Lelaki Gagah Perkasa

Lelaki Gagah Perkasa Minyak arnab dengan ekstrak cenuai membantu anda mengembalikan prestasi cemerlang macam dulu dulu.

28/09/2023

Monolog abang sado. Ada betul nya juga apa abang ni cakap.

7 Tanda Pasangan Curang1. Perubahan tingkah laku/ minatSi dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dah...
11/08/2023

7 Tanda Pasangan Curang

1. Perubahan tingkah laku/ minat
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia s**a menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.
2. Memberi alasan
Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar p**a, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan.
3. Mengelak pandangan mata
Apabila bersama anda, si dia lebih s**a menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”
4. Selalu dengan telefon bimbitnya
Hatta jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak henti. Apabila anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia tidak izinkan. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik
5. Gelisah tidak tentu pasal
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?
6. Menolak
Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.
7. Membesarkan masalah kecil
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.

9 Cara Menjaga Hubungan Suami Isteri (Cinta Beputik Kembali)1. Ucapkan Assalamualaikum dan selamat pagiApabila anda memb...
09/08/2023

9 Cara Menjaga Hubungan Suami Isteri (Cinta Beputik Kembali)
1. Ucapkan Assalamualaikum dan selamat pagi
Apabila anda membuka mata pada waktu pagi, usah capai telefon anda melainkan pasangan anda dan ucapkan selamat pagi terlebih dahulu. Nampak macam biasa-biasa, tapi besar impaknya.
Bila pagi itu indah, pasti keseluruhan hari itu indah.
2. Sentiasa memuji antara satu sama lain
Hormat itu penting. Puji juga penting. Tak keluar duit sesen pun untuk memuji apa-apa sahaja yang pasangan kita buat.
3. Jangan bergaduh semasa lapar
Sebelum mula bertengkar, lakukan ‘pemeriksaan perut’, iaitu periksa sama ada salah seorang dari anda sedang kelaparan. Jika ya, segera tamatkan pertengkaran itu, makan sesuatu dan tunggu setengah jam untuk melihat apakah anda mahu terus bertengkar.
Lapar itu adalah salah satu punca pergaduhan.
4. Jangan bertengkar atas perkara-perkara kecil
Usah peduli jika pinggan yang di basuh tidak di susun dengan tepat. Biarkan sahaja dan hargai usaha suami melakukannya walaupun ia bukan cara yang betul.
Kalau selalu sangat bergaduh, bimbang akan cepat bosan p**a kerana muak dengan drama sebegini.
5. Buat temujanji dengan pasangan anda
Hanya kerana anda sudah berkahwin tidak bermaksud anda tidak perlu lagi bertemu janji. Buatlah sesuatu yang romantik macam dulu-dulu.
Pergilah mana-mana restoran atau kafe hipster yang masih lagi dalam kategori mampu. Cari kelainan.
6. Lakukan perkara yang kecil setiap hari
Urutan kaki setelah melalui hari yang panjang. Temu janji malam. Hug dari belakang.
Katakan kepadanya yang kamu mencintainya dan menciumnya setiap hari. Memujinya setelah bersenam atau ketika dia membelai rambutnya.
Meminta maaf kerana melukai perasaannya walaupun itu tidak disengajakan . Contohnya, “Saya sayang isteri saya. Saya gemar lakukan perkara sebegini kerana ia mengingatkan saya betapa beruntungnya saya mempunyai seseorang sepertinya”.
7. Ambil perhatian perkara-perkara kecil
Mengucapkan terima kasih bukan hanya bagi perkara yang besar namun juga perkara-perkara kecil, seperti tugasan rumah atau menyediakan makan malam. Ini adalah salah satu cara menjaga hubungan suami isteri yang ramai tidak ambil peduli.
Tolong buang sampah tanpa disuruh juga nampak remeh dan kecil, tapi besar di mata isteri.
8. Beri hadiah, walaupun murah
Hulurkan hadiah kecil hanya untuk memaklumkan pada pasangan yang anda memikirkannya pada saat-saat santai seperti sedang membeli barangan makanan.
Walaupun ia hanyalah sepotong coklat kecil. Itu membuat perbezaan yang besar.
9. Ingat mengapa anda berdua saling mencintai
Apabila anda merasa kecewa dengannya kerana perkara-perkara remeh di rumah, anda akan mula sedar yang anda dalam mood yang tidak bagus.
Apa kata anda meluahkannya dengan memberitahu pasangan betapa cantiknya dia. Hug dia dan beritahu dia yang anda hargai dia.
Beritahu dia kenapa anda cinta dan sayang sangat pada dia.

