta kesejahteraan kanak-kanak.

Mengenai Gabungan Pendidik Awal Kanak-Kanak Swasta Malaysia

Gabungan ini menghimpunkan pengusaha dan pendidik dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak swasta dengan tujuan memperkukuh kerjasama industri serta memastikan kelangsungan ekosistem pendidikan yang berkualiti dan mampan.

*Kenyataan media ini dikeluarkan oleh wakil Gabungan Pendidik Awal Kanak-Kanak Swasta Malaysia sempena pertemuan dan himpunan pengusaha serta pendidik tadika swasta dari seluruh negara yang diadakan pada 24 Januari 2026 di Cyberjaya.

Address

Jalan SP10/1, Raudhah City
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60192835747

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gabungan Pendidik Awal Kanak-kanak Swasta Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gabungan Pendidik Awal Kanak-kanak Swasta Malaysia:

Share