20/09/2026
KARNIVAL KITA ANAK MALAYSIA DIBATALKAN
Pihak penganjur ingin memohon maaf kepada semua yang telah merancang untuk hadir ke Karnival Kita Anak Malaysia pada 26 September ini.
Setelah mengambil kira keadaan jerebu yang semakin teruk serta faktor keselamatan dan kesihatan semua pihak, kami terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan karnival yang telah dirancang.
Keputusan ini bukan mudah, apatah lagi setelah pelbagai persiapan dibuat. Namun, keselamatan peserta, pengunjung, sukarelawan dan semua yang terlibat perlu menjadi keutamaan.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kekecewaan yang timbul. Terima kasih atas sokongan dan kefahaman semua.
Semoga kita dapat bertemu lagi dalam kesempatan yang lebih baik.
𝙆𝙖𝙧𝙣𝙞𝙫𝙖𝙡 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝘼𝙣𝙖𝙠 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖
𝘞𝘢𝘳𝘪𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘏𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵, 𝘛𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘳𝘢𝘴𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