We luv IBTR

We luv IBTR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from We luv IBTR, 19, Jalan Sutera 4, Taman Sutera Residences, Cheras, Cheras, Selangor.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam

[ZIARAH RAYA IBTR (BARAAN)]Baraan merupakan tradisi saling menziarahi dalam masyarakat Jawa.Alhamdulillah tahun ini meru...
21/04/2026

[ZIARAH RAYA IBTR (BARAAN)]

Baraan merupakan tradisi saling menziarahi dalam masyarakat Jawa.

Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun kedua IKRAM BTR memulakan semula baraan dan akan diusahakan menjadi aktiviti tahunan.

Seramai 33 orang dewasa dan 6 kanak-kanak menyertai baraan.

Sebanyak 4 rumah yang dipilih menjadi tuan rumah:

1️⃣Hj Azmi & Hjh Zarifah

2️⃣Hj Mat Zaini & Hjh Susilawati

3️⃣Akh Imran & Ukht Izahana

4️⃣Dr Muhammad Irfan & Dr Atiqah

Jazakumullahu khairan katsira kepada mereka yang sudi menerima tetamu dan ahli yang bersama meluangkan masa untuk saling berukhuwah di hari yang mulia ini.

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنَا وَاسْقِ مَنْ سَقَانَا.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ.
"Ya Allah, berilah makan kepada orang yang memberi kami makan, dan berilah minum kepada orang yang memberi kami minum. Ya Allah, berilah berkah apa yang Engkau rezekikan kepada mereka, ampunilah mereka dan belas kasihanilah mereka."

[MESYUARAT AGUNG KAWASAN IKRAM BANDAR TUN RAZAK 2026]Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) IKRAM Bandar Tun Razak...
20/04/2026

[MESYUARAT AGUNG KAWASAN IKRAM BANDAR TUN RAZAK 2026]

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) IKRAM Bandar Tun Razak dan pemilihan Jawatankuasa IKRAM Bandar Tun Razak bagi sesi 2026-2028 telah berlangsung pada 11 April 2026 di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan (SRIAACS) dengan kehadiran seramai 34 orang ahli.

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Sahrim bin Ahmad, TYDP IKRAM Kuala Lumpur.

Ustaz Muhammad Amin Khidzir telah dipilih sebagai YDP IKRAM Bandar Tun Razak.

Berikutnya senarai lengkap keputusan pemilihan jawatankuasa IKRAM Bandar Tun Razak bagi sesi 2026-2028.

BARISAN KEPIMPINAN IKRAM KAWASAN BANDAR TUN RAZAK SESI 2026-2028:

PENGERUSI TETAP
- Hj Abdul Rahman bin Hussein

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
- Mat Zaini bin Surip

YANG DIPERTUA KAWASAN
- Muhammad Amin bin Khidzir

TIMBALAN YANG DIPERTUA KAWASAN
- Mohd Ashraf bin Mohd Latiff

KETUA WANITA IKRAM KAWASAN
- Zarifah binti Mustaffa

KETUA IKRAM MUDA KAWASAN
- Yusuf bin Zamani

AHLI JAWATANKUASA KAWASAN
1. Mohammad Fathy bin Abd Hamid
2. Muhammad Muhaiminul Hakim bin Jamaluddin
3. Ikhzzat Rahim bin Ibrahim Kutty
4. Wasim Akram bin Muhammad Nazeli
5. Zul'aini binti Zainal Abidin
6. Nur Zatul Iradah binti Roslan
7. Mohammad Tunggul Prakoso bin Suwandi
8. Norasikin bt Khabir @ Tuhar
9. Saad bin Mohd Parid

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Munir Najmi bin Mat Noh
2. Hamidah binti Hasan

Semoga saf kepimpinan yang baharu terus diberi kekuatan untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaiknya. Moga terus melangkah dengan penuh himmah, hikmah dan istiqamah.


[MAWK IKRAM BANDAR TUN RAZAK 2026 & HIGH TEA RAYA] Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Wanita Kawasan (MAWK) IKRAM Bandar Tun...
19/04/2026

[MAWK IKRAM BANDAR TUN RAZAK 2026 & HIGH TEA RAYA]

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Wanita Kawasan (MAWK) IKRAM Bandar Tun Razak telah selesai diadakan pada 5 April 2026 di Pejabat Hidayah Centre Foundation Bandar Tun Razak dengan kehadiran seramai 51 orang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Wanita IKRAM Kuala Lumpur Pn Awanis Zambryna Abdul Rahim.

Pn Zarifah Mustaffa sekali lagi dipilih sebagai Ketua Wanita IKRAM BTR, manakala Dr Nurul Asikin Ahmad telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Wanita IKRAM BTR.

Turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa ialah Syaza Nadiah Bahrin, Noraini Yusof, Alizah Hasan, Dr Foziah Ali dan Dr Nurul Amira Shazalyna Razali.

Pengerusi Tetap yang telah dipilih ialah Pn. Umi Kalthum Hassan, manakala Timbalan Pengerusi Tetap ialah Ustazah Siti Hanim Ramli.

Jazakumullah khairan kathiran di atas kerjasama ahli-ahli yang bersama menjayakan program MAWK & High Tea Raya ini. Semoga segala pengorbanan akan dinilai di sisi Allah dengan sebaiknya.

Semoga Allah memberkati setiap langkah kita, memperkuatkan tautan hati, dan mempermudahkan urusan kita dalam membawa agenda dakwah tarbiyah 🌹


26/12/2025
03/11/2025
06/09/2025
25/08/2025
25/08/2025
Telah berlangsung Program Agihan Daging Qurban Yayasan IKRAM Malaysia 2025 pada 7 Jun 2025 (Hari Raya Eidul Adha hari ke...
26/06/2025

Telah berlangsung Program Agihan Daging Qurban Yayasan IKRAM Malaysia 2025 pada 7 Jun 2025 (Hari Raya Eidul Adha hari kedua) kepada warga yang bertuah di Flat Sri Johor 4C, Cheras dengan kerjasama IKRAM Bandar Tun Razak

Tema tahun ini adalah Santuni Komuniti, Suburkan Ukhuwah.

Sebanyak 84 kilogram daging qurban melalui Yayasan IKRAM Malaysia telah berjaya diagihkan kepada penerima terpilih di Flat Sri Johor 4C, Cheras yang terdiri daripada AJK Persatuan Penduduk dan AJK surau Al Mujib, Flat Sri Johor 4C.

Walaupun proses agihan mengalami sedikit kelewatan dan daging qurban yang telah di pek hanya sampai di surau Al Mujib, Flat Sri Johor 4C,sekitar jam 5.00 petang, kesemua pek daging qurban telah berjaya diserahkan kepada penerima dan wakil penerima di surau pada petang hari yang sama dan juga pada keesokan harinya oleh wakil Ikram Bandar Tun Razak dan wakil surau berkenaan.

Semoga usaha Program Agihan Daging Qurban Yayasan IKRAM Malaysia ini dapat memperkukuh ukhuwah kita sesama Islam.









https://www.facebook.com/media/set/?set=a.728534706399971&type=3

Address

19, Jalan Sutera 4, Taman Sutera Residences, Cheras
Cheras, Selangor
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when We luv IBTR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to We luv IBTR:

Share