Pertubuhan Warisan Anak Negeri Semalaysia

Call Directions Contact the organization

Pertubuhan Warisan Anak Negeri Semalaysia Pertubuhan Warisan Anak Negeri SeMalaysia (WARISAN)
0325-12-WKL

Pertubuhan Warisan Anak Negeri SeMalaysia atau WARISAN telah ditubuhkan pada 31 Januari 2012 dan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan nombor pendaftaran 0325-12-WKL. Pertubuhan Warisan Anak Negeri SeMalaysia atau WARISAN, adalah sebuah badan bukan kerajaan yang mempunyai matlamat dan dasar seiring dengan dasar kebudayaan dan warisan Negara. Walaupun sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), namun WARISAN mempunyai hasrat dan cita-cita besar dalam memartabatkan budaya dan adat resam turun temurun yang menjadi sanjungan dan junjungan rakyat Malaysia tanpa mengira latar bangsa, agama dan budaya. Sejak ditubuhkan, WARISAN sedar mengenai beban yang perlu dipikul dan liku-liku perjalanan serta cabaran yang perlu dihadapi bagi melaksanakan tanggungjawab sosial.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69Semoga semangat perpaduan dan cinta akan negara terus menyala di hati kita semua.Ayuh rakya...
28/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69

Semoga semangat perpaduan dan cinta akan negara terus menyala di hati kita semua.

Ayuh rakyat Malaysia laungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
🇲🇾🇲🇾🇲🇾

31 Ogos 2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1446Semoga ibadah korban dan segala pengorbana...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M

27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1446

Semoga ibadah korban dan segala pengorbanan kita pada tahun ini mendekatkan kita kepada-Nya serta membawa rahmat kepada semua.

Tulus ikhlas daripada Pertubuhan Warisan Anak Negeri SeMalaysia

PROGRAM TITIAN RAMADAN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHIAlhamdulillah, Program Titian Ramadan 1447 Hijrah / 2026 Masihi anjuran ...
26/05/2026

PROGRAM TITIAN RAMADAN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI

Alhamdulillah, Program Titian Ramadan 1447 Hijrah / 2026 Masihi anjuran Pertubuhan Warisan Anak Negeri SeMalaysia telah berjaya dilaksanakan pada 17 Mac 2026 bersamaan 27 Ramadan 1447 Hijrah bertempat di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohamad Zulhisham bin Yusoff selaku Presiden Pertubuhan Warisan Anak Negeri SeMalaysia.

Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif kebajikan bagi menyantuni komuniti asnaf dan golongan kurang berkemampuan melalui penyerahan sumbangan kepada penerima yang telah dikenalpasti. Semoga bantuan yang disalurkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban penerima dalam membuat persediaan Ramadan dan Syawal.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini termasuk rakan strategik, penaja serta para sukarelawan yang sentiasa komited dalam membantu masyarakat.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan kebajikan masyarakat terus terbela serta memperkukuhkan budaya keprihatian dalam kalangan rakyat Malaysia.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447 HIJRAH | 2026 MASIHIPertubuhan Warisan Anak Negeri SemalaysiamengucapkanSelamat Hari R...
18/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447 HIJRAH | 2026 MASIHI

Pertubuhan Warisan Anak Negeri Semalaysia
mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H buat seluruh umat Islam.

Bergembira di hari raya dan eratkan silaturrahim.

Address

38A, Jalan Minang Ria 5, Taman Minang Ria, Batu 9
Cheras
43200

Telephone

+60391747766

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Warisan Anak Negeri Semalaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Warisan Anak Negeri Semalaysia:

Shortcuts

Share