31/08/2024
INNALILLAHI WAINNAILAIHIRAJIUN…. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، YA ALLAH AMPUNILAH DIA, RAHMATILAH DIA,MAAFKANLAH DIA,AMPUNILAH KESALAHANNYA,MULIAKANLAH KEMATIANNYA, LAPANGKANLAH KUBURNYA
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA.
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌 𝐒𝐌 𝟏𝟑𝟒𝟒𝟖𝟓 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐉𝐈𝐃 𝐊𝐇𝐀𝐍
YDh DCP Dato' Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar, Komandan Maktab PDRM KL dan YBhg. Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Maktab PDRM KL serta seluruh warga Maktab PDRM Kuala Lumpur menzahirkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham SM 134485 Ahmad Nazri bin Wajid Khan.
Tugas terakhir Allahyarham di Bahagian Intergriti dan Pematuhan Standard, Maktab PDRM Kuala Lumpur & telah kembali ke rahmatullah pada 29 Ogos 2024 di Hospital Serdang. Pemergian beliau di usia 48 tahun mengidap sakit kanser buah pinggang.
Ini merupakan satu kehilangan yang besar buat pasukan khususnya warga Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Al-fatihah & salam takziah diucapkan.