27/03/2025
Ramai yang tahu buat agar2 lumut ni, tp sukatan tu tak cukup sempurna.
Resepi agar - agar lumut versi saya
2pek agar2
220gr gula putih
1500ml air
250gr santan kotak
2biji telor
2lembar daun pandan
Secubit garam.
Penyediaan
Campurkan air bersama serbuk agar2 garam daun pandan & gula. Kemudian panaskan sampai mendidih.
Bekas lain satukan & santan telor kacau hingga sebati sahaja kemudian tapis.
Campurkan kedua2nya dlm periuk kemudian kacau & masak hingga naik buih dan nampak tektur ketulan2 halus semakin banyak.
Tutup api dan pindahkan kedalam loyang 8x8 atau dlm cup seperti dlm gambar.
Biarkan kejap disuhu bilik, selepas akk sejuk masuk peti ais, sedap dimakan sejuk2.