5 Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki & Kualiti Sperma – Dr Hamid Arshat1. ELAKKAN KEPANASAN PADA Z***RKepanasan badan kh...
01/08/2023

5 Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki & Kualiti Sperma – Dr Hamid Arshat

1. ELAKKAN KEPANASAN PADA Z***R
Kepanasan badan khususnya jika terkena pada buah z***r dikatakan bolih mengurangkan dan melemahkan benih-benih lelaki.

Pekerja-pekerja yang terdedah matahari terik atau kilang berhawa panas, pemandu bas lori jarak jauh, mereka yang s**a letak laptop atas riba menyebabkan kepanasannya kena buah z***r.

Elakkan juga sering mandi air panas.

-Pakai seluar dalam yang longgar saperti boxer.
-Mandi air sejuk khususnya lepas balik kerja.
-Boleh juga letakkan ice pack yang telah dibekukan dalam peti ais pada bawah buah z***r selama 30 minit lepas balik kerja.

2. PERKARA YANG PERLU DIJAUHI

-Semua jenis rokok tembakau.
-Minuman yang mengadungi alcohol. Arak, whisky , beer dll.
-Kurangkan minuman yang mengadungi kafeine.
-Jauhkan minuman air yang mengadungi chlorine – air paip.
-Gula dan manisan – minuman2 soft drink , soda, kordel , juz dalam kotak.
-Segala jenis fast food, junk foods. Jauhkan deep fried dan charcoal bbq.
-Jauhkan pewangi dan kosmatik yang bukan organik.
-Racun serangga (pesticides dan insecticides) dan segala bahan plastik dan styrofoam kerana kandungan xeno estrogen.

3. MAKANAN BERKHASIAT & BERZAT

-Makan banyak buah dan sayuran. Bayam, kangkung, sawi, kobis, keladi, keledek, boccoli. Biasakan makan ulam.
-Minum jus dari buah dan sayuran buatan sendiri. – Contohnya jus epal, oren, carrots, papaya , nenas, mangga, tembikai , avokado dll.
-Makan seafood. Oyster mengandongi logam zinc , baik untuk benih.
-Kekacang dan biji-bijian. Brazil nuts, almond , walnut mengandungi selenium, biji sunflower, biji anggur dan labu baik untuk benih lelaki.
-Biji papaya – pahit rasanya. Ada kajian ia meningkatkan benih lelaki.
-Ikan mackerel, kembong, tenggiri , sardine dan salmon. Sumber omega 3.

4. PENGAMBILAN SUPLEMEN
Makan multivitamins – banyak jenama dalam pasaran- perlu mengandungi vitamin B, A logam-logam termasuk zinc.

Vitamin C 1-2 gm setiap hari
Vitamin E 400 IU Setiap hari
Fish oil 1000 mg dua kali sehari.
Herbal supplement, antaranya produk-produk dari herba seperti;

Speman
Kapikachu
Tribestan
Saw palmeto
Panax ginseng

5. RAWATAN / UBAT HORMON

Testosterone – hormon lelaki. Ada yang diberi secara suntikan atau dimakan dalam bentuk tablets. In perlu pengawasan doktor.
HCG. Sejenis hormon yang diberi secara suntikan olih doktor.
Ubat subur clomid – makan setengah biji pagi dan setengah petang. Setiap hari selama 3 bulan

Address

Cyberjaya Bizhub Centre
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lelaki Gagah Perkasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share