Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Kemaman

Directions

Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Kemaman Membentuk Jati Diri Melalui Persilatan
1 Gerak 1 Syahadah 1 Hati YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji Alam mula mengenali Seni Silat Melayu sejak berusia 2 tahun.

Pada peringkat awal, ketika berusia 2-12 tahun, beliau sering berlatih silat secara sendirian. Hanya mengikut gerak naluri dan rasa. Kemungkinan kebolehan ini datang kepada beliau atas nasab keturunan yang ada pada beliau. Ibu bapanya berasal daripada jalur keturunan pendekar. Maka, dengan izinya, beliau mampu dan pandai bersilat tanpa berguru. Pada tahun 1977, belaiu menetap di Kuala Krau, Temerloh, Pahang. Pada waktu itu, Seni Silat Melayu kian berkembang di kampung dan pekan kecil di sekitar Temerloh hingga Jerantut. Antara Seni Silat Melayu yang giat menabur ilmu ialah Silat Nasrul Haq, Tapak Suci, Wali Suci, Gayung 7, Sendeng 2 Beradik dan Seni Silat Lincah. Seni Silat Gayong turut menumpang kemeriahan alam persilatan pada waktu itu. Walaupun Seni Silat Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarakat pada masa itu, masih ada Seni Silat Tua yang aktif menurunkan ilmunya kepada pemuda dan pemudi yang berminat. Ketika itu, YTM Yang-Dipertuan Besar Panji Alam mulai jatuh hati kepada sebuah Penguruan Silat Tua negeri Pahang daripada aliaran Sutan Muakat yang bernama Seni Silat ‘Panding Juan’. Beliau memperolehi ilm ini daripada Guru Tua yang dihormati, iaitu pendekar yang tersohor di negeri Pahang. Guru Tua itu bernama Tuan Guru Haji Abdullah bin Samat. YTM Yang-Dipertuan Besar Panji Alam dengan rendah hati telah menghambakan diri mempelajari dan membantu mengembangkan seni silat ini daripada tahun 1977 sehingga tahun 1985. Kemudian, keinginan beliau mula bercambah kepada ilmu kerohanian dan kebatinan aliran ilmu Persilatan Melayu. Untuk mendalaminya, beliau telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia daripada tahun 1986 sehingga tahun 1989. Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu kebatinan Persilatan Melayu daripada 32 orang guru silat. Namun begitu, beliau belum lagi merasa puas kerana apa yang dicari- cari selama ini, masih belum ditemui. Beliau sebenarnya mencari satu aliran persilatan yang mampu mendidik dirinya untuk dunia dan akhirat. Beliau bukan semata- mata mencari kehebatan dunia atau mencari nama, tetapi beliau mencari kepuasan hati. Beliau mencari ilmu yang mampu menjadikan beliau seorang yang berakhlak, tenang dan selamat di dunia dan di akhirat. Telah ditakdirkan Allah SWT, pada Disember 1989, beliau telah menemui seorang guru tua ynag mmapu membimbing dan mendidik beliau mengenali jalan Tuhan. Beliau berguru dengan guru tua tersebut selama tahun 1990 sehingga tahun 1993. Guru tua ini mengarahkan beliau untuk melakukan uzlah di Hutan Lentang, Benting, Pahang. Pada tahun 1991, beliau telah didatangi p**a oleh seorang guru tua yang membawa aliran persilatan warisan Laksamana Datuk Hang Tuah. Beliau telah berguru kepada guru tua kedua ini selama 2 tahun dari tahun 1992 sehingga tahun 1993. YTM Yang-Dipertuan Besar Panji Alam telah menamatkan pengajian ilmu ketuhanan dan persilatan daripada kedua- dua guru tua tersebut pada penguhujung tahun 1993. Jika mahu mengetahui siapakah kedua- dua guru tua tersebut, perlulah mengadap YTM Yang-Dipertuan Besar Panji Alam secara peribadi atau bertanya kepada Guru Kanan Seni Silat Gayong Ma’arifat itu sendiri. Pada tahun 1993, beliau telah diamanahkan oleh kedua- dua guru tua tersebut untuk mengembangkan Seni Silat Wariasan Datuk Lanksamana Hang Tuah ke seluruh dunia. Selain daripada mengembangkan ilmu persiltana, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia. Oleh itu, ilmu persilatan yang dibawa YTM Yang-Dipertuan Besar Panji Alam adalah aliran warisan Datuk Laksamana Hang Tuah dan didaftarkan atas nama PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA’ARIFAT MALAYSIA. Seni Silat ini juga dikenali sebagai permainan ‘Seni Silat Buah Pukul Melayu’ atau ‘Permainan Orang Laut’. Terdapat 7 aliran permainan dalam seni silat ini iaitu :

1. Permainan Buah Pukul Melayu
2. Permainan Seni Silat Sendeng
3. Permainan Seni Silat Cekak Melayu
4. Permainan Seni Silat Terlak
5. Permainan Seni Silat Harimau
6. Permianan Panglima
7. Permainan Laksamana

Kesemua permainan ini telah diperturunkan oleh guru tua yang kedua. YTM Yang-Dipertuan Besar Panji Alam sangat menghormati dan menyayangi kedua- dua guru tua tersebut sehingga kini. Beliau juga dengan manta gurunya, Tuan Guru Haji Abdullah bin Simat serta 32 orang guru kebatinan yang lain. Sumber dari DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA’ARIFAT MALAYSIA

Merafak sembah dan menjunjung setinggi- tinggi ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sulta...
31/07/2026

Merafak sembah dan menjunjung setinggi- tinggi ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Baginda yang ke-67 pada tahun ini.

Sesungguhnya, patik sekalian amat menjunjung kasih atas kepimpinan Paduka Baginda Tuanku Sultan yang sentiasa berteraskan kebijaksanaan, keadilan, kewibawaan serta penuh hikmah dalam memayungi negeri Pahang Darul Makmur.

Keprihatinan Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat, kemajuan negeri, pemerkasaan syiar Islam, kelestarian alam sekitar, pembangunan ekonomi serta kesejahteraan sosial menjadi lambang pemerintahan berjiwa rakyat yang sentiasa disanjung tinggi.

Patik sekalian turut merafak sembah menjunjung kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen Paduka Baginda dalam memastikan negeri Pahang terus menikmati keamanan, kemakmuran dan pembangunan yang mampan. Kebijaksanaan Paduka Baginda dalam memperkukuh hubungan dengan pelbagai pihak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada negeri serta kesejahteraan rakyat.

Pada hari yang penuh bermakna ini, patik sekalian dengan penuh keinsafan dan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala memohon agar Paduka Baginda Tuanku Sultan sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, kekuatan, kebijaksanaan serta sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan lindungan-Nya dalam meneruskan pemerintahan yang adil, berdaulat dan disanjung tinggi.

Patik sekalian turut mendoakan semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta seluruh Kerabat Diraja Pahang sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan. Semoga negeri Pahang Darul Makmur terus berada dalam keadaan aman, makmur dan diberkati di bawah naungan pemerintahan Paduka Baginda Tuanku Sultan.

Daulat Tuanku.

17/06/2026

Address

Kemaman
Chukai
24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share